Jalan-Jalan
Februari 28, 2011
Festival Layang-Layang Mini Di Hutan Bandar MPJBT
Hujung minggu kami dimanfaatkan untuk pergi ke Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Untuk tahun 2011, inilah kali pertama kami ke sini. Nampaknya kerja-kerja pembinaan serta pengindahan kawasan riadah telah pun hampir siap sepenuhnya.
Demam layang-layang masih melanda Johor Bahru. Maklumlah Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang 2011 baru sahaja berlangsung tempohari. Sayangnya kami tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri kerana pada minggu tersebut Nurin Iman ada persekolahan ganti pada hari Sabtu manakala kelas kokurikulum diganti pada hari Ahad.
Namun begitu keadaan di Hutan Bandar MPJBT ini pun sudah seperti Festival Layang-Layang Mini. Di mana sahaja terdapatnya kawasan lapang di kawasan rekreasi ini, ada sahaja orang yang bermain layang-layang! Memang meriah ruang udara dengan layang-layang serta ragam pemainnya. :)
Jadi tidaklah terlalu kecewa sangat walaupun tidak dapat menghadiri Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang! Di sini pun tidak kurang hebatnya. Sekurang-kurangnya terubat juga hati.
Insyallah kami akan cuba menghadirkan diri pada Festival yang akan datang, jika keadaan mengizinkan.