BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 April 2011

April 29, 2011

iPad 2 is Here! - Senarai Harga iPad 2

iPad 2 secara rasminya mulai dijual di Malaysia bermula hari ini.  Bagi yang ingin sudah lama mengidamkannya,  sudah boleh menarik nafas lega kerana ia sudah boleh dibeli di sini.

Jika tidak mahu berasak-asak dihari pertama perlancarannya, bolehlah membelinya secara online melalui Apple Store Malaysia.


Seperti model terdahulu pembelian online melalui Apple Store akan menikmati perkhidmatan "engraving" secara percuma. 

Berikut adalah senarai harga bagi iPad 2 dengan Wifi dan iPad 2 dengan Wifi + 3G.


28 April 2011

April 28, 2011

Alyah - Kisah Hati





Alyah performing "Kisah Hati".
Composed and written by "Manusia Putih"
Music video directed by Ghaz Abu Bakar
Produced by The Media Hustler.

27 April 2011

April 27, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #5

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan  Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #5

Phuket - Hari Kelima

Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 9:45 pagi. Oleh yang demikian kami perlu bersiap awal untuk mengurusakan pendaftaran keluar daripada hotel penginapan dan seterusnya menaiki bas yang disediakan untuk dihantar ke lapangan terbang.   Perjalanan untuk ke lapangan terbang memakan masa lebih kurang 30 minit.



26 April 2011

April 26, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #4

Ini adalah Koleksi Catatan PerjalananMasa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #4

Phuket - Hari Keempat

Aktiviti hari keempat diteruskan dengan rancangan sendiri memandangkan tiada aktivi rasmi untuk kami hari itu. Mula merancang sejak pagi lagi sebaik sahaja selepas bersarapan. 

Mengikut rancangan awal, ramai yang berminat untuk menyewa motorsikal untuk menjelajah sekitar Pulau Phuket.  Maklumlah kos menyewa motorsikal cuma 200 Bhat untuk sehari.  Cukup murah!
April 26, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #3

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #3

Phuket - Hari Ketiga


Kami dinasihatkan supaya bersiap awal memandangkan aktiviti hari ketiga ini  memerlukan kami meninggalkan hotel tepat jam 8:00 pagi.

Sesiapa yang terlambat dianggap tidak berminat untuk menyertai aktiviti tersebut dan akan ditinggalkan. 

Nampaknya aktiviti hari ini memerlukan kami pergi jauh ke utara Pulau Phuket dan merentasi jambatan untuk ke tanah besar.Perjalanan ini memakan masa hampir sejam. Setibanya di Jeti, kami diberikan arahan untuk memakai jaket keselamatan dan menaiki bot yang sudah sedia menunggu.

24 April 2011

April 24, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #2

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #2

Phuket - Hari Kedua

Hari ini memang tiada aktiviti rasmi. Jadi kami dibenarkan untuk melakukan aktiviti sendiri.

Bersarapan seawal jam 6:30 pagi. Selepas itu mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di Patong Beach.  Maklumlah sejak semalam masih belum menjejakkan kaki ke kawasan pantai.

23 April 2011

April 23, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #1

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan  -  Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #1

Phuket - Hari Pertama

Berkumpul untuk memulakan perjalanan dari Johar Bahru untuk menuju Terminal 1 Changi, Singapura seawal jam 4:10 pagi.

Walaupun jadual penerbangan menuju ke Phuket adalah pada pukul 8:20 pagi, kami perlu masuk ke Singapura seawal mungkin kerana perlu melepasi pemeriksaan di CIQ kedua-dua negara. Selaian itu kami juga terpaksa bersama-sama sepantas mungkin bersaing dengan mereka yang menjadikan Singapura negara untuk mencari rezeki.

21 April 2011

April 21, 2011

Alhamdulilah Sudah Selamat Kembali..

Alhamdulillah Aku telah selamat sampai ke tanah air semalam setelah menghabiskan masa selama 5 hari di Pulau Phuket, Thailand.

Memang menghayati sepenuhnya percutian tersebut sehingga boleh melupakan dunia internet selama berada di sana. Secara tidak langsungnya telah mencipta satu rekod peribadi iaitu tidak online selama 5 hari berturut-turut :)

Jadi keputusan untuk tidak membawa laptop dan gadget lain yang seumpama dengannya adalah satu tindakan yang tepat!



Memang banyak yang hendak diceritakan mengenai Phuket serta pengalaman semasa berada di sana. 

15 April 2011

April 15, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #0

Susah juga bila sudah melabelkan internet atau berblog sebagai keperluan asasi.

Bila hendak kemana-mana pasti akan menimbulkan soalan sama ada di tempat yang hendak di tuju itu ada capaian internet atau tidak :)

Soalan yang agak kurang bijak sebenarnya.. hehe. Dunia sudah maju, di mana-mana pun tentu ada internet! Apa yang hendak dirisaukan?

Sementara itu sedang berfikir-fikir sama ada perlu membawa laptop atau pun tidak ke destinasi yang bakal dituju. Kalau pun ia dibawa tentu tidak dihiraukan bila sudah berjalan-jalan di sana nanti. Konon-kononnya jika membawa laptop bersama tentu akan dapat digunakan untuk mengemaskini blog semasa di sana nanti :)

Sebenarnya untuk beberapa hari akan datang Aku akan berada di Pulau Phuket, Thailand untuk menyertai percutian anjuran pihak syarikat. Ini adalah antara aktiviti tahunan anjuran pihak syarikat yang paling mendapat sambutan :)

Sedang bersiap-siap dan memeriksa apa yang patut. Diharap tiada apa yang tertinggal. 

  • Passport  - sedia.
  • Duit Bhat / Kad Kredit - sedia..
  • Beberapa helai persalinan - sedia.
  • Telefon bimbit - sedia.
  • Kamera - sedia
  • Laptop - sedang dalam pertimbangan 

Tiket perbangan dan penginapan semuanya telah diurusakan oleh agen pelancongan yang telah dilantik. Jadi perkara tersebut tidak perlu dirisaukan. 

    14 April 2011

    April 14, 2011

    Proton Satria - Ada Bunyi Tikus Berlari-lari Riang Di Dalam Kereta!

    Bateri SHOGUN  Yuasa - Maintenance Free Sejak beberapa minggu yang lepas kereta telah menunjukkan tanda-tanda pelik antaranya ia sukar untuk dihidupkan dan mengenai kewujudan bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan setiap kali kereta bergerak seakan-akan " Ada Bunyi Tikus Berlari-lari Riang Di Dalam Kereta! "

    Jadi pada hari Sabtu yang lepas meluangkan masa untuk pergi ke bengkel dan membuat pemeriksaan kereta.

    Perkara pertama tentunya merujuk kepada bateri atau alat "starter" itu sendiri tetapi untuk mendapatkan kepastian, bateri perlu diuji dengan "Voltage Tester (Meter)" untuk menetukan kekuatan kuasa bateri.  Bateri yang sedang digunakan ini telah pun berusia lebih kurang 1 tahun 7 bulan. Jadi faktor kuasa bateri telah menurun tidak boleh dinafikan.  

    Bila sudah diuji memang ternyata bateri tersebut sudah kehilangan kuasa secara beransur-ansur. Walaupun belum rosak sepenuhya, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan dan mengambil keputusan untuk terus menukarnya.


    Bateri NS60 SHOGUN  Yuasa - Maintenance Free



    Memang kali ini nasib tidak berapa menyebelahi kerana sebelum ini bateri yang digunakan mampu bertahan melebihi tempoh 2 tahun.

    Mungkin kerana sekarang ini kereta hanya digunakan untuk perjalanan yang dekat iaitu pergi dan balik ke sekolah telah menyumbang kepada penurunan jangka hayat bateri tersebut.



    Harga Yang Cukup Menakutkan! - Nasib Baik Tak Kena Harga Yang Ini!


    Bateri yang digantikan adalah dari jenis dan jenama yang sama dengan yang sebelumnya. Untuk kemudahan, memang sengaja memilih dari jenis "Maintenance Free".  Jadi tidak timbul isu terlupa untuk memeriksa tahap air bateri.  

    Kalau dilihat diluar kotak bateri tersebut harga yang tertera memang cukup menakutkan. Mujur ia cuma sekadar harga cadangan yang disyorkan pengeluar. Tetapi kalau mereka betul-betul ikut seperti harga yang disyorkan, boleh pengsan dibuatnya!

    Harga sebenar yang dibayar adalah RM160 iaitu harga yang sama ketika membeli bateri jenama ini pada tahun 2009.




    Rear Suspension Arm - Ada Bunyi Tikus Berlari-lari Riang Di Dalam Kereta!



    Untuk masalah kedua, tentunya suspek utamanya ialah "Rear Suspension Arm". Masalah biasa bagi pemilik kereta model Proton Satria dan Wira.

    Bila "Bush" pada "Suspension Arm" itu telah haus, bunyi yang dihasilkan adalah seperti bunyi tikus berlari-lari riang di dalam kereta!  Memang amat menggangu ketenangan ketika  memandu..


    Rear Suspension Arm - Bush Yang Telah Haus Menghasilkan Bunyi Tikus!


    Kali terakhir menggantikan komponen ini ialah pada tahun 2004.  Jadi memang sudah sampai masa ianya diganti lagi.  Alhamdulillah setelah diganti tiada lagi bunyi tikus berlari-lari riang sewaktu memandu. Kini perjalanan Nurin Iman ke sekolah  telah kembali tenang  :)


    13 April 2011

    April 13, 2011

    GIVI HPS 9.0 - Kerja Modifikasi D.I.Y Berjaya Dilakukan

    Projek modifikasi D.I.Y bertujuan untuk membaiki helmet yang rosak tu bermula semalam. Kerja-kerja membaiki dilakukan sebaik sahaja helmet yang baharu telah dibeli.  

    Walaupun helmet lama itu hendak disimpan, rasanya memang tak patut kalau dibiarkan "binding tape" terus melekat dihelmet tersebut.  Buat sakit mata sahaja melihatnya!  Memang harus dilakukan sesuatu..

    Mulalah menyelongkar peti perkakasan, membelek-belek serta mencari skru kecil dan "washer"  yang bersesuaian.


    Mujur juga di dalam kotak perkakasan tersebut masih banyak koleksi skru-skru kecil yang dikumpul setiap kali membaiki dan memasang komputer.  Nampaknya skru yang sesuai ialah skru kecil yang digunakan untuk mengikat pemacu cakera liut.


    11 April 2011

    April 11, 2011

    GIVI HPS 9.0 - Laa.. Patah Pula Skru ni!


    Petang Jumaat, ketika mahu pulang dari pejabat. Sebaik sahaja ingin menyarungkan helmet dikepala tiba-tiba terdengan seperti ada bunyi plastik yang patah dan tidak semena-mena "Visor" pada helmet tersebut tersenget ke tepi.  "Ah sudah.. tentu patah skru Visor ni!"

    Memang betul jangkaan.. Skru penutup "Visor" disebelah kanan telah patah. Mana nak cari skru tu? Harap-harap ia masih ada lagi dijual. Maklumlah ia model lama dari GIVI dan sudah pun dihentikan pengeluarannya. 


    Tanpa "Visor" memang sukar untuk menunggang motorsikal.  Tetapi buat sementara terpaksalah ditampal menggunakkan "binding tape". 

    08 April 2011

    April 08, 2011

    Eh! Sudah 2 Tahun? Sekejapnya...

    Tak sedar sudah 2 tahun berlalu sehinggalah dikejutkan dengan SMS ini yang memberitahu tentang tamatnya langganan kredit 2 tahun bagi pelanggan Celcom Blue.  Eh! Sudah 2 tahun? Sekejapnya...

    Ketika mengaktifkannya dahulu, dirasakan 2 tahun itu adalah satu tempoh yang amat panjang. Tanpa disedari masa berlalu dengan pantas..

    Bila sudah terbiasa menggunakan perkhidmatan ini, memang tidak perlu risau untuk menambah nilai pada setiap minggu atau bulan kerana kredit yang ada tidak akan ada tempoh luput (dalam jangkmasa 2 tahun). 



    Untuk mengaktifkan semula langganan  selama 2 tahun akan di caj RM50 dan dikehendaki menambah nilai sekurang-kurang RM30 dalam masa 6 bulan selepas ia diaktifkan.  

    07 April 2011

    April 07, 2011

    Kerja Saya Ialah Bermain Dengan Network Cable

    Sambil menyiapkan migrasi File Server ke NAS,  sepanjang minggu ini banyak aktiviti berlaku di "Network Room" yang menempatkan hampir semua perlatan rangakaian setempat dan telekomunikasi.  

    Memang kalau boleh tidak mahu menggangu "Network Cable" yang ada disitu tetapi kerja "House Keeping" perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia sentiasa berada didalam keadaan terbaik. 

    Mana-mana peralatan yang sudah tidak lagi digunakan, perlulah ditanggalkan daripada rangkaian tempatan. Bila semuanya telah dibersihkan serta tiada yang berselirat, tentunya ia akan nampak kemas. IT Administrator tentu tersenyum puas!


    Kalau bagi yang tidak biasa melihat kabel di "Patch Panel" memang boleh buat kepala pening.  Bagi yang bekerja di bidang IT terutamanya yang melibatkan rangkaian tempatan dan telekomunikasi, ia merupakan pemandangan lumrah. Lagipun antara ungkapan yang selalu dikatakan pada kawan-kawan ialah "Kerja Saya Ialah  Bermain Dengan Network Cable"

    Rasanya tidak banyak organisasi yang masih menggunakan "Patch Panel" dalam rangkaian tempatan seperti yang terdapat di pejabat ini.  Maklumlah teknologi CAT 5  yang digunakan ini sebenarnya sudah pun berusia lebih 10 tahun.  Walaupun sudah lama ia masih berfungsi dengan cemerlang.

    04 April 2011

    April 04, 2011

    Suku Kedua Tahun 2011

    Diam tak diam sudah  masuk suku kedua dalam tahun 2011. Memang bila diri disibukkan dengan kerja terasa amat pantas masa berlalu. 

    Alhamdulillah keadaan semasa pasaran saham adalah amat memuaskan. Walaupun sudah masuk ke suku kedua tahun ini ia masih lagi agak menggalakkan. Berbanding tahun lepas permulaan memang agak perlahan sehingga memasuki suku keempat baru ia menunjukkan aliran peningkatan . Diharap momentum ini mampu bertahan sehingga akhir suku kedua tahun ini. Insyallah.

    Walaupun sekarang baharu masuk bulan April sudah macam-macam berlaku pada dipersekitaran sosial, ekonomi serta politik negara secara amnya. Diharap selepas ini tidak ada perkara yang pelik-pelik berlaku di dalam negara yang mampu merosakkan momentum sedia ada.