Walaupun Sibuk Tetap Tidak Mahu Ketinggalan

Sebaik sahaja selesai menyiapkan segala tugasan yang tertangguh sejak semalam, tiba-tiba teringatkan Google Reader yang telah lama diabaikan. Rasanya sudah lebih setahun tidak menggunakannya.  

Ada baiknya jika diperiksa, manalah tahu selama tidak aktif ini ada fungsi yang telah dinaik taraf dan sebagainya.

Memang diakui sejak akhir-akhir ini rasanya sudah tidak terlarat untuk melakukan blogwalking. Maklumlah, dengan beban kerja yang semakin meningkat dan tanggung jawab yang semakin bertambah, blogwalking sudah menjadi cabaran yang agak besar. 

Bila senarai blog yang diikuti telah meningkat, memang perlu menggunakan aplikasi untuk mengurus aktiviti blogwalking supaya lebih teratur dan sistematik. Aplikasi yang dirasakan sesuai untuk dimaksimumkan potensinya ialah Google Reader.

0 comments:

Version 2.0 - Wordless Wednesday #0

Cara Menggunakan Kukur Kelapa Tradisional


0 comments:

Masuk Tentera Dapat iPad!

Antara berita yang menarik perhatian di akhbar The Sun hari ini ialah berkenaan negara jiran kita, Singapura yang memberikan iPad sebagai kelengkapan standard bagi setiap tentera mereka bermula pada pengambilan November ini.

Bertuah sungguh golongan muda di negara jiran ini, masuk tentera dapat iPad! Dipercayai langkah ini dibuat untuk menggalakkan serta menarik minat golongan muda menyertai tentera. 

Mungkin pihak Angkatan Tentera Malaysia boleh mengambil inspirasi serta mengikuti langkah Kerajaan Singapura ini. Kalau bukan iPad sekalipun mungkin gadget lain, netbook misalnya.


0 comments:

Aktiviti Hujung Minggu #0

Aktiviti yang melengkapkan hujung minggu ini ialah menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat yang berlangsung di Taman Sri Stulang, Johor Bahru. Kami tiba di sana lebih kurang jam 2:15 petang. 

Memandangkan masih terdapat kerja-kerja pembinaan jalan raya disekitarnya terdapat sedikit kekeliruan pada mulanya untuk masuk ke kawasan perumahan tersebut. Namun begitu sebaik sahaja faham bagaimana untuk menuju ke taman perumahan tersebut semuanya menjadi lancar.

Apa pun sebaik tiba kami dapati rombongan pengantin lelaki baru bersiap bersedia untuk berarak dan seterusnya kami menyertai mereka.  Macam sudah berjanji-janji pula.


Seperti biasa yang seronok tentunya Nurin Amani. Beriya-iya ingin melihat penganting bersanding dengan lebih dekat.  

0 comments:

Jadual Lengkap Barclays English Premier League (EPL) Musim 2011/2012

Berikut adalah jadual perlawanan lengkap Barclays English Premier League (EPL) Musim 2011/2012 seperti yang disiarkan oleh halaman web BBC Sport.    

Cuma apa yang musykil waktu perlawanan semuanya bermula pada jam 15:00. Apa pun ini adalah jadual awal perlawanan. Berkemungkinan besar akan ada perubahan dari segi waktu perlawanan.

Insyallah jadual perlawan ini akan dikemaskini sebaiknya diblog ini apabila terdapat sebarang perubahan nanti.  




Bagi yang bermain Fantasy Premier League, sudah boleh mencongak-congak strategi serta bakal pemain yang harus dibeli  :D


Please note: Fixtures are subject to change. 
 
Saturday, 13 August 2011


Blackburn v Wolverhampton, 15:00
Fulham v Aston Villa, 15:00
Liverpool v Sunderland, 15:00
Man City v Swansea, 15:00
Newcastle v Arsenal, 15:00
QPR v Bolton, 15:00
Stoke v Chelsea, 15:00
Tottenham v Everton, 15:00
West Brom v Man Utd, 15:00
Wigan v Norwich, 15:00


0 comments:

Public Ittikal - Fund Not Open For Investment!

Apabila Public Mutual mengumumkan pemberian dividen sebanyak 8 sen seunit bagi Dana Public Ittikal pada 31 Mei 2011 yang lepas, memang ramai pelabur yang seronok. 

Maklumlah apabila pelaburan membuahkan hasil tentunya keinginan untuk menambah lagi pelaburan menjadi lebih berkobar-kobar. 

Namun begitu harapan untuk menambah lagi pelaburan tidak kesampaian apabila pada 17 Jun 2011 pihak Public Mutual mengumumkan bahawa sebanyak 8 buah dana yang tidak dapat menerima pelaburan baru.  

Dana-dana yang terlibat adalah Public Islamic Bond, Public Islamic Opportunities, Public Islamic Sector Select, Public Bond, Public Smallcap, Public Global Balanced dan Public Ittikal.


Berkemungkinan besar dana-dana tersebut telah pun habis dilanggan sepenuhnya.  

2 comments:

Tahniah Proton!

Antara yang menarik di akhbar hari ini ialah kejayaan Proton menguasai kejohanan rali di perlumbaan yang berlangsung di New Caledonia pada pusingan ketiga Kejohanan Rali Asia Pasific (APRC) yang berlangsung baru-baru ini.  

Pasukan Proton menduduki tempat pertama dan ketiga sekali gus menyamai pencapaian mereka sewaktu di pusingan pertama di Malaysia pada bulan April yang lalu.  

Chris Atkinson selaku pemandu dan juruarah, Stephanne Prevot menjuarai kejohanan tersebut dengan menggunakan jentera Satria Neo S2000.  Dengan kemenagan ini Atkinson kini mendahului pungutan mata keseluruhan kategori pemandu di Asia Pasific Rally Championship (APRC) dengan 58 mata.



Proton Satria Neo S2000
Proton Satria Neo S2000


Dikejohanan yang sama, Karamjit Singh juga menjuarai kategori pacuan 2 roda menerusi jentera Satria Neo 1600cc dan seterusnya melonjakkan beliau serta Pasukan Proton untuk mendahului dikategori pemandu (pacuan 2 roda) dan kategori pengeluar keseluruhan.  

Ini adalah minggu kecemerlangan dan kegembiraan buat sukan permotoran di Malaysia.  Tahniah Proton!


0 comments:

Mesej Perlu Jelas, Isu Keselamatan Tidak Boleh Dikompromi

Kegiatan menggodam halaman web masih belum reda.  Yang pastinya ia menjadi kebimbangan kepada pemilik serta pentadbir halaman web.  

Walaupun kebanyakkan halaman web sudah kembali normal, masih wujud kebimbangan akan ada gelombang serangan kali kedua atau mungkin ketiga dan seterusnya.  

Memang di dunia dalam talian tiada jaminan keselamatan.  Apabila pemilik dan pentadbir sesuatu sistem tidak peka dan tidak mengambil berat perkara yang berkaitan dengan keselamatan, tentunya ia akan membuka ruang untuk sesuatu halaman web, pelayan komputer dan sistem itu diekspolitasi. 

Bagi halaman web biasa yang diserang tentunya ia cuma mendatangkan kerosakkan serta kerugian yang minimum tetapi apabila ia melibatkan halaman web, pelayan komputer serta sistem yang menyediakan perkhidmatan pembayaran serta perniagaan dalam talian tentunya ia akan melibatkan kerugian yang besar.

Bagi menjamin serta meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan dalam talian di negara ini, pihak kerajaan menerusi agensi di bawah MOSTI seperti CyberSecurity, MyCERT dan pihak Polis agar mengenalpasti secepat mungkin pihak yang bertanggung jawab serta melakukan pendakwaan untuk menghantar mesej bahawa isu pencerobohan terhadap sesuatu sistem komputer adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh dikompromi. 

0 comments:

Nurin Iman - 7 Tahun

Kadang-kadang ada soalan yang susah hendak dijawab walaupun kedengaran sangat mudah terutamanya apabila ianya ditanya oleh anak-anak. Kanak-kanak seusia Nurin Iman tentunya punya banyak soalan serta perkara yang mereka ingin ketahui.

Baru sebentar tadi kami ditanya oleh Nurin Iman berkenaan hari lahirnya. Katanya dia keliru dengan hari lahirnya. Katanya lagi, tahun lepas hari jadinya jatuh pada hari Ahad tetapi tahun ini ia jatuh pada hari Isnin.  

Persoalan tersebut menganggunya sejak beberapa jam yang lepas.  Mungkin pada pemikirannya sepatutnya hari dan haribulan adalah statik dan tidak perlu berubah.

0 comments:

Berhati-Hati Dengan Penipuan Melalui E-Mel Yang Meminta Maklumat Perbankan


Baru sebentar tadi pihak BNM (Bank Negara Malaysia) telah mengeluarkan siaran akhbar yang mengingatkan serta memberi amaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati mengenai penipuan melalui email yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia.

Rasanya email sebegini bukannya baharu.  Malah sudah wujud sejak beberapa tahun yang lepas atau lebih tepat lagi sejak popularnya perbankan melalui internet. 

Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam mengawal selia sistem perbankan di negara ini, langkah Bank Negara Malaysia yang sentiasa mengingatkan orang ramai dari masa ke semasa adalah amat bertepatan.

Apa pun  jika menerima email yang disyaki dan mengelirukan, sila laporkan pada pihak Bank Negara Malaysia di talian 1-300-885456 atau email: bnmtelelink@bnm.gov.my

Siaran akhbar ini dipetik sepenuhnya melalui halaman web Financial Alert Fraud.  Berikut adalah siaran akhbar yang lengkap untuk dikongsi bersama:

Bank Negara Malaysia ingin memberikan peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan cubaan memancing maklumat (phishing) oleh individu tertentu yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia untuk memperdaya orang ramai dengan tujuan mendapatkan maklumat perbankan peribadi.

Modus operandi yang digunakan oleh penipu untuk memperdaya mangsa adalah seperti yang berikut:

  • Mangsa yang disasarkan menerima e-mel yang kononnya dihantar oleh Bank Negara Malaysia untuk memaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia sedang mengumpul maklumat perbankan peribadi mereka bagi mengemas kini pangkalan data Bank Negara Malaysia. Mangsa akan diarahkan untuk mengklik pada pautan yang terdapat pada e-mel atau membalas terus e-mel tersebut.

  • Apabila mangsa mengklik pautan pada e-mel tersebut, satu laman sesawang palsu akan muncul yang meminta mangsa untuk mendedahkan maklumat perbankan peribadi seperti buitran terperinci kad kredit atau debit mangsa termasuk pengesahan kod kad (CCV) atau nombor pengenalan peribadi (PIN).

Orang ramai dinasihati supaya tidak mengendahkan e-mel seperti ini dan tidak mendedahkan maklumat perbankan peribadi kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun. Institusi kewangan, termasuk pengeluar kad kredit dan Bank Negara Malaysia dan semua institusi perbankan tidak pernah meminta maklumat perbankan peribadi apabila menghubungi pelanggan bank, sama ada melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel.


0 comments:

Yang Jahat Itu Cracker Bukan Hacker!

Kecoh satu negara apabila beberapa siri godaman terhadap beberapa halaman web berlaku semalam. Banyak juga halaman web pelbagai agensi serta pemilikan persendirian yang terjejas.  

Memang apabila server sudah berada didalam talian ditambah lagi dengan berkembangnya teknologi jalur lebar tentunya tiada jaminan yang ia akan selamat.  Semuanya berisiko untuk digodam. Bak kata Peter Norton:

There is no perfectly secure server, router, network operating system or any other networking component. There is no such thing as uncrackable network, except for one isn't connected at all!

Cuma apa yang diharapkan agar semua agensi yang terlibat dapat menangani serangan ini sebaik mungkin dengan mengimplementasikan pelbagai langkah keselamatan terhadap sistem dan network.

0 comments:

Tips Penjimatan Tenaga Elektrik

Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar.

Berikut adalah cara-cara bagaimana anda dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.


Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan


Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.

Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga


Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.

Gunakan mentol watt lebih rendah


Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.


0 comments:

Tetap Tidak Puas Hati Walaupun Dapat Banyak!

Antara petikan akhbar yang menarik hari ini. Sumber adalah daripada akhbar The Sun. 

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh JobStreet.com baru-baru ini, lebih 50% penerima bonus melebihi 6 bulan gaji adalah dari sektor kewangan dan perbankkan!

Para responden adalah merangkumi 48% berjawatan eksekutif kanan, 24% terdiri daripada pengurus, 18% adalah daripada eksekutif muda manakalah 10% terdiri daripada pengurus kanan.



Dan yang paling menarik lagi, 70% daripada responden tidak berpuas hati dengan kadar bonus yang diterima! 

0 comments:

OS X Lion - Coming This July

Nampaknya ada perkembangan menarik daripada Apple sejak kebelakangan ini.  Kali ini ia  mengenai OS X.  Apple bakal melancarkan OS X Lion pada bulan Julai. Menurut pihak Apple terdapat lebih daripada 250 ciri terbaharu serta penambahbaikan berbanding OS X terdahulu.

Antara ciri terbaharu yang dianggap menarik ialah fungsi "Air Drop".  Fungsi menghantar file menggunakan WiFi kepada pengguna Mac yang lain dengan mengoptimumkan teknologi "peer to peer WiFi".  Fungsi ini tidak memerlukan sebarang konfigurasi untuk mengaktifkannya.  


OS X Lion secara automatik akan mencari Mac lain yang berdekatan yang menggunakan fungsi Air Drop dan fungsi pertukaran fail boleh dilakukan secara "drag and drop".  Setiap fail yang dipindahkan akan disulitkan (encrypted) untuk tujuan pemindahan selamat.


0 comments:

Esok Hari Penting

Memandangkan esok sekolah akan dibuka semula selepas dua minggu bercuti, segalanya perlu dipastikan untuk kembali seperti biasa.  

Kemudian baru teringat yang Nurin Iman telah kehilangan buku teks Bahasa Inggerisnya.  Telah pun diadukan pada gurunya sebelum cuti sekolah bermula tempohari dan dinasihatkan untuk menggantikannya.

Diberitahu oleh guru tersebut bahawa buku teks tersebut boleh didapati di Badan Bookstore dan MPH.

Kalau murid darjah satu tentu ada sahaja yang hilang.  Kehilangan pensel setiap minggu itu perkara biasa..
 
Kami ke Plaza Angsana untuk ke kedai buku tersebut. Mujur buku tersebut masih lagi ada dijual.  Terus membeli buku teks tersebut serta beberapa buku latihan yang lain.  Sambil itu terus berpesan pada Nurin Iman untuk menjaganya agar tidak hilang lagi.

Selain daripada itu, esok juga merupakan hari lahir Nurin Iman. Maka genaplah usianya 7 tahun esok. Sudah terlanjur berada di Plaza Angsana, kami terus ke Golden Oven untuk mendapatkan kek yang dihajatinya. 

Oleh kerana Azza masih belum sihat sepenuhnya, kami mahu menyelesaikan semua urusan dibawah satu bumbung.  Memandangkan kami baru sampai dari Seremban semalamnya, memang tiada apa lagi yang tinggal didalam peti sejuk.  Semuanya telah pun dikosongkan sebaik sahaja mahu balik ke Seremban tempohari.

0 comments:

Kisah Cuti Persekolahan - Nilai 3, Pengantin Dan Wad!

Menghabiskan hujung minggu terakhir cuti sekolah kali ini di Seremban. Alhamdulillah kami selamat tiba di kampung pada hari Rabu yang lepas.  Sebaik sahaja tiba, tentnya anak-anaklah yang paling gembira kerana dapat bertemu Atuk dan Uwan serta sepupu-sepupu mereka. 

Memandangkan Nurin Iman dan Nurin Amani sudah sampai ke kampung, maka lengkaplah kesemuanya cucu-cucu yang ada untuk meriuhkan lagi rumah Uwan!

Pada petang  Khamis, sempat juga kami ke Nilai 3 untuk melihat-lihat apa yang menarik dan baharu yang sedang menjadi tend di sana. Semasa kami hendak ke sana, Nurin Iman tidak mahu mengikut kerana dia lebih gemar untuk terus bermain bersama-sama sepupunya.  Jadi kami bertiga sahajalah yang pergi ke sana.  


Oleh kerana terdapat kekangan masa serta kewangan, tidak banyak yang boleh dibeli melainkan beberapa helai tudung untuk Azza, Uwan serta anak-anak :D 



Pada hari Jumaat, aktiviti kami ialah mengiringi pengantin. Kami ke Morib untuk menyertai rombongan pengantin lelaki untuk ke majlis pernikahan anak lelaki  saudara kami yang berlangsung di Tanjung Sepat

Namun begitu cerita balik kampung kali ini ada kelainannya. Setelah selesai menghadiri majlis pernikahan tersebut kami terus pulang ke Seremban. 

0 comments:

Fahami Falsafah Apple

Memang tidak dinafikan kita sentiasa ingin cepat dan mendahului dalam segenap aspek kehidupan. Kalau boleh kita sentiasa ingin jadi yang terdahulu.  Tetapi adakah menjadi yang terdahulu adalah lebih baik daripada yang terkemudian? 

Mengambil inspirasi daripada sejarah serta falsafah syarikat Apple. Syarikat ini sebenarnya ketinggalan dalam 3 bidang utama yang dikuasai oleh mereka kini iaitu muzik, smartphone dan tablet. 

Dalam hal tersebut syarikat Apple adalah yang terlewat sekali memasuki pasaran untuk setiap segmen pasaran tetapi dengan strategi yang betul dan tepat akhirnya mereka menguasai kesemua segmen tersebut.

Begitu juga dalam kehidupan. Tidak kisahlah kalau kita terlewat dalam melakukan sesuatu asalkan akhirnya kita melakukannya dengan strategi yang betul. Percayalah menjadi yang terkemudian tidak semestinya akan ketinggalan. 

0 comments:

Realiti Kehidupan #4 - Bila Sudah Senang Pun Susah Juga!

Hari Sabtu yang lepas kami pulang ke kampung. Maklumlah sejak anak mula bersekolah agak sukar untuk balik ke kampung disebabkan sehingga ke hujung minggu masih ada aktiviti kokurikulum dan persekolahan ganti. 

Banyak cerita mengenai kampung halaman yang telah pun ketinggalan. Jadi peluang ini juga digunakan untuk mengemaskini cerita terbaharu mengenai kampung.

Dahulu kehidupan di kampuang amat susah terutamanya bagi keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang agak ramai. Boleh dikatakan semuanya bercatu.  Memang tidak boleh bermewah-mewah.

0 comments:

Windows 8?

Presiden Microsoft Windows, Steven Sinofsky telah pun menunjukkan demo "Operating System" (OS) terbaharu daripada Microsoft yang sedang dalam pembangunan dalam ucaptamanya di persidangan D9. 

Menurut beliau lagi "Operating System" ini direka untuk mengoptimumkan sepenuhnya teknologi input melalui paparan sentuhan serta mengintegrasikan fungsi desktop tradisonal dan aplikasi telefon mudah alih yang berteraskan HTML5 dan Javascript.  

"Operating System" terbaharu ini juga bersifat "multitasking" sebenar dan bakal dilengkapi dengan pelayar Internet Explorer 10 serta diintegrasikan dengan aplikasi Office 365.











Buat masa ini tiada butiran lengkap tentang "Operating System" terbaharu ini terutama tentang nama rasminya. Tetapi menurut Sinofsky lagi, adalah tidak salah untuk menyebutnya sebagai "Windows 8" buat masa ini.

0 comments:

Twitter : You Will Now Receive Notifications When Someone You Follow Mentions You

Nampaknya ada beberapa perkembangan terbaharu yang menarik di Twitter sejak beberapa hari yang lepas. Selain memperkenalkan "Follow Button", Twitter juga telah membuat penambahbaikan terhadap sistem notifikasi kepada pengguna. 

Kini, setiap kali pengguna Twitter di "mention" (@) oleh pengguna Twitter yang lain, email pemberitahuan akan dihantar kepada pengguna.  

Fungsi ini tentunya amat berguna kerana sebelum ini memang tiada langsung notifikasi dan menyebabkan pengguna Twitter akan terlepas untuk turut serta dalam perbualan atau topik yang sedang dibincangkan di Twitter.


Dengan adanya fungsi ini, tentunya pengguna Twitter tidak akan terlepas lagi untuk turut serta membalas topik yang dibincangkan kerana ia boleh dibalas terus melalui email notifikasi tersebut.  

0 comments:

Coca Cola Can Glass - The Final Color : Green!

Promosi Coca Cola Can Glass sudah memasuki minggu terakhir.  Bermula 2 Jun 2011 dan warna yang terakhir yang ditawarkan ialah hijau. (Coca Cola Can Glass - The Final Color : Green!)

Peluang terakhir bagi sesiapa yang belum mendapatkannya. Ia didatangkan percuma dengan McValue Meal saiz besar.

Gelas-gelas ini amat menarik untuk dijadikan koleksi. Cuma sejak promosi bermula hanya sempat mendapatkan gelas yang berwarna biru sahaja.  Yang lain sudah terlepas.



Tak terlarat nak ikut promosi ini sepenuhnya. Mungkin juga sudah tidak cukup tegar macam dahulu. 

0 comments:

Twitter : Follow Button

Twitter  telah melancarkan "Follow Button" secara rasminya pada 31/05/2011. Perkembangan menarik daripada Twitter walaupun ia sebenarnya bukanlah satu idea yang baharu.  Facebook sudah lama memperkenalkannya!

Pengenalan "Follow Button" oleh Twitter bertujuan memudahkan pengunjung untuk mengikuti akaun Twitter secara terus dari halaman web atau blog yang biasa mereka lawati. Menurut pihak Twitter  lagi :

When you follow interesting accounts on Twitter, it’s easy to stay connected with what’s most meaningful to you. Today we’re excited to launch the Follow Button, a new way to discover and instantly follow Twitter accounts directly from the websites you visit everyday.

Blog ini juga tidak ketinggalan untuk menjadi yang terawal meletakkannya. Sekarang pengunjung boleh terus mengikuti akaun Twitter pemilik blog secara terus dari blog ini dengan sekali klik.


Public Ittikal - Agihan Kasar 8.00 Sen Seunit (2011)

Apabila terlalu banyak cerita mengenai kenaikan harga itu dan ini, menyebabkan situasi semasa menjadi tidak menyeronokkan.

Pastinya cerita-cerita sebegitu akan mematikan mood dan kalaupun dibincangkan isu tersebut menjadi semakin menyakitkan hati serta tiada kesudahan.

Takkanlah tiada langsung berita gembira di Malaysia ini buat rakyatnya?  Jawapannya tentulah ada! Yang pastinya tidak semua cerita mengenai ekonomi, perniagaan dan kewangan adalah cerita yang tidak baik.  Tentunya ada bahagian yang menarik untuk diikuti perkembangannya..

Semalam (31/05/2011), Public Mutual telah mengumumkan agihan pendapatan untuk 10 dana amanah yang dikendalikan oleh pihak mereka. Antara dana amanah yang terlibat ialah Public Ittikal Fund, Public Islamic Equity Fund, Public Islamic Select Treasures Fund, Public Far-East Select Fund, Public Regional Sector Fund, Public Global Select Fund, Public Dividend Select Fund, PB ASEAN Dividend Fund, Public Balanced Fund dan Public Select Bond Fund.

Tentunya ini adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur dan berikut adalah jadual pendapatan seunit bagi 10 dana amanah  yang telah pun diumumkan secara rasminya pada 31/05/2011 :


Dibawah ini disertakan kenyataan lengkap oleh pihak Public Mutual mengenai prestasi 10 dana amanah yang telah pun dimuat naik ke Scribd untuk dikongsi bersama.


Copyright © 2017 BEAM™