BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Julai 2011

Julai 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Buat Semua #1

Ramadan datang lagi! Harapan semoga kita dapat menyempurnakan ibadah puasa didalam keadaan tenang dan aman di negara yang tercinta ini, Insyallah.





Semoga Ramadan kali ini tidak lagi dicemari dengan pelbagai kontroversi yang mengundang ketidakselesaan terhadap umat Islam.

Dikesempatan ini, Saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya selama berblog ini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak secara sengaja atau tidak.

Sepanjang menjadi blogger, Saya juga ada menulis perkara mengenai Ramadan berdasarkan pengalaman dan perspektif diri sendiri. Antara yang menarik untuk dikongsi bersama ialah:


Semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini. Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Buat Semua.



30 Julai 2011

Julai 30, 2011

Ramadan Buffet 2011 Johor Bahru

Untuk Senarai Ramadan Buffet 2015 Johor Bahru, sila rujuk pautan ini [Link].

Antaranya ialah The Newsroom Cafe' The Puteri Pacific, The Zon Regency, GoodHope Hotel, Grand Paragon Hotel,  Karnival Ramadan Persada Johor,  Hotel Mutiara, Restoran Selasih, Hotel Selesa, New York Hotel, 11@Century Hotel, Grand BlueWave Hotel, Pulai Springs Resort, Ponderosa Golf & Country Club, Starhill Golf & Country Club, Le Grandeur Palm Resort, Tanjong Puteri Golf Resort, Silka Johor Hotel (Dorsett Johor Hotel), Suria City Hotel, JB Catering, Restoran Singgah Selalu (Danga Bay), OTAI Steamboat BBQ & Grill (Larkin Idaman), Restoran Malay Village, M Suites Hotel  serta tidak ketinggalan Dewan Jubli Intan.

Harga buffet bermula dari RM18 sehingga RM75. Secara keseluruhannya memang terdapat kenaikan pada harga untuk tahun 2011 berbanding dengan tahun 2010. Namun begitu kenaikan tersebut tidaklah begitu ketara.  Bagi yang berminat, silalah membuat tempahan.

The Newsroom Cafe' 
The Puteri Pacific, Johor Bahru
Dewasa RM75++
Kanak-kanak RM35++
Untuk Tempahan : 07 219 9999



Salt n Pepper Cafe'
The Zon Regency, Johor Bahru
Dewasa RM68+
Kanak-Kanak RM34+
(10 Paying adults & above, 1 person eat for Free)
Untuk tenpahan : 07 221 9999



GoodHope Hotel, Skudai
Dewasa RM45 nett
Kanak-kanak RM25 nett
(Promosi beli 10, percuma 1)
Untuk Tempahan : 07 557 2828



Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM62++
Kanak-kanak RM32++
Untuk tempahan : 07 268 5222 Ext: 5255 / 5326


Julai 30, 2011

Proton "More Than Service" Promotion

Berita baik buat pemilik Proton. Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba, Proton "More Than Service" Promotion telahpun dilancarkan.

Pemilik Proton juga berpeluang untuk memenangi iPad 2 sekiranya kos servis bernilai sekurang-kurangnya RM 300.

Melakukan servis awal merupakan langkah yang baik kerana diawal-awal puasa ini, pelanggan masih tidak ramai lagi mengunjungi pusat servis. Tentunya akan lebih selesa dan kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Spend RM300 on service for a chance to win an iPad 2 and other prizes. Contest ends on 15th September 2011. Get full lube service, engine tune-up and full safety check with ProCare Basic Plus Raya package. You can also join them to Buka Puasa at selected Service Outlets from 14th until 24th August 2011. Get FREE 18-point safety checks at selected R&R and all Service Outlets from 22nd until 29th August 2011.

Terms and conditions apply.  Visit website for more details.  Call 1 300 880 888 for enquiries.




Julai 30, 2011

Ikan Pelik

Kebetulan, berdekatan dengan pejabat yang dituju ada sebuah kedai ikan perhiasan. Memang sudah lama tidak singgah ke kedai itu. Dahulu semasa Nurin Iman masih kecil selalu juga singgah ke kedai ini untuk melihat ikan perhiasan. Sebelum melangkah pergi tiba-tiba terperasan sebuah akuarium yang dipenuhi ikan pelik yang ada nombor dibadannya! 


Pada mulanya seperti mata ini tersalah lihat. Kemudian ambil sedikit masa untuk melihatnya betul-betul.  Memang sah semua ikan-ikan ini ada nombor dibadannya dan terus mengambil gambar! Memang ini ikan pelik.


28 Julai 2011

Julai 28, 2011

Aktiviti Hujung Minggu #1

Bila melihat kembali jadual menderma darah yang dikeluarkan oleh Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tempohari, baru terperasan pada hujung minggu itu ada kempen menderma darah yang dijalankan berdekatan dengan kediaman.  

Memandangkan tiada aktiviti lain yang hendak dilakukan dihujung minggu, terus mengambil keputusan untuk pergi menderma darah.




Cuma kali ini agak kecewa sedikit kerana darah tidak dapat keluar secukupnya kerana semasa petugas melakukan venepuncture berkemungkinan ia tidak mengenai tepat ke salur vena. Jadi apabila beg darah menghampiri kapasiti 380ml, darah telah berhenti mengalir sepenuhnya.  

26 Julai 2011

Julai 26, 2011

Barbican - Halal Diminum

Barbican - Halal Diminum - Usah Ragu!


Persoalan mengenai status halal Barbican telahpun terjawab. Tiada lagi keraguan. Barbican halal diminum.

---------------------

KUALA LUMPUR: Boleh diminum. Itulah rumusan dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18 Jun lalu berhubung isu minuman ringan buah-buahan berperisa malta, Barbican yang mencetuskan kegemparan berikutan dakwaan kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan.

Ketika mengumumkan perkara itu, pengerusinya, Tan Sri Abdul Shukor Hussin berkata, selepas berbincang dan meneliti beberapa keputusan muzakarah sebelum ini berkaitan alkohol dalam makanan dan minuman serta ubat-ubatan, pihaknya membuat keputusan minuman berkenaan dan beberapa jenis yang lain diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak boleh diminum.

24 Julai 2011

Julai 24, 2011

Amy Winehouse & 27 Club

Seorang lagi bintang telah disenaraikan menganggotai Kelab 27 atau 27 Club. 27 Club sebenarnya adalah senarai "Superstar" yang meninggal dunia pada usia 27 tahun.

Bintang yang dimaksudkan ialah Amy Winehouse yang telah pun disahkan meninggal dunia pada 23 Julai 2011 di kediamannya di Camden Square, utara London. 

Amy Winehouse popular di seluruh dunia dengan album Back to Black yang mengadunkan muzik berentak jazz, soul, rock serta pop klasik.  Menerusi album tersebut, beliau telah memenangi 5 anugerah Grammy.

"I didn't go out looking to be famous," Winehouse told the Associated Press when "Back to Black" was released. "I'm just a musician."

Julai 24, 2011

Fundamentalist atau Terrorist?

Kita dikejutkan dengan insiden letupan bom di Oslo dan serangan di Pulau Utoeya yang mengorbankan 92 nyawa.  Mana satu istilah yang patut digunakan oleh media untuk merujuk pada pelakunya? Fundamentalist atau Terrorist?

Suspek yang dapat ditahan sejurus insiden serangan di pulau tersebut dikenali sebagai Anders Behring Breivik, berusia 32 tahun. Memandangkan pelakunya yang disyaki adalah seorang berkulit putih warga tempatan. Media barat mengelarnya sebagai seorang "Christian Fundamentalist"!




Agak pelik kerana selalunya jika ada insiden seperti ini, ia tentu dikaitan dengan serangan pengganas (terrorist).  Jika pelakunya adalah orang Islam tentunya media barat akan secara automatik melabelnya sebagai "Islamic Terrorist"!  

Susah sangatkah media barat untuk melabelkan pelaku serangan tersebut sebagai "terrorist" atau penggans?


Imej, kredit BBC.

21 Julai 2011

Julai 21, 2011

Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak (HSA) - Julai 2011

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Bagi Bulan Julai 2011.  

Buat warga Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.

Bagi yang masih ragu-ragu atau tidak yakin lagi untuk menderma kriteria ini boleh dijadikan panduan. Kriteria  layak untuk menderma:

Penderma whole blood
  • Berat melebihi 45kg
  • Berumur 18 tahun dan keatas.
  • Tidak menyusu badan dan mengandung.
  • Tidur sekurang-kurangnya 5 jam sehari.
  • Tidak menghidapi penyakit berbahaya.

Penderma "Apheresis"
  • Kriteria sama seperti diatas.
  • Telah menderma sekurang-kurangnya 2 kali dipusat pendermaan yang sama.




19 Julai 2011

Julai 19, 2011

Teka Teki Teka Tekuk #1

Salah seorang Pakcik kami telah memberitahu bahawa ada sebuah kenderaan yang lelaki Islam dilarang menggunkannya.  Terfikir-fikir juga apakah kenderaan tersebut. Lebih kurang macam menyelesaikan Teka Teki Teka Tekuk  pula. Entah lagi lama difikirkan makin keliru pula jadinya.

Oleh yang demikian cara terbaik dan menjimatkan masa daripada terus berfikir adalah dengan terus bertanyakan apakah jawapannya!  

Dengan selamba dan tersenyum Pakcik itu menjawab..  


Naza Sutera..  Lelaki Islam haram memakai sutera!
" Naza Sutera..  Lelaki Islam haram memakai sutera!"



18 Julai 2011

Julai 18, 2011

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1432 / 2011

Untuk Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1435 / 2014, sila rujuk pautan ini [Link].

Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1432 / 2011 yang telah secara rasminya dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Johor.

Zon 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.  

Zon 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau berdekatan dengannya.

Zon 3 - Daerah Pontian dan Kluang.  

Zon 4 - Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor.




Julai 18, 2011

Meet The Real Jarjit

Meet The Real Jarjit! Inilah Jarjit yang sebenar yang kami jumpa ketika menghadiri Karnival Upin & Ipin yang diadakan di Persada, Johor Bahru pada 16 Julai 2011. 




Terserempak dengan Jarjit ketika turun daripada melawat replika bersaiz sebenar Rumah Opah. Apabila diberitahu bahawa itu adalah Jarjit yang sebenar, Nurin Iman dan Nurin Amani memang tidak mempercayainya.

Jadi untuk membuktikan yang itu adalah Jarjit yang sebenar, kami meminta beliau membuat suara Jarjit!





Meet The Real Jarjit


Bila sudah mendengar suara tersebut, barulah Nurin Iman dan Nurin Amani  yakin bahawa itu adalah Jarjit yang sebenar. :D



15 Julai 2011

Julai 15, 2011

Pengeluaran Kesihatan KWSP - Senarai 55 Penyakit Kritikal

Pengeluaran Kesihatan KWSP - Senarai 55 Penyakit Kritikal
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan senarai penyakit kritikal yang diperluaskan di bawah Pengeluaran Kesihatan KWSP - Senarai 55 Penyakit Kritikal  dan turut membenarkan ahli membeli peralatan bantuan kesihatan untuk penyakit tersebut berkuatkuasa 15 Julai 2011.

Kali terakhir KWSP memperluaskan senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 13 ke 39 pada 15 Jun 2010.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol berkata, 

“Sebagai sebuah organisasi yang prihatin terhadap kesejahteraan ahlinya, KWSP telah mengambil inisiatif untuk memperluaskan lagi senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan bagi membantu mengurangkan beban kewangan ahli dalam mendapatkan segera rawatan perubatan yang diperlukan. Sebagai tambahan, ahli kini boleh mengeluarkan simpanan untuk membeli peralatan bantuan kesihatan.”

12 Julai 2011

Julai 12, 2011

Kawan Tu Kata Harry Potter Tiru Cerita Melayu

Keliru sekejap apabila  Kawan Tu  Kata Harry Potter Tiru Cerita Melayu. Eh biar betul!  Katanya lagi, filem Melayu itu diterbitkan pada tahun 1991.  Ini bermaksud filem tersebut telah pun ada di sini 10 tahun lebih awal daripada  Harry Potter siri yang pertama.  

Untuk makluman, filem Harry Potter yang terbaharu ialah  The Deathly Hallow - Part 2  dan  merupakan siri terakhir daripada 7 siri kesemuanya. Bakal ditayangkan pada 14 Julai 2011.

Siapa kata filem Melayu tidak hebat?  Buktinya pembikinan filem tersebut yang menggunakan tajuk yang hampir sama itu sudah dikira mendahului  idea J.K Rowling.  

Mungkin jika difantasikan jalan cerita tersebut  ke tahap maksimum serta penggunaan teknik GCI sepenuhnya tentunya ia setanding dengan produksi Hollywood!

11 Julai 2011

Julai 11, 2011

Kelemahan Produk Bertukar Menjadi Peluang Perniagaan Bagi Yang Lain

Setelah beberapa lama menggunakannya, akhirnya motor bagi tingkap kuasa disebelah penumpang, kereta keluarga kami diistiharkan rosak.  Inilah pertama kali motor bagi tingkap kuasa disebelah penumpang rosak selepas 11 tahun digunakan. Motor untuk tingkap kuasa disebelah pemandu telah lama gagal berfungsi beberapa tahun yang lepas dan telah pun digantikan. Alhamdulillah sejak digantikan, masalah berkaitan dengan tingkap kuasa telah pun diselesaikan. Mungkin inilah yang dikatakan" Kelemahan Produk Bertukar Menjadi Peluang Perniagaan Bagi Yang Lain ".

Apa pun menggunakan kenderaan yang tingkap kuasanya terkenal dengan kegagalan befungsi dengan baik, hal sebegini adalah tidak mengejutkan. Sehinggakan boleh dianggap sebagai bonus kerana ia mampu bertahan sekian lama.



Kelemahan Produk Bertukar Menjadi Peluang Perniagaan



Singgah di bengkel yang berhampiran dengan kediaman untuk mengesahkan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi. Memang sudah dijangka pemilik bengkel tersebut tidak terkejut dengan masalah itu kerana ia sudah menjadi lumrah buat model kenderaan ini. 

Selesai memeriksa, beliau mengesahkan komponen tersebut memang sudah rosak dan harus diganti.


Proton Satria / Wira - Power Window Motor Assembly


Tanpa berlengah, kerja-kerja mengeluarkan komponen tersebut terus dilakukan. Sambil itu kami berbual-bual mengenai masalah itu secara amnya. Menurut  mekanik tersebut, beliau sudah menjumpai serta menyelesaikan banyak masalah yang serupa sejak membuka bengkel tersebut. Dan yang pastinya beliau sudah pun membuat untung yang cukup banyak akibat daripada produk yang dikeluarkan dengan tidak sempurna.

Bila difikirkan semula, memang benarlah ada juga kebaikan yang dicipta apabila sesuatu produk atau keluaran itu tidak sempurna. Kesan positif yang dicipta daripada ketidaksempurnaan itu sebenarnya mewujudkan peluang bagi pihak yang lain untuk mencari rezeki.


09 Julai 2011

Julai 09, 2011

Bersih 2.0 Tak Menjejaskan Peminat iPad 2!

Walaupun jauh di selatan Tanah Air, perkembangan di ibu negara tetap diambil perhatian. Apa pun tertarik dengan berita yang disiarkan pada akhbar The Star Online,  bertajuk " Lockdown Enforced  ". Yang pastinya " Bersih 2.0 Tak Menjejaskan Peminat iPad 2! "
Pada jam 10:01 pagi, terdapat 100 oarang sedang beratur di hadapan kedai Machines, Lot 10 untuk membeli iPad 2!



07 Julai 2011

Julai 07, 2011

Mula-Mula Gunting Kertas..

Bila disebut anak-anak, tentunya kita akan terbayangkan senyuman, kegembiraan serta kegigihan mereka melakukan sesuatu.  Inilah yang hendah diceritakan dalam entry ini - " Mula-Mula Gunting Kertas.."

Seperti orang dewasa dalam mempelajari serta cuba memahami sesuatu perkara, anak-anak juga bereksperimen. 

Bila merujuk kedua-dua anak perempuan kami, memang terdapat satu corak yang hampir serupa antara kakak dan adik. 

Memandangkan sikap ingin tahu mereka begitu tinggi, kami menyediakan beberapa peralatan seperti gunting dan gam kertas serta buku untuk mereka gunakan dalam proses pembelajaran.  Tentunya aktiviti gunting dan tampal merupakan aktiviti kegemaran mereka. Setelah beberapa ketika, kemahiran mereka dalam menggunting kertas semakin baik.  

Mungkin sudah bosan menggunting kertas, akhirnya mereka mencuba menggunting sesuatu yang baru. Entah dari mana datang idea tersebut, buat kami tertanya-tanya. Mungkin juga dari naluri semulajadi ingin tahu mereka..

05 Julai 2011

Julai 05, 2011

Realiti Kehidupan #5 - Eksperimen Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup!

Tentunya dalam mengharungi kehidupan, kita sentiasa bereksperimen. Tujuannya ialah untuk mendapatkan yang terbaik melalui sumber yang sedia ada dan untuk meningkatkan kualiti hidup.  

Dalam bereksperimen belum tentu hasilnya akan menepati jangkaan. Kadangkala faktor nasib juga memainkan peranan. Jika bernasib baik eksperimen itu membuahkan hasil dan sebaliknya.  

Tetapi secara asasnya, jika formulanya serta kaedah yang digunakan itu tepat, Insyallah hasilnya adalah seperti yang dijangkakan. Namun begitu jika berlaku sedikit kesilapan tentunya ia akan gagal.

Yang pastinya kita akan bangkit semula serta melihat semula kaedah yang digunakan, memperbaiki setiap kelemahan dan mencuba dengan cara yang lain pula sehinggalah kita mendapat hasil yang diingini. 

02 Julai 2011

Julai 02, 2011

Hari Terbuka Sekolah #2

Hari terbuka sekolah telah pun diadakan pada minggu lepas bagi sekolah agama manakala pada hari ini  (Jumaat) untuk sekolah kebangsaan. Seperti kebanyakkan ibu bapa yang lain, di hari tersebut kami diberitahu mengenai prestasi pelajaran, personaliti serta masalah-masalah lain yang dihadapi ketika menjalani proses pembelajaran di sekolah.

Kami agak teruja untuk menghadirinya. Perasaan yang lebih kurang sama seperti pertama kali menghadiri hari terbuka sekolah ketika Nurin Iman bersekolah tadika dahulu. Cuma kali ini perasaan tersebut lebih mendalam (intense). Maklumlah kini Nurin Iman telah berada dalam sistem persekolahan formal.  Dengan pengenalan KSSR di sekolah kebangsaan, semua aspek perlu diberi perhatian serius.

Mendapat maklum balas daripada perspektif  yang berbeza daripada guru-gurunya  tentunya amat membantu dalam kami mengenali sikap dan personaliti sebenar anak kami. Tentunya ada yang positif dan ada juga yang negatif.  Apa pun kami terima dengan hati yang terbuka.  

Kami faham dengan adanya maklum balas daripada guru-guru secara tidak langsung akan membantu kami untuk memantapkan lagi personaliti dan potensi anak kami. Selain itu maklumat yang diperolehi daripada guru-guru juga amat membantu kami dalam merangka rancangan pembelajarannya.
 

Memang diakui, keutamaan kami adalah kecemerlangan dalam pelajaran. Cuma apa yang merisaukan kami adalah bagaimana untuk menentukan sempadan kecemerlangan yang dititikberatkan itu agar tidak menjadi satu beban buat Nurin Iman. 

Perjalanan hidup anak ini masih lagi jauh.. Semoga segala usaha kami dipermudahkan Allah. Amin.