BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Ogos 2011

Ogos 28, 2011

Tangan Ini - Iklan Petronas Raya Merdeka 2011




Tangan boleh menjadi lambang perwatakan dan peribadi seseorang. Sebagai contoh, tangan- tangan yang bersalaman adalah simbol ampun dan maaf. Tangan-tangan yang penuh dengan parut dan calar menunjukkan kerja keras dan kekuatan. 

Tangan adalah simbol ideal kepada keperibadian kita. Ia bukan lagi mengenai kepentingan menyampaikan nasihat atau memberi pengajaran kepada penonton, tapi iklan tahun ini adalah satu bentuk penghargaan kepada rakyat Malaysia. 

Melalui interpretasi di tangan mereka, iklan ini adalah untuk meraikan nilai-nilai yang mewakili rakyat Malaysia.

26 Ogos 2011

Ogos 26, 2011

Persiapan Hari Raya 2011 #3

Alhamdulillah.. Telah pun diselesaikan urusan ini sebaik sahaja solat Jumaat tadi. Memang merancang untuk menyelesaikan urusan ini sebelum berangkat pulang ke kampung. 


Sebaik-baiknya urusan ini diselesaikan ditempat kita mencari rezeki dan bermastautin..

Ogos 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Sebenarnya Saya sudah mula bercuti mulai hari ini. Kali ini memang sengaja mengambil cuti awal tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Insyallah akan kembali menyambung tugas pada hari raya ke 4.  Berkemungkinan besar sepanjang berada di kampung nanti, tidak akan dapat online pada kadar biasa. Maklumlah tentu akan sibuk dengan pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti berziarah.

Tahun ini giliran kami sekeluarga beraya di Seremban. Tetapi sebelum berangkat ke Seremban, kami akan singgah ke Kluang dahulu. Sekurang-kurangnya jika dapat pulang awal ke kampung dapatlah membantu membuat persiapan ketika di kampung nanti.

Bersempena dengan kedatangan Syawal ini, kami sekeluarga mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" serta tidak lupa juga ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan" pada semua yang mengenali secara online mahupun offline..

22 Ogos 2011

Ogos 22, 2011

Melatah Mampu Menyelamatkan Nyawa!

Terkejut membaca cerita ini di portal berita The Star Online. Nampaknya melatah mampu menyelamatkan nyawa! Kehebatan melatah makcik itu menyebabkan buaya yang menyerang suaminya lari! Memang hebat!

-------------------------------

A man was saved from being attacked by a crocodile when it was scared off by his wife who started swearing in shock due to her latah condition.

Wan Sahari Wan Ateng, 47, and his wife Saliah Jini, 47, were picking prawns out of their net on a raft at Sungai Paruh, Kuching, when a 6.5m-long crocodile grabbed his arm. Wan Sahari said the sudden attack shocked his wife who then started to swear loudly as she would normally do due to the latah condition.

He said his wife's repeated swearing scared off the animal. “I am very grateful to my wife's condition. Her condition helped save me from certain death,” he said.

Ogos 22, 2011

Persiapan Hari Raya 2011 #2

Semangat untuk berblog ketika Ramadan ini memang berada diparas terendah. Maklumlah keletihan disiang hari masih lagi terbawa-bawa sehingga ke sebelah malam dan seterusnya mengakibatkan kehilangan mood untuk mengemaskini blog.  

Sambil memikirkan tentang apa yang hendak dikemaskini, rasanya ada beberapa entry lama yang difikirkan masih relevan dengan Ramadan dan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi. Antaranya :

  1. Checklist Hari Raya 1 (2010)
  2. Checklist Hari Raya 2 (2010)
  3. Koleksi Lagu Hari Raya Yang Wajib Ada (2010)
  4. Projek Corn Flakes Madu (2010)
  5. Nuffnang Beri Duit Raya (2010)
  6. Hari Pertama Syawal (2010)
  7. Hari Kedua Syawal (2010)
  8. Hari Ketiga Syawal (2010)
  9. Hari Keempat Syawal (2010)
  10. Hari Kelima Syawal (2010)
  11. Persiapan Raya - Part 1 (2009) 
  12. Persiapan Raya - Part 2 (2009)
  13. Syawal 09 - Part 1 (2009)
  14. Syawal 09 - Part 2 (2009)
  15. Syawal 09 - Part 3 (2009)
  16. 10 Years Old Satria (2008)
  17. Raya 2007 (2007)
  18. Raya 2006 (2006)

Kadang kala untuk menjana idea untuk penulisan yang bagus perlukan inspirasi serta rujukan daripada penulisan terdahulu serta sumber yang lain.  Jadi sesekali menjenguk apa yang ada didalam arkib blog sendiri memang amat membantu :D



21 Ogos 2011

Ogos 21, 2011

Persiapan Hari Raya 2011 #1

Nampaknya pusat membeli belah disekitar Johor Bahru sudah mula dibanjiri oleh pengunjung yang tentunya ingin melengkapkan Persiapan Hari Raya Aidifitri yang bakal tiba. Seperti keluarga lain, Kami juga tidak ketinggalan berkunjung ke beberpa buah pusat membeli belah untuk melihat-lihat apa yang menarik.

Alhamdullilah bulan ini gaji telah dimasukkan awal ke dalam akaun. Jadi mood untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri juga sudah boleh diaktifkan sepenuhnya. 
Cuma perlu sedikit berhati-hati agar tidak terlebih bebelanja. Maklumlah hari raya disambut pada hujung bulan ini, jika sudah berhabis-habisan berbelanja takut nanti terputus wang diawal-awal Syawal sedangkan bulan itu masih panjang lagi untuk ditempohi. Jadi memang amat wajar dalam merancang perbelanjaan menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri agar tidak ditimpa masalah nanti.
Berdasarkan pemerhatian, Kami dapati tahun ini kegiatan menjual kuih raya seperti tidak semeriah seperti tahun-tahun yang lepas. Berkemungkinan ia disebabkan oleh isu mentega yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini menyebabkan penjual enggan mengambil risiko.

18 Ogos 2011

Ogos 18, 2011

Katalog IKEA Malaysia 2012

Berikut adalah artikel berkenaan "IKEA Malaysia Catalogue 2012". Untuk "catalogue" terbaharu bagi tahun 2015 sila rujuk pautan ini [Link].

Katalog IKEA Malaysia 2012IKEA Malaysia Catalogue 2012 telah pun dikeluarkan. Bagi yang masih mencari idea bagaimana untuk memanfaatkan dan memaksimumkan penggunaan ruang yang terhad, bolehlah membaca untuk mendapatkan inspirasi melaluinya.

Bila membelek-belek Catalogue terbaharu ini memang terasa rugi dan bersalah apabila ruang yang sedia ada di kediaman tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Kadang-kadang idea ringkas, praktikal disertakan dengan perabot yang bersesuaian mampu menyerlahkan potensi dan memberikan fungsi terhadap tempat tersebut.



16 Ogos 2011

Ogos 16, 2011

TP-LINK 3G/3.75G Wireless N Router Model TL-MR3420 - Firmware Upgrade

Sudah 6 bulan menggunakan Router TP-LINK TL-MR3420 untuk mewujudkan "Zon WiFi" serta aktiviti internet kami sekeluarga. Alhamdulilah sejak ia mula dipasang ia telah menjalankan tugas yang sepatutnya dengan cemerlang.

Secara teorinya, bila sesuatu alatan itu sudah berfungsi dengan cemerlang, rasanya tak perlulah dibuat apa-apa lagi.

Cuma, baru-baru sempat singgah ke halaman web TP-Link untuk memeriksa samada terdapat "firmware" terbaharu untuk produk tersebut.  


Didapati ada 2 "firmware" terbaharu yang telahpun dilepaskan secara rasmi oleh TP-LINK.  Yang pertama pada bulan Januari 2011 dan yang kedua pada bulan April 2011.

14 Ogos 2011

Ogos 14, 2011

Fantasy Premier League 2011/2012 - Gameweek 1

Rasanya sudah ramai yang tidak sabar untuk memulakan musim baharu Fantasy Premier League 2011/12. 

Musim baharu ini sama seperti tahun-tahun yang lepas, memulakan "setup" pasukan dengan menggunakan pemain yang dianggap "underdog"  dan digabungkan dengan beberapa nama besar. Diharap kombinasi ini akan membuahkan hasil yang dikehendaki. :D



Semoga tahun ini tiada lagi ganguan terhadap jadual perlawanan seperti musim lepas. Akibat daripada gangguan terhadap jadual perlawanan, segala strategi yang telah dilakukan tidak dapat dimaksimumkan dan mengakibatkan pungutan mata telah teruk terjejas.

12 Ogos 2011

Ogos 12, 2011

Kerenah Anak-anak Ketika Berpuasa

Sudah 11 hari berpuasa. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak terutamanya Nurin Iman berjaya mengadaptasi sepenuhnya ibadah puasa. Tidak banyak kerenah seperti tahun pertama berpuasa dulu. Cuma yang agak ketara ialah badannya agak susut sedikit berbanding sebelum berpuasa tempohari.





Kalau dahulu apabila Nurin Amani melakukan provokasi dengan makan dihadapannya, Nurin Iman akan mengadu pada emaknya serta marah dengan tindakkan adiknya itu.  Kini diperhatikan, Nurin Iman lebih sabar walaupun provokasi tersebut masih lagi dilakukan oleh adiknya.

Apabila tiba waktu berbuka puasa, permintaannya cukup mudah iaitu 2 keping murtabak dari bazar ramadan berdekatan kediaman kami. Walaupun pada hakikatnya dia hanya mampu menghabiskan satu daripadanya  :D 


10 Ogos 2011

Ogos 10, 2011

Kematian Itu Pasti #2

Diri ini masih lagi terkejut dan sedih apabila mendapat perkhabaran bahawa kawan yang Saya lawati tempohari telah meninggal dunia semalam.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ    

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang  yang beriman.


Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t: "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." (Surah Ali Imran ayat 185 )


Kematian itu pasti..

08 Ogos 2011

Ogos 08, 2011

Belajar Menghargai Hidup Daripada Kesakitan

Sabtu lepas Saya ke Kuala Lumpur.  Tujuannya adalah untuk melawat seorang rakan yang sedang berada di wad ICU di Hospital Ampang.  Saya mengenali beliau ketika sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya menjadi rakan serumah ketika di tahun akhir pengajian.  

Memandangkan ia adalah lawatan singkat dan ingin segera sampai ke destinasi, Saya mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan yang paling awal dari Johor Bahru dan pulang melalui penerbangan terakhir daripada Kuala Lumpur.   


Setibanya di LCCT, Saya terus menggunakan perkhidmatan Skybus untuk ke KL Sentral. Sebaik sahaja tiba di sana, Saya segera menghubungi seorang lagi rakan yang tinggal di Klang untuk sama-sama ke Hospital Ampang.  Dalam pada itu 3 orang rakan yang lain sedang dalam perjalanan dari Mutiara Damansara, Kuantan serta Jerantut untuk menyertai kami.

Waktu melawat bagi wad ICU bermula pada jam 12:30 tengahari sehingga jam 2:00 petang, jadi kami perlu sampai ke sana dalam lingkungan waktu tersebut.  Mujur juga ada peranti GPS yang menjadi alat bantuan pada pemandu untuk ke tempat yang dituju. 

Alhamdulillah, walaupun tanpa perancangan serta notis pemberitahuan yang agak singkat, kami dapat mengumpulkan 5 orang bekas rakan serumah untuk melawat. Cuma sedikit kecewa kerana seorang daripada kami tidak dibenarkan masuk kerana terlewat sampai.

05 Ogos 2011

Ogos 05, 2011

POWER! - Pengurusan Wang Ringgit Anda

POWER! - Pengurusan Wang Ringgit Anda
POWER! - Pengurusan Wang Ringgit Anda



POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda ialah program pendidikan kewangan praktikal yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

POWER! direka khas untuk memberikan anda pengetahuan asas kewangan dan cara pengurusannya supaya anda lebih yakin dan boleh membuat keputusan Pengurusan kewangan secara wajar.


PENGETAHUAN POWER!


POWER! terbuka kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang ingin memperoleh pengetahuan kewangan secara praktikal dan skil dalam Pengurusan kewangan dan hutang peribadi.

Jika anda merancang untuk memohon kemudahan pinjaman atau kredit buat kali pertama, POWER! akan memberikan anda tip berguna untuk menguruskan hutang secara efektif.


SESI POWER!


POWER! akan membantu anda menguruskan kwangan dan hutang dengan lebih baik melalui 6 bab praktikal tentang:

  • Pengurusan Aliran Tunai
  • Asas Meminjam
  • Penggunaan Kad Kredit Secara Bijak
  • Membeli Kereta
  • Membeli Rumah
  • Mengurus Hutang Anda

MANFAAT POWER!


Dengan POWER! anda akan dapat menguruskan aliran wang peribadi dengan yakin dan dapat membuat keputusan Pengurusan kewangan dengan berhemat.

LOKASI POWER!


Anda boleh memilih untuk menghadiri sesi POWER! di:

Ibu pejabat AKPK, Kuala Lumpur
Setiap hari Sabtu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang

Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching
Setiap hari Rabu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang


Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk halaman web AKPK

-----------------------------

Bagi yang berkesempatan silalah menghadirkan diri untuk menigikuti sesi POWER! yang diadakan pada setaip Sabtu dan Rabu.  Sesi ini tentunya bagus untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai pengurusan kewangan peribadi.

04 Ogos 2011

Ogos 04, 2011

Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak (HSA) - Ogos 2011

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Bagi Bulan Ogos 2011.  

Buat warga Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.

Kebetulan pada bulan Ogos, kita berada didalam bulan Ramadan. Tentu ada sedikit kerisauan serta kekeliruan bagi yang ingin menderma darah ketika Ramadan terutamanya dari segi hukum. 




Walaupun dibulan Ramadan, kita sebenarnya masih boleh menderma darah.  Cuma sebaik-baiknya dilakukan selepas waktu berbuka.

Bagi yang masih ragu-ragu mengenai menderma darah ketika berpuasa boleh rujuk pada artikel yang ditulis oleh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor untuk mendapat pandangan yang lebih jelas dan menyeluruh mengenai isu ini:

02 Ogos 2011

Ogos 02, 2011

'Christian terrorist'? Akhirnya Media Barat Mengakuinya

Seperti yang dijangka, media barat telah pun mengupas serta memperdebadkan isu serangan di Norway baru-baru ini. Sangat tertarik dengan tulisan Jesse Washington yang disiakan di Yahoo News dan dipetik daripada Associated Press.  

Menurut beliau:

When the "enemy" is different, an outsider, it's easier to draw quick conclusions, to develop stereotypes. It's simply human nature: There is "us," and there is "them." But what happens when the enemy looks like us — from the same tradition and belief system?

That is the conundrum in the case of Norway and Anders Behring Brevik, who is being called a "Christian extremist" or "Christian terrorist."

As westerners wrestle with such characterizations of the Oslo mass murder suspect, the question arises: Nearly a decade after 9/11 created a widespread suspicion of Muslims based on the actions of a fanatical few, is this what it's like to walk a mile in the shoes of stereotype?

Akhirnya, media barat juga mengakui bahawa ideologi pengganas boleh wujud dalam pelbagai bangsa, agama serta kewarganegaraan. Apabila fahaman ekstrimism mula menyerap dalam sistem kehidupan tentunya akan ada golongan yang terpengaruh. 

Dalam artikel ini juga, buat pertama kalinya media barat menggunakan perkataan " Christian Terrorist "  untuk merujuk kepada si pelakunya.

Jadi selepas ini, diharap media barat akan lebih adil dalam melaporkan serta mengupas isu yang berkaitan dengan keganasan serta umat Islam khasnya.

Artikel lengkap boleh dibaca disini.

Ogos 02, 2011

Hari Pertama Ramadan #1

Alhamdulillah, hari pertama dibulan Ramadan telah berjaya ditempohi dengan jayanya. Memandangkan 1 Ramadan di Johor adalah cuti umum, perjalanan untuk ke tempat kerja dan balik hari ini adalah amat lancar tanpa banyak kenderaan di jalan raya.  

Disepanjang bulan Ramadan ini, pihak pengurusan syarikat telah membenarkan pekerja yang beragama Islam pulang awal setengah jam daripada biasa.  Jadi terpulanglah pada setiap jabatan untuk berkompromi dalam mengilirkan siapa yang boleh balik awal setiap hari.  

Buat Nurin Iman, ini tahun keduanya berpuasa. Memang puasa kali ini tentunya lebih mencabar disebabkan dia sudah bersekolah. Memandangkan dia sudah mula berpuasa sejak tahun lepas, untuk puasa kali ini dia sudah boleh dikira berpengalaman dan tidak banyak kerenah.