BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Oktober 2011

Oktober 31, 2011

Google Search Box - Perlu Ada Pada Setiap Blog!

Bila mood untuk menulis belum sampai lagi, biasanya Saya akan memeriksa semula susun atur serta memperkemaskan blog.  Tentu ada sahaja yang ingin ditambah dan dibuang mengikut kesesuaian masa.

Hari ini Saya bercadang untuk mengintegrasikan "Google Search Box" dan menu utama dalam baris yang sama. Memang sudah lama merancang untuk melakukannya tetapi disebabkan kesuntukkan masa terpaksa diabaikan buat sementara.

Kalau usaha ini berjaya dilakukan, blog akan kelihatan lebih kemas serta hasilnya tentu dapat mengoptimumkan penggunaan ruang.  Selain daripada itu, ia juga membantu mempermudahkan navigasi pada blog.


Dengan bantuan dan tutorial daripada Blogger Sentral, kerja-kerja mengintegrasi dapat dilakukan dengan mudah. Biasalah kalau di platform blogger, semuanya perlu dilakukan dengan cara manual. Apa pun,  melakukan perkara sebegini tentunya melatih diri agar  lebih sabar dan teliti kerana sedikit kesilapan boleh menyebabkan blog gagal berfungsi dengan sempurna.


29 Oktober 2011

Oktober 29, 2011

Kalau Sentiasa Diingatkan Tentu Tidak Lupa

Tak sangka sudah 10 bulan kempen  Sabtu, Hari Tanpa Beg Plastik telah berjalan.  

Saya tabik kepada para pekerja di hypermarket dan kedai serbanika yang masih lagi rajin memberitahu dan mengingatkan pelanggan bahawa pada hari tersebut tiada plastik akan diberikan. Kalau sentiasa diingatkan tentu tidak lupa.




Oleh yang demikian, Saya juga ingin mengambil inisiatif yang serupa dengan mereka untuk mengingatkan pada semua iaitu pada setiap Sabtu tiada beg plastik yang akan diberikan apabila membuat pembelian di hypermarket dan kedai serbanika :D

28 Oktober 2011

Oktober 28, 2011

Bila Perlu Menukar Kasut Sukan?

Berlari atau berjalan dengan menggunakan kasut sukan lama boleh menyebabkan kecederaan terutamanya pada lutut dan pergelangan kaki. Kasut lama yang digunakan berkemungkinan sudah kehilangan upaya untuk menyerap kejutan dan kehilangan kestabilan. 

Dengan mengambil langkah untuk menggantikannya, sudah tentu akan membantu mencegah kecederaan daripada berlaku.

 Bila Perlu Menukar Kasut Sukan?



Bila Perlu Menukar Kasut Sukan? Kasut sukan yang kita gunakan untuk tujuan beriadah perlu ditukar apabila telah digunakan serta  mencapai jarak 550 sehingga maksimum 880 kilometer! Untuk yang aktif berlari, kasut sukan haruslah ditukar apabila telah digunakan sejauh 550 kilometer manakala bagi yang kurang aktif, kasut boleh digunakan sehingga jarak 880 kilometer. Rujuk - About.com


Kasut sukan yang kita gunakan untuk tujuan beriadah perlu ditukar apabila telah digunakan serta  mencapai jarak 550 sehingga maksimum 880 kilometer! Untuk yang aktif berlari, kasut sukan haruslah ditukar apabila telah digunakan sejauh 550 kilometer manakala bagi yang kurang aktif, kasut boleh digunakan sehingga jarak 880 kilometer. Rujuk - About.com

Tips Untuk Memanjangkan Hayat Kasut Sukan


Untuk memanjangkan hayat kasut sukan, adalah digalakkan untuk mempunyai sekurang-kurang 2 pasang atau lebih kasut sukan dan digunakan secara bergilir-gilir. 


27 Oktober 2011

Oktober 27, 2011

Nokia Lumia 800 - Bakal Memeriahkan Pasaran

Nokia Lumia 800
Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri dan membiarkan para pesaingnya seolah-olah berpesta, Nokia memperkenalkan telefon pintar terbaharu keluaran mereka yang dikenali sebagai Lumia

Terdapat 2 model dalam siri Lumia iaitu Lumia 800 dan Lumia 710Lumia 800 merupakan model berspefikasi tinggi manakala Lumia 710 merupakan model asas. Kedua-duanya akan mula dijual Eropah dan Amerika Syarikat pada bulan November ini.

Produk ini adalah hasil sulung daripada usaha sama Nokia dan Microsoft yang dijalinkan sejak awal tahun ini. Para penganalisis pasaran menganggap produk ini adalah hasil segera kedua-dua syarikat dalam mengekang penguasaan Apple dan Android.

Lumia 800 dari segi fizikal dan rupa bentuknya adalah serupa dengan model Nokia N9 yang menggunakan sistem pengoperasian MeeGo yang akan dihentikan pengeluarannya.


Nokia Lumia 800 vs iPhone 4S vs Nexus Galaxy vs Droid RAZR - PC World Comparison

Tidak banyak yang mampu dibuat oleh Nokia melalui Lumia 800 dalam bersaing dengan pengeluar lain dari segi spesifikasi kecuali dibahagian kamera yang mempunyai lensa yang bagus dan memberi pilihan kepada pengguna yang tidak mahukan produk dari Apple dan Android

24 Oktober 2011

Oktober 24, 2011

Iklan Petronas - Deepavali 2011



Perjalanan hidup menuju kebahagiaan bermula dari hati sanubari kita. Ia lahir dari keazaman dan kesungguhan untuk berjaya.Penuh keikhlasan dan dedikasi dalam mengharungi cabaran mendatang.

Iklan ini menyemai semangat dan kesungguhan yang kita curahkan buat yang tersayang. Serta keazaman diri yang mendorong usaha ke arah kehidupan yang lebih sempurna.

Selamat Hari Deepavali.


Oktober 24, 2011

Ice Cream Sandwich Yang Sedap!


Samsung Galaxy Nexus - Spesikasi:

  • 1.2GHz dual-core processor dan disokong dengan 1GB RAM
  • Sistem Pengoperasian : Android OS, v4.0 (Ice Cream Sandwich)
  • 16 / 32GB memori terbina dalam (boleh ditambah melalui slot kad microSD sehingga 32GB). 
  • 4.65-inci, 1280×720 skrin super AMOLED
- Permukaan Oleophobic
- Multi-touch input
- Accelerometer sensor
- Touch-sensitive controls
- Proximity sensor untuk auto turn-off
- Three-axis gyro sensor
  • Saiz: 135.5 x 67.9 x 8.9 mm 
  • Berat : 135g
  • Kamera 5.0 (belakang)  dan 1.3 megapixels (hadapan) dilengkapi “zero shutter lag,” dan keupayaan mengambil gambar dalam keadaan cahaya yang kurang.
  • Data :
- HSDPA, 21 Mbps, HSUPA, 5.76 Mbps, LTE (4G)
- Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band, DLNA,
- Wi-Fi hotspot
- Bluetooth v3.0 with A2DP
- v2.0 microUSB


23 Oktober 2011

Oktober 23, 2011

Marco Simoncelli 1987 - 2011



Marco Simoncelli a.k.a Super SIC telah meninggal dunia secara tragik akibat daripada kecederaan yang dialami ketika kemalangan di lap kedua dalam perlumbaan  Malaysian MotorGP di Sepang.

Bintang berumur 24 tahun ini merupakan salah seorang pencabar dalam kejohanan tahun ini dan baharu sahaja mendapat tempat terbaik dalam kerjayanya pada minggu lepas di perlumbaan MotorGP yang berlangsung di Phillip Island  dengan menduduki tempat kedua.

Ironinya buat Pasukan Gresini Honda, ini adalah kematian kedua melibatkan pelumba pasukan dimana sebelum ini pelumbanya Daijiro Kato meninggal dunia dalam kemalangan ketika perlumbaan "Japanese Grad Prix" pada tahun 2003.

Satu kehilangan besar buat siri MotoGP dan sukan permotoran secara amnya. R.I.P Super SIC .. #58


Kredit, Crash.net


22 Oktober 2011

Oktober 22, 2011

Samsung dan Apple - Kisah Cinta Pelik

Kadang-kadang situasi pelik boleh berlaku didalam hubungan perniagaan. Contoh yang paling unik sekarang ialah antara dua entiti perniagaan yang terkenal iaitu Samsung dan Apple. Perhubungan ini boleh diibaratkan umpama Kisah Cinta Pelik!

Dibeberapa buah pasaran, Apple telah berjaya mendapatkan perintah mahkhamah untuk menghalang Samsung daripada menjual Samsung Galaxy Tab 10.1 dan 3 buah model Smartphone keluarannya. Antara pasaran yang berjaya disekat oleh Apple ialah Australia dan  Belanda. 

Namun disebalik semua itu, Samsung sebenarnya merupakan pembekal utama komponen kepada Apple dan antara komponen utamanya ialah unit pemprosesan pusat A4 dan A5 untuk pembuatan iPhone dan iPad! Situasi yang agak pelik diantara pelanggan dan pembekal. Saling saman menyaman antara keduanya tetapi masih berjaya mengekalkan hubungan perniagaan yang erat.

Dalam masa yang sama, Samsung sebenarnya sudah pun berjaya memintas Apple dalam segmen smartphone apabila berjaya menjual sebanyak 20 juta unit berbanding Apple yang menjual sebanyak 17 juta unit. 

Sebagai jawapan kepada iPhone 4S, Samsung memperkenalkan Galaxy Nexus yang menggunakan versi terbaharu sistem pengoperasian Andriod 4.0 a.k.a  "Ice Cream Sandwich".  Diberitakan ia akan memasuki pasaran pada November ini.



Samsung menggunakan kelebihan yang ada padanya iaitu kecekapan kilang pengeluarannya  serta keputusan eksekutif yang pantas dalam mengejar Apple dan akan menggunakan strategi yang sama seperti Apple untuk lebih agresif  dalam menggunakan proses undang-undang dan makhamah untuk menghalang penjualan produk pesaing serta mempertahankan "paten".

21 Oktober 2011

Oktober 21, 2011

Public Ittikal - Dibuka Semula Untuk Pelaburan Melalui KWSP

Semalam seorang kawan yang juga merupakan seorang Perunding Pelaburan Unit Amanah Public Mutual memberitahu bahawa Dana Public Ittikal  telah dibuka semula untuk pelaburan melalui KWSP mulai hari ini (20 Oktober 2011).

Dana ini telah diumumkan tidak lagi menerima pelaburan baru pada 17 Jun 2011.

Apabila melihat kepada situasi ekonomi negara dan dunia secara keseluruhannya sekarang yang tidak berapa memberangsangkan, tentu akan membuat ramai orang yang akan kecut perut apabila membicarakan hal berkaitan dengan pelaburan.  Lebih-lebih lagi pelaburan yang berkaitan secara langsung dengan pasaran saham dan unit amanah.




Namun begitu bagi pelabur jangka panjang, pelaburan perlu dilakukan dengan kadar yang konsisten dikala ekonomi bagus dan dikala ekonomi sedang mengalami tekanan. 

18 Oktober 2011

Oktober 18, 2011

iPhone 4 Steve - 4 Juta Telah Terjual!



Sebanyak 4 juta unit iPhone 4S atau iPhone 4 Steve telah terjual selepas 3 hari pelancarannya secara rasmi iaitu pada 14 Oktober yang lepas,

Syarikat Apple juga menerima tempahan sebanyak 1 juta unit melalui jualan atas talian untuk iPhone 4S, melebihi 600,000 ribu unit berbanding  model terdahulu.

iPhone 4S diperkenalkan kepada umum sehari sebelum kematian pengerusinya Steve Jobs, model ini pada mulanya dianggap sebagai tidak menepati kehendak pelanggan kerana rupa bentuk fizikalnya hampir serupa dengan model terdahulu iaitu  iPhone 4.

Namun begitu, ciri unik aplikasi pengenalan suara yang dikenali sebagai SIRI telah mendapat maklum balas positif daripada pengguna membantu meningkatkan jualannya.

Kredit: Sumber & Gambar, Reuters


17 Oktober 2011

Oktober 17, 2011

Pelari Marathon Tertua Ini Berusia 100 Tahun!



Seorang lelaki berumur 100 tahun telah diiktiraf sebagai pelari marathon tertua didunia oleh Guiness World Record setelah berjaya menghabiskan larian di sebuah kejohanan marathon yang diadakan di Toronto baru-baru ini.

Dia sampai ke garisan penamat setelah 8 jam berlumba iatu selepas 6 jam pemenang kejohanan, Kenneth Mungara memenangi kejohanan tersebut  untuk kali ke 4. 

Untuk rekod, Fauja Singh mula menyertai larian marathon ketika berusia 89 tahun. Menurutnya lagi, beliau berharap dapat menyertai acara larian obor bagi Sukan Olimpik London 2012 yang bakal berlangsung di negaranya. 

Acara tersebut sebenarnya tidak asing buat dirinya kerana pada tahun 2004, beliau pernah menjadi pelari untuk larian obor Sukan Olimpik Athens.

Hebat orang tua ini, banyak yang boleh diambil iktibar dari kisahnya. Walaupun bermula lambat dalam sukan tersebut, beliau memecahkan rekod untuk setiap kategori umur yang disertainya.

Kredit, gambar dan berita Associated Press

16 Oktober 2011

Oktober 16, 2011

Kata Nama Khas Yang Mengelirukan

Sebenarnya sudah lama hendak menulis berkenaan perkara ini.

Walaupun nampak agak remeh, ia tetap sukar terutama apabila ingin menerangkan mengenainya.

Maklumlah, di rumah secra tidak langsung akan menjadi "Guru Bahasa Malaysia"  tidak rasmi kepada anak-anak.
 
Isu yang dibangkitkan ialah mengenai "Kata Nama Khas" yang agak mengelirukan.

Seperti yang diketahui secara umum, mengikut hukum tatabahasa yang betul. Kata nama khas adalah merujuk kepada :

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

14 Oktober 2011

Oktober 14, 2011

Bajet 2012 - Pendaftaran Haji Menggunakan KWSP Akaun 2

Langkah kerajaan mencadangkan ahli KWSP yang beragama Islam menghadang sejumlah wang daripada Akaun 2 untuk pendaftaran Haji disambut baik.  

Sebelum ini memang tiada skim yang seumpamanya yang benar-benar membantu pekerja di sektor swasta secara keseluruhannya untuk menunaikan Haji.

Akibat daripada kenaikan kos sara hidup, golongan yang berpendapatan rendah mengalami kesukaran untuk menabung bagi tujuan tersebut. Bagi tujuan pendaftaran Haji, ahli KWSP boleh memohon untuk menghadang RM1,300 dalam Akaun 2 iaitu amaun minimum untuk pendaftaran Haji untuk membolehkan ahli mendaftar awal. 

"Ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap simpanan persaraan ahli kerana amaun RM1,300 itu akan kekal di dalam Akaun 2 sehingga mereka layak mengeluarkannya pada usia 55 tahun"

13 Oktober 2011

Oktober 13, 2011

Bajet 2012 - Dari 12% ke 13%

Sebagai pekerja di sektor swasta, Saya amat mengalu-alukan langkah yang dicadangkan dalam Bajet 2012 untuk menambah kadar caruman KWSP majikan daripada 12% ke 13% bagi ahli yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Dengan adanya cadangan ini, ia secara tidak langsung berupaya meningkatkan simpanan persaraan ahli KWSP.  

Mengikut data KWSP, jumlah ahli aktif yang berpendapatan RM5,000 ke bawah pada 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:



Linkungan 
Gaji (RM)
Bil. Ahli AktifSimpanan (RM)Purata
Simpanan
(RM)
Peratus (%)Peratusan
Kumulatif
  (%)
<=5001,014,52211,297,319,238.2511,135.6117.7817.78
501 - 3,0003,763,311113,863,695,467.8530,256.2565.9583.73
3,001 - 5,000551,31948,247,987,507.4187,513.749.6693.39
JUMLAH5,329,152173,409,002,213.51



(Anggaran tambahan RM70 – RM100 juta setiap bulan apabila
caruman majikan dinaikkan kepada 13 peratus)


Menurut kajian KWSP, 70% dari pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam masa 10 tahun dan ramai ahli KWSP yang berpendapatan rendah mungkin tidak mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara kelak.

10 Oktober 2011

Oktober 10, 2011

Perangkap Di Zon Selesa

Perangkap Di Zon Selesa
Untuk melahirkan idea, inovasi, penyelesaian dan pemikiran hebat memang perlu ada sedikit unsur tekanan. 

Bermaksud kita sebenarnya mampu melahirkan sesuatu idea atau pemikiran hebat ketika berada didalam keadaan tertekan atau ketika berada didalam situasi yang mendesak.

Pada situasi tersebut, otak akan dikerah ke peringkat lebih tinggi daripada biasa untuk mencari jalan dalam menyelesaikan permasalahan yang sedang atau akan dihadapi.

Perangkap Di Zon Selesa



Keinginan untuk meningkatkan dan memajukan lagi diri berkemungkinan mula berkurangan kerana sudah terlalu selesa atau seronok dengan sesuatu situasi. Zon selesa umpama perangkap pemikiran secara tidak disedari..

Jika berada di zon selesa, memang sukar untuk menghasilkan idea, penyelesaian dan pemikiran hebat. Oleh yang demikian untuk keluar daripada situasi ini, kita boleh mencipta satu situasi tekanan. Ramai yang mengelarkan perkara ini sebagai motivasi.

03 Oktober 2011

Oktober 03, 2011

Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak (HSA) - Oktober 2011

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Bagi Bulan Oktober 2011.  

Buat warga Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.





02 Oktober 2011

Oktober 02, 2011

Mengemaskini Blog - Kerja Melecehkan Yang Perlu Dilakukan

Hujung minggu ini digunakan sepenuhnya untuk mengemaskini dan memperbaiki susun atur blog.

Sudah lama rasanya tidak berbuat demikian. Jadi eloklah melakukannya apabila ada masa yang terluang.

Lebih-lebih lagi didapati dibahagian "Link Exchange" sudah banyak link yang sudah tidak aktif. Memang perlukan sedikit masa untuk memeriksa pautan-pautan tersebut satu persatu dan akhirnya dengan berat hati terpaksa membuang yang sudah tidak aktif.

Selain daripada itu, iklan-iklan diblog juga disemak semula untuk dinilai keberkesannya. Mana yang sudah tidak berdaya maju perlu dikeluarkan dan diganti dengan yang lain. 

Sudah terlanjur bermain-main dengan "coding" blog, akhirnya mengambil keputusan untuk membuat sedikit rombakan pada blog.  Tiada apa yang istimewa, cuma menggabungkan beberapa "widget" menjadi satu dan memperbaiki semula susun aturnya.