BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 November 2011

November 30, 2011

Tutti Frutti, Najwa Latif - Cerita Kedai Kopi

Sejak dari awal pagi tadi tercari-cari gambar yang dirasakan sesuai untuk diletakkan di Version 2.0 - Wordless Wednesday Namun begitu tiada satu pun difikirkan sesuai. Oleh yang demikian, hari ini Saya memilih untuk menulis :D

Semalam, selepas selesai makan tengahari, sesi Cerita Kedai Kopi membincangkan mengenai tempat makan yang sedang hype disekitar bandaraya.

Tiba-tiba terpancul cerita mengenai Tutti Frutti daripada salah seorang daripada kami. Boleh dikatakan jenama ini adalah antara yang terpantas berkembang berdasarkan pembukaan cawangan-cawangan baru disekitar bandaraya.



Ditambah lagi sejak video muzik Cinta Muka Buku - Najwa Latif turut memaparkan babak-babak di Premis Tutti Frutti secara tidak langsung ia mempopularkan lagi jenama tersebut. 


29 November 2011

November 29, 2011

Tiada Monday Blues, Tiada Momentum..

Oleh kerana pada minggu ini hari bekerja bermula pada hari Selasa, maka tiada Monday Blues untuk minggu ini! :D



Sepatutnya bila tiada hari Isnin, minggu ini dapat dimulakan dengan begitu bersemangat dan bertenaga kerana hari yang biasanya tidak bagus dan tidak produktif itu telah berjaya dilangkau. Oleh yang demikian, Saya menjangkakan semua orang akan gembira, ceria dan bertenaga apabila memulakan tugas hari ini. 
 
Namun begitu, hakikat sebenarnya ialah apabila sudah menikmati cuti hujung minggu yang agak panjang memang susah untuk mengembalikan momentum

25 November 2011

November 25, 2011

Menyempurnakan Azam Yang Masih Belum Terlaksana #3

Selamat menyambut Maal Hijrah dan tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi untuk menyambut tahun baru 2012.  

Sekarang adalah masa yang dikira agak sesuai untuk mula melakukan analisis terhadap keberkesanan azam serta pencapaian diri disepanjang tahun 2011.

Buat yang telah berjaya mencapai matlamat, tahniah diucapkan. Bagi yang masih lagi belum berjaya mencapai matlamat, cuba luangkan sedikit masa lagi untuk menyiasat dimana kelemahannya. Jika sudah mengetahui puncanya, insyallah akan diberikan ilham dan idea bagaimana mahu menyelsaikan masalah tersebut.  

Masih ada sebulan lagi sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai. Mungkin dalam jangka masa sesingkat ini berserta pendekatan yang telah diubahsuai, masih berpeluang menyelesaikan beberapa perkara dan azam yang tertunggk.  Insyalah..

Alhamdulillah semenjak Saya memilih untuk mempunyai azam yang bersifat jangka panjang dan menyingkirkan azam yang berbentuk kehendak, perancangan untuk mencapai matlamat menjadi lebih terarah (fokus).


22 November 2011

November 22, 2011

Buku Nota Moden - Samsung Galaxy Note


 

Samsung Galaxy Note - Spesifikasi :
  • Saiz : 146.85 x 82.95 x 9.65 mm
  • Unit Pemprosesan Pusat: 1.4GHz Dual Core Processor
  • Skrin: 5.3" WXGA(1280x800) HD Super AMOLED
  • Sistem Pengoperasian: Android 2.3(Gingerbread)
  • Kamera : Utama (Belakang) : 8 MP berserta LED Flash, Hadapan : 2 MP
  • Format Video: MPEG4, H.264, H.263, WMV, DivX, Xvid, VC-1
  • Rakaman: 1080p@24~30fps, Playing 1080p@30fps
  • Audio Codec : MP3, AAC, AMR, WMA, WAV, FLAC, OGG
  • Fungsi Nilai Tambah: Samsung Apps, Samsung Kies 2.0/ Samsung Kies air, Samsung ChatON mobile communication service (Downloadable via Samsung Apps), Samsung TouchWiz/ Samsung L!ve Panel UX, S Pen Experience (S Memo, S Planner, S Choice) Social Hub, A-GPS, Enterprise Solutions: ODE, EAS, CCX, MDM, VPN, WebEx, Social Hub, Readers Hub, Music Hub
  • Data: Bluetooth technology v 3.0 + HS, USB 2.0 HOST, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct
  • Memori: 16/32GB Storan Dalaman + microSD (menyokong sehingga 32GB) 

21 November 2011

November 21, 2011

Malaysia Menang Pingat Emas - Bola Sepak Sukan SEA 2011



Alhamdulillah.. Tidak perlu ulas lebih lanjut. Umum sudah mengetahuinya. 

Tahniah buat Pasukan Harimau Muda kerana berjaya memperolehi pingat emas pada Sukan SEA 2011.  

Kejayaan ini tentunya lebih manis apabila Harimau Muda berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun dahulu di Sukan SEA Laos!


20 November 2011

November 20, 2011

Santai Malam Minggu..

Kami ke McDonalds berhampiran dengan kediaman. Memang sudah agak lama juga tidak makan di situ.  Kali terakhir singgah ke sana sekadar membeli untuk dibawa pulang ke rumah.

Oleh kerana cuti persekolahan sudah bermula dan kebetulan pula malam itu adalah malam minggu, keadaan di restoran agak sesak dengan pelanggan dan kanak-kanak. Susah juga hendak mendapatkan tempat untuk duduk buat kami sekeluarga. Namun begitu setelah menunggu seketika, kami akhirnya mendapat tempat duduk.



Memandangkan hari itu merupakan ulang tahun hari kelahiran Saya, maka makan malam ini bolehlah dianggap sebagai jamuan kecil-kecilan bagi meraikan hari istimewa tersebut. 

19 November 2011

November 19, 2011

Saya Yang Selalu Lupa Tarikh Hari Lahir Diri Sendiri


Sebenarnya kalau tidak kerana Facebook dan Isteri, mungkin hari ini Saya terlupa yang hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Saya.

Terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan yang menulis mesej di dinding Facebook untuk  mengucapkan selamat hari lahir.

Maklumlah sejak dari kecil, menyambut hari kelahiran bukanlah budaya yang diamalkan oleh keluarga Saya. Jadi tidak hairanlah dahulu sebelum berkahwin Saya sentiasa terlupa mengenai tarikh tersebut. Lagipun apa nak dihairankan, kebanyakan orang lelaki memang sudah terkenal dengan sifat pelupa tentang mengingati tarikh-tarikh penting dalam kehidupan!

Akibat tidak mengingati tarikh-tarikh penting, secara automatiknya Saya pernah dilabel sebagai tidak sensitif, tidak perihatin dan tidak romantik!

Sebenarnya Saya punyai alasan tersendiri kerana sering lupa dalam mengingati tarikh-tarikh penting dalam kehidupan. Oleh kerana tarikh-tarikh tersebut hanya disambut setahun sekali tentunya agak sukar untuk mengingatinya berbanding dengan perkara rutin yang lain.

Namun begitu, Alhamdulillah.. seingat Saya ada banyak perkara rutin yang penting tidak pernah Saya lupakan misalnya membayar ansuran pinjaman perumahan :D

17 November 2011

November 17, 2011

Si Kecil Aaliyah Yoong Memang Hebat!

Tertarik dengan berita mengenai Sukan SEA yang disiarkan di portal berita The Star Online. Satu lagi permata telah berjaya digilap.



Hanya berketinggian 1.24m dan berat badannya cuma 28kg. Namun si kecil ini telah mencipta rekod tersendiri.  Tahniah buat Aaliyah Yoong!

Beliau telah pun diiktiraf sebagai pemenang pingat emas termuda (berusia 8 tahun) dalam sejarah Sukan SEA sejak temasya sukan yang terbesar di Asia Tenggara ini diperkenalkan pada tahun 1959!

15 November 2011

November 15, 2011

Kerana Terpikat Dengan Kecomelannya..

Inilah yang dinamakan malang tak berbau. USB Flash Drive (Thumb Drive) kesayangan telah rosak dan patah dibahagian hujungnya ketika sedang ditarik keluar dari USB port! Entah dimana silapnya atau mungkin sudah tiba ajalnya.

Terpaksalah mengeluarkan serpihannya sedikit demi sedikit kerana ditakuti akan merosakkan USB port. Setelah lebih kurang 5 minit berusaha, akhirnya kesemua serpihan tersebut dapat dikeluarkan. 

Sebaik sahaja kesemua serpihan USB Flash Drive itu berjaya dikeluarkan, terus menguji USB port dengan memasang mouse di port tersebut.  Alhamdulillah USB controller masih boleh mengenal mouse dan sah USB port boleh digunakan. Mujur juga USB port itu tidak rosak. Jika rosak tentu amat merugikan.



Kingston DT Mini Slim 4GB ini sememangnya sangat sensitif kerana ia cengkerangnya dibuat daripada plastik keseluruhannya tidak seperti USB Flash Drive bersaiz normal. Dalam berhati-hati mengunakannya ia tetap boleh rosak. 

13 November 2011

November 13, 2011

Pokok - Meet Uncle Hussain







Pokok performed by Meet Uncle Hussain.
Directed/Edited by Ghaz Abu Bakar,
Offline Editor by Amin Azman,
Director of Photography by Kamal Azizi,
Props & Art by Jamboo,
Produced by The Media Hustler,
Executive Producer Universal Music (M) Sdn Bhd.


November 13, 2011

Bonuslink Menawarkan Kereta Besi Untuk Ditebus

Sudah lama tidak memeriksa jumlah mata penebusan dari portal Bonuslink. Bila sudah teringat terus meluangkan masa sebentar untuk memeriksanya dan tiba-tiba terpandang sesuatu yang menarik untuk ditebus. 

Memang jarang sungguh Bonuslink meletakkan barangan sebegini untuk ditebus.  Kali ini set model kereta diecast daripada Tomica telah ditawarkan untuk ditebus.



Ada 4 model yang ditawarkan untuk ditebus dan model-model tersebut adalah Suzuki Alto, Honda Freed, Suzuki Swift dan Mini Cooper

Buat peminat dan pengumpul model diecast, jangan lepaskan peluang untuk menebusnya. Hanya 1100 mata ganjaran Bonuslink diperlukan untuk menebusnya bagi semenanjung dan 1500 bagi Sabah dan Sarawak.

Mengumpul dan bermain model kenderaan adalah antara permainan kanak-kanak lelaki yang wajib ada dalam senarai. Dahulu Saya menggelarnya "kereta besi". Bermain-main dengan kawan-kawan serta menukar suka sama suka model kereta antara kawan-kawan adalah aktiviti lazim. 

11 November 2011

November 11, 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1 - RM1288

Baru sebentar tadi tawaran menarik dari Celcom Lifecycle Management (Loyalty Team - CLMPS Division) ini singgah ke kotak email.   

Samsung Galaxy Tab 10.1 ditawarkan pada harga RM1288!  Menarik bukan?



Namun begitu tawaran ini datang dengan bersyarat. Untuk mendapat harga sebegini pelanggan perlu menaik taraf sambungan Celcom Broadband kepada Celcom Broadband Advance!  

Untuk pelanggan Celcom Broadband yang berminat untuk menaik taraf sambungan broadband kepada Celcom Broadband Advance serta membeli Samsung Galaxy Tab 10.1 pada harga tawaran, cuma perlu mencetak tawaran ini dan berkunjung ke cawangan Celcom yang berhampiran untuk mendaftar pakej tersebut.


10 November 2011

November 10, 2011

Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak (HSA) - November 2011

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Bagi Bulan November 2011.

Buat warga Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung ke tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.




TARIKH TEMPAT PENGANJUR MASA
10/11/11 (KHAMIS) HONDA AUTOPART PASIR GUDANG 8.00am - 4.00pm
12/11/11 (SABTU) KWANG LI PEKAN NENAS 8.00am - 5.00pm
13/11/11 (AHAD) PERLING MALL PBSM 9.00am - 5.00pm
15/11/11 (SELASA) DELIMA OIL PRODUCT P.GUDANG 8.00am -  4.00pm
16/11/11 (RABU) WHITE HORSE PASIR GUDANG 8.00am-  4.00pm
17/11/11 (KHAMIS) SEAGATE INTERNATIONAL SENAI 8.00am-  4.00pm
18/11/11 (JUMAAT) SEAGATE INTERNATIONAL SENAI 8.00am-  4.00pm
19/11/11 (SABTU) SKUDAI PARADE GOD HOPE 9.00am - 4.00pm
SUTERA MALL ALLIANCE BANK 9.00am - 4.00pm
20/11/11 (AHAD) DESA JAYA SAC SN JEYA 8.00am-  4.00pm
GIANT PLENTONG LION JHR JAYA 10.00am - 4.00pm
23/11/11 (RABU) MAYBANK JLN KEMPAS 8.00am-  4.00pm
24/11/11 (KHAMIS) WESTERN DIGITAL 8.30am - 4.00pm
26/11/11 (SABTU) KSL AGAPATE 9.00am - 4.00pm
PANASONIC PASIR GUDANG 10.00am - 4.00pm
27/11/11 (AHAD) SUTERA MALL RELA BKT INDAH 9.00am - 4.00pm
TESCO TEBRAU INTEK 9.00am - 4.00pm
28/11/11 (ISNIN) VS INDUSTRY SENAI 8.30am - 4.00pm
29/11/11 (SELASA) TAI WAH GARMENT JB 8.30am - 4.00pm
30/11/11 (RABU) KSKB 8.30am - 4.00pm


Pendermaan darah juga boleh dilakukan di Unit Tabung Darah, Bahagian Barat, Aras Bawah Bangunan Induk Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Waktu operasi adalah seperti berikut :


Bahagian Perolehan (Pendermaan Darah):  

Hari bekerja - Isnin hingga Jumaat: 
8.00pagi - 4.30 petang  
Tengah hari :
1.00 petang - 2.00 petang  
Hari Minggu / Kelepasan :
Tutup (kecuali pada hari-hari tertentu)



09 November 2011

November 09, 2011

Malaysia Menewaskan Thailand 2 - 1. Tahniah!


Tahniah Buat Harimau Malaya kerana berjaya menewaskan skuad Thailand 2 - 1. 

Namun begitu, perjalanan masih jauh lagi dan belum mencapai matlamat. Jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan!


November 09, 2011

Sarkozy tells Obama Netanyahu is a "liar" - Mereka Baru Sedar!


Diaorang cuma berani kata pemimpin Isreal itu penipu dalam perbualan peribadi sesama mereka.

"I cannot bear Netanyahu, he's a liar," Sarkozy told Obama 
"You're fed up with him, but I have to deal with him even more often than you," Obama replied. 

Bila berdepan tak berani berkata apa-apa! Nama sahaja pemimpin kuasa dunia. Hakikatnya mereka cumalah proksi kepada Israel! 

Umat Islam sudah lama tahu...

08 November 2011

November 08, 2011

Mitos Rokok Elektronik

Rokok Elektronik - E Cigarette - Malaysia Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat kecenderungan terhadap perokok untuk beralih daripada menghisap rokok tradisional kepada rokok elektronik atau pun e-cigarette.

Menurut pengeluar rokok elektronik atau e-cigarette yang kebanyakkannya berpusat di China, antara kebaikan menggunakannya adalah:
 
  • Penggunaan rokok ini tidak melibatkan pembakaran tembakau. Jadi tiada tar dihasilkan.
  • Rokok elektronik tidak menghasilkan asap. Lebih mesra alam sekitar. **( Model baru dah boleh keluar asap! Lagi banyak!)
  • Mengurangkan risiko terhadap orang disekeliling (second-hand smoker effect)

04 November 2011

November 04, 2011

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak (HSI) - November 2011

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Bagi Bulan November 2011.

Buat warga Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.






TARIKH TEMPAT PENGANJUR MASA
02/11/2011
(Rabu)
FMC Technologies Sdn
Bhd Gelang Patah
En Faizul
(07-2671078)
09:30am-04:00pm
12/11/2011
(Sabtu)
Dewan Serbaguna Tasek 64,
Bandar Seri Alam
JKKKK Rangkaian Seri Alam
Norzi (013-7470374)
09:00am-04:00pm
13/11/2011
(Ahad)
Tesco Tebrau City Mr Sam Tay (Lioon Club)
(016-7912525)
10:00am-04:00pm
15/11/2011
(Selasa)
Hitachi Chemicals Sdn
Bhd, Jln Keluli 10,
Pasir Gudang
Pn Rosnah
(07-2514601 ext 240)
09:30am-04:00pm
19/11/2011
(Sabtu)
Kolej Komuniti
Pasir Gudang
Cik Norzi
(019-3673331)
09:00am-04:00pm
20/11/2011
(Ahad)
12, Jln Undan 5,
Taman Perling
Mr Kok
(St John Ambulans Kota Tinggi)
(019-7722219)
10:00am-03:00pm
22/11/2011
(Selasa)
Tesco Tebrau City
(Level 1, Bazar Rakyat)
 Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
12:00pm-07:00pm
26/11/2011
(Sabtu)
@mart Kempas
(Depan Pentas)
Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am-06:00pm
27/11/2011
(Ahad)
@mart Kempas
(Depan Pentas)
Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am-06:00pm
27/11/2011
(Ahad)
TJMart Kulaijaya
(Depan Song Mart)
Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am-04:00pm
28/11/2011
(Isnin)
Perkarangan Masjid Masai
09:00am-04:00pm



Pendermaan darah juga boleh dilakukan di Unit Tabung Darah, Tingkat 4, Hospital Sultan Ismail. Waktu operasi adalah seperti berikut :

Isnin hingga Jumaat - 8.00am hingga 4.30pm
(** Juga dibuka pada waktu rehat tengahari)
Sabtu/Ahad/Cuti Kelepasan Am - Tutup

01 November 2011

November 01, 2011

Puppy Linux - Antara Distro Terpantas!

Sebenarnya selama ini kita sudah terlalu dimanjakan oleh Microsoft! Bila sudah terlalu selesa, memang susah untuk mencuba sesuatu yang berbeza, misalnya sistem pengoperasian Linux. 

Sejak semalam, Saya mencuba distro Linux yang dikenali sebagai Puppy Linux. Setelah menggunakan dan mengujinya, ternyata distro ini sesuai untuk digunakan pada PC atau Notebook lama. Menggunakan PC berspesifikasi Pentium 4  2.8Ghz dan 1GB RAM benar-benar membuat mesin ini terbang!  

Boleh dikatakan distro ini memang direka untuk kepantasan dan menyokong perkakasan lama! Sesuatu yang tentunya tidak dapat di tawarkan oleh sistem pengoperasian Windows apabila melibatkan perkakasan lama yang telah dikemaskinikan "Service Pack" ketahap maksimum!

Kemudian untuk lebih pasti, Saya memasang distro ini pada sebuah notebook lama iaiatu model Fujitsu Lifebook P5010 yang hanya mempunyai 256MB RAM dan unit pemprosesan pusat jenis Centrino berkelajuan 900Mhz.  Keputusannya tetap meyakinkan!  Kelajuannya setara distro Debris Linux 2.0 yang telah digunakan sebelum ini.

Kerja-kerja pemasangan sistem pengoperasian ini amat mudah dilakukan kerana ia boleh dimulakan dengan cara  Live CD.  Bila sudah selesa dengannya ia boleh siap dipasang sepenuhnya dalam masa tak sampai 5 minit! 




Jika masih menyimpan PC atau Notebook lama yang masih boleh digunakan, bolehlah mencuba distro ini. Daripada dibiarkan perkakasan tersebut tidak digunakan adalah baik untuk sesekali lari dari kebiasaan dan mulakan ia sebagai Projek Hujung Minggu!