BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Disember 2011

Disember 31, 2011

Selamat Menyambut Kedatangan 2012


Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya. Pelbagai peristiwa suka duka telah berlaku kepada diri, keluarga dan persekitaran ekonomi.  Alhamdulillah, semuanya berjaya diharungi dengan tabah dan positif

Secara peribadinya Saya menganggap krisis ekonomi Eropah dan Amerika Syarikat masih lagi menjadi kerisauan semua pihak. Jika negara-negara yang berkaitan tidak pulih dalam jangka masa terdekat, berkemungkinan kesan negatifnya akan mulai dirasai di negara ini pada tahun 2012.

Selain daripada itu antara kerisauan lain ialah tanda tanya sama ada pihak Bank Negara Malaysia mampu mengekalkan kadar pinjaman asas (Base Lending Rate/Base Finance Rate) pada kadar sekarang serta mengekang inflasi. Jika tidak ditangani dengan berhemah dan bijaksana, ianya tentu menyebabkan kualiti hidup rakyat akan terjejas.

Namun begitu disebalik segala kerisauan itu, kehidupan perlu diteruskan dengan strategi yang sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Saya melihat keperluan terhadap penyediaan dana kecemasan (simpanan) dan perlindungan insurans sebagai satu kemestian.


30 Disember 2011

Disember 30, 2011

Suzuki Nuda - Masih Kekal Sebagai Konsep Selepas 25 Tahun

Ada diantara ciptaan yang tidak mampu direalisasikan dan kekal dalam bentuk konsep (prototype) walaupun idea serta ciptaan tersebut sangat menarik, unik serta futurustik. Salah satu contoh klasik ialah Suzuki Nuda

Memang ini adalah antara motosikal idaman warga Generasi X. Saya sendiri menampal poster motosikal ini didalam bilik yang diambil daripada Majalah Roda Roda dan pernah berazam pada satu hari nanti untuk memilikinya.


Masih Kekal Dalam Bentuk Konsep


Oleh kerana ia masih kekal dalam bentuk konsep, peluang untuk memilikinya tentulah tiada dan akan kekal sebagai impian sampai bila-bila..


Suzuki Nuda Concept Bike - Pandangan Sisi
Suzuki Nuda Concept Bike

Suzuki Nuda ini diperkenalkan dalam bentuk konsep (prototype) pada tahun 1986 di Tokyo Motor Show. Sejak 25 tahun yang lalu ia masih kekal sebagai motosikal konsep yang mendahului zaman. Tidak keterlaluan jika ia dikatakan sebagai motosikal konsep yang memberikan impak yang agak besar sehingga mampu mempengaruhi rekabentuk pelbagai model dari jenama yang lain.


Suzuki Nuda Concept Bike - Bahagian Hadapan
Suzuki Nuda Concept Bike



Masih Sedap Dipandang - Rekabentuknya


Motorsikal konsep ini sudahpun berusia lebih 25 tahun, namun begitu rekabentuknya masih sedap dipandang. Walaupun tidak dapat direalisasikan, motosikal ini sebenarnya adalah sebuah motosikal konsep (prototype) yang telahpun diuji dan ditunggang. Menggunakan enjin Suzuki GSX-R 750, ia mampu mencapai kelajuan 280km/h berikutan rekaan serta aerodinamiknya yang bagus.



Suzuki Nuda Concept Bike - Pandangan Sisi Kanan
Suzuki Nuda Concept Bike



Pacuan Dua Roda


Selain daripada itu motosikal ini juga merupakan motosikal konsep pertama yang mengutarakan idea pacuan 2 roda. Dimana kedua-dua tayarnya mempuyai kuasa untuk menggerakkan motosikal yang dijana oleh pemacu shaft pada kedua-dua tayar hadapan dan belakang.



Faktor Kos? Biar Betul!


Diberitakan pihak Suzuki tidak dapat merealisasikan model ini akibat faktor kos pada masa tersebut. Yang pastinya pada masa kini, jika pihak Suzuki mejadikan model konsep ini sebagai realiti tentunya tiada lagi kekangan teknologi dan kos yang mampu menghalang projek ini. 


29 Disember 2011

Disember 29, 2011

Donkervoort D8 GTO


Donkervoort D8 GTO
Donkervoort D8 GTO


Disebalik keghairahan pengeluar kereta melengkapkan kenderaan mereka dengan teknologi terkini seperti teknologi skrin sesentuh dan pelbagai peralatan terkini yang lain, terdapat beberapa pengeluar yang menongkah arus dan kembali kepada asas pembuatan kereta sports sebenar iaitu ringan dan kelajuan. Salah seorang daripadanya ialah Joop Donkervoort yang memperkenalkan model kereta sports terbaharunya, Donkervoort D8 GTO.

Peralatan moden terkini yang terdapat pada Donkervoort D8 GTO hanyalah "Electric Traction Control". Selain itu ianya hanyalah chasis dan enjin 2.5 liter turbo 340 kuasa kuda daripada Audi. Memanfaatkan nisbah kuasa dan berat, kereta ini mampu memecut dari 0 - 60mph dalam masa 3 saat dan mampu mencapai pecutan maksimum 160mph

Pengeluaran 25 unit model pertama bakal dilengkapi dengan "Race Switch" yang mampu menjana 60 kuasa kuda tambahan jika diaktifkan manakala untuk model kegunaan harian bakal dilancarkan pada tahun 2013 dengan harga bermula dari USD 130,000.

----------

Nampaknya model ini bakal mencabar Caterham yang selama ini terkenal dalam pembuatan kereta sports tulen serta mengembalikan kenangan terhadap lagenda kereta sports tulen, Lotus 7.

Sumber, Yahoo Autos


28 Disember 2011

Disember 28, 2011

Apple Bakal Melancarkan iPad 3 Pada 24 Februari 2012?

Apple Inc bakal melancarkan iPad generasi ketiga atau iPad 3 pada 24 Februari 2012 bersempena dengan hari lahir pengasas syarikat itu iaitu Steve Jobs menurut satu laporan akhbar dari Taiwan.



Menurut Economic Daily News, melalui pelbagai sumber dalaman yang boleh dipercayai. Tarikh besar tersebut telah pun ditetapkan dan dipercayai untuk penghantaran kumpulan pertama iPad 3 adalah sebanyak 4 juta unit.

Vendor tempatan yang terlibat dalam pemasangan iPad 3 seperti Hon Hai Precision Industry Co, Cheng Uei Precision Industry Co, Genius Electronic Optical Co dan beberapa syarikat yang lain akan memendekkan Cuti Musim Bunga selama 5 hari bagi membolehkan mereka kembali bekerja awal untuk menyiapkan tempahan, tambah laporan akhbar itu lagi.

27 Disember 2011

Disember 27, 2011

Secukup Rasa Memudaratkan Diri

Secukup Rasa Memudaratkan Diri
Secukup Rasa Memudaratkan Diri


Keupayaan menggangar untuk setiap individu adalah berbeza. Untuk hal-hal yang dianggap sebagai subjektif  oleh kebanyakkan individu seperti penambahan perisa dalam makanan dan kuantiti makanan yang patut diambil  memang agak sukar untuk ditentukan. Sering kali kita menggunakan istilah sehingga secukup rasa untuk hal-hal subjektif sebegini.

Banyak bagi kita mungkin sedikit untuk orang lain. Sedikit bagi kita mungkin kelihatan seperti bersifat kedekut bagi orang lain!

Secara peribadinya Saya menganggap bahawa kelemahan dalam menggangar ada kaitan langsung dengan ilmu matematik asas. Bagi individu yang tidak membudayakan matematik dalam kehidupan seharian tentunya perkara yang dianggap sebagai subjektif ini bakal memberikan kesan buruk dikemudian hari. Maklumlah jika menggunakan konsep sehingga secukup rasa, memang tiada langsung unsur kawalan. Semuanya seolah-olah "free flow".

Budaya meletakkan sesuatu sehingga secukup rasa perlu dielakkan. Jika hal sebegini menjadi asas dalam kehidupan tentunya kita akan menghadapi musibah dikemudian hari. Lagipun meletakkan sesuatu itu sehingga secukup rasa umpama mengikut sepenuhnya kehendak hati. Umum mengetahui, mengikut sepenuhnya kehendak hati tentu akan memudaratkan diri.

Mulai sekarang, apabila menyediakan makanan, minuman dan ketika mengambil makanan perlu sentiasa diaplikasikan dengan ilmu matematik asas iaitu mengira dan menetapkan had. Kerana dengan mengira kuantiti yang digunakan atau diambil akan menjadi lebih tepat dan standard. Menetapkan had pula boleh dianggap sebagai langkah kawalan.

Peringatan untuk diri sendiri: Err.. Satu camca gula sudah cukup untuk secawan Kopi O yang enak bukan?

26 Disember 2011

Disember 26, 2011

Where Mmmm Meets Ahhh - Prosperity Burger, I'm Lovin' It

Apabila teringinkan sesuatu tetapi masa serta kemampuan tidak berapa mengizinkan, apa yang mampu dibuat ialah sekadar membayangkan untuk menikmatinya.

Kali ini sasaran tidak akan dibiarkan terlepas walaupun belanjawan bulan ini agak ketat memandangkan penggal persekolahan baharu akan dibuka tidak lama lagi. Tumpuan tentunya lebih diarahkan kepada usaha mempersiapkan segala kelengkapan dan keperluan menghadapi musim baharu persekolahan.




Namun begitu, menggunakan sumber-sumber kecemasan akhirnya kami gagahkan diri untuk ke cawangan berhampiran dengan kediaman untuk mendapatkannya.

Benar, inilah hidangan Prosperity Burger, Orange McFizz serta Curly Fries pertama buat kami untuk tahun ini selepas terlepas untuk menikmatinya pada awal tahun ini.




Yang pastinya ia tidak semurah dahulu. Mujur sekarang ia didatangkan dengan Family Dinner Box. Masih boleh digagahkan untuk menikmatinya. Family Dinner Box boleh didapati mulai jam 6 petang sehingga 4 pagi di cawangan McDonalds terpilih.

Cuma kebelakangan ini sudah terasa pening kepala jika makan makanan berasaskan daging lembu dalam kuantiti yang banyak. Satu lagi nikmat Allah yang mulai ditarik sedikit demi sedikit. Mungkin bertujuan untuk mengingatkan hambaNya ini untuk menjaga makan sesuai dengan peningkatan usia..

24 Disember 2011

Disember 24, 2011

Ketentuan Masa - Azri & Fina AF9




A song taken from the OST "Hatiku DiKinabalu". 
Performed by Azri & Fina of AF9
Director: Ghaz Abu Bakar
Editor & Colorist: Ghaz Abu Bakar
Director of Photography: Filus Ghazali.

23 Disember 2011

Disember 23, 2011

Samsung Galaxy Y Duos Dan Samsung Galaxy Y Pro Duos

Semalam Samsung Electronics Co. Ltd telah mengumumkan pelancaran model terbaharu telefon pintar dalam keluarga Galaxy yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Y Duos dan Samsung Galaxy Y Pro Duos.

Telefon pintar ini bakal memasuki pasaran seluruh dunia pada bulan Januari 2012 disasarkan untuk pengguna yang inginkan keseimbangan komunikasi profesional dan sosial.

Antara ciri unik kedua-dua telefon pintar ini ialah ia merupaka produk pertama Samsung berasaskan Android yang menyokong 2 kad sim serentak. Apa yang lebih menarik telefon pintar ini masih lagi tergolong dalam kategori telefon pintar berharga sederhana.

22 Disember 2011

Disember 22, 2011

Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu

Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu
Keunikan Malaysia
Wang Kertas Malaysia Siri Baharu

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. 

Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ciri-ciri Am

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional. 

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Spesifikasi Teknikal
Denominasi Substrat Ukuran Warna
RM100 Kertas 150mm X 69mm Ungu
RM50 Kertas 145mm X 69mm Hijau-biru
RM20 Kertas 145mm X 65mm Jingga
RM10 Kertas 140mm X 65mm Merah
RM5 Polimer 135mm X 65mm Hijau
RM1 Polimer 120mm X 65mm Biru



Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu - RM100

Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi


Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. 

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. 

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.


Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu - RM50

Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi


Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. 

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.



Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu - RM20


Wang kertas RM20
Hidupan Laut


Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya. 

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.


20 Disember 2011

Disember 20, 2011

Playstation Vita - Penyelamat Sony?


Sony Computer Entertainment Inc. secara rasminya telah melancarkan Playstation Vita untuk pasaran domestik Jepun pada 17 Disember 2011.

Sebaik sahaja pengumumannya mengenai penjualannya, para peminat tegarnya telah beratur bagi mendapatkannya seawal pagi lagi untuk menjadi kumpulan yang pertama memilikinya.

Pihak Sony menjangkakan Playstation Vita akan mendapat sambutan hebat daripada peminatnya dan seterusnya mampu membantu mengurangkan kerugian USD1 billion yang baharu sahaja diumumkan untuk tahun berakhir Mac 2012 yang juga merupakan kerugian syarikat untuk tahun ke 4 berturut-turut.

Pelancaran Playstation Vita merupakan pelancaran produk terbesar yang dilakukan oleh pihak Sony selepas pelancaran Playstation 3, 5 tahun yang lepas. Selain itu, pelancaran ini juga disertakan dengan pelancaran 24 tajuk permainan terbaharu yang menyokong Playstation Vita dan pelancaran ini merupakan pelancaran terbesar dalam sejarah Sony.

Fungsi Menarik Pada Playstation Vita:
Sambungan 3G/WiFi

Fungsi 3G dan WiFi yang membolehkan permainan kompetetif dalam talian dilakukan, menghantar serta menerima mesej permainan secara langsung dan mengetahui kedudukan terkini melalui "Real-time Score" serta "Ranking News Feed".

Kamera Hadapan dan Belakang

Membolehkan pemain menambah lagi keseronokkan bermain dengan mengintegrasi diri ke dalam permainan dan berinteraksi.

Cross Play

Membolehkan permainan yang dimulakan di Playstation 3 kemudian disambung kembali melalui di Playstation Vita. Playstation Vita juga membenarkan pemain menyertai sesi multiplayer Playstation 3.

17 Disember 2011

Disember 17, 2011

Kematian Itu Pasti #3

Kami sekeluarga sebenarnya masih lagi terkejut dengan pemergian Makcik. Kami diberitahu tentang berita sedih tersebut pada malam Jumaat yang lepas. Ketika itu kami masih lagi dalam perjalanan untuk pulang ke rumah setelah keluar untuk membawa Abah dan Emak berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Johor Bahru serta makan malam di luar.

Pemergiannya amat mengejutkan kerana pada malam sebelumnya, kami sempat berhubungan melalui Facebook dan ada berbincang mengenai aktiviti sempena cuti sekolah. Ternyata rancangan tersebut tidak dapat ditunaikan kerana Allah lebih menyayanginya..


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ    

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang  yang beriman. Buat keluarga Pakcik, semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.



Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. Maksud Firman Allah s.w.t: "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." (Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian itu pasti..

15 Disember 2011

Disember 15, 2011

Android Berharga Dibawah RM500


Setahun telah pun berlalu. Impian untuk melihat lebih banyak model telefon pintar berharga dibawah RM500 telah pun menjadi kenyataan. Kini pengguna mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dahulu untuk membeli telefon pintar (Smartphones).  

Berikut adalah model-model telefon pintar menggunakan sistem pengoperasian Android yang terdapat dipasaran berharga dibawah RM500.



Samsung Galaxy Y (Young)
Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro
Sony Ericsson Xperia X10 Mini
Model Samsung Galaxy Y (Young) Sony 
Ericsson Xperia X10 Mini Pro
Sony 
Ericsson Xperia X10 Mini
Harga(RM) 499 460 - 475* 425 - 440*
CPU 883MHz 600MHz 600MHz
Saiz Skrin 3.00" 2.55" 2.55"
Storan Dalaman 180 MB 128MB 128MB
Storan Luaran MicroSD 32GB MicroSD 32GB MicroSD 16GB
OS Android OS v2.3 Android OS v2.1
Android OS v2.1
Ciri Unik
CPU terpantas.

OS terkini.

Bluetooth 3.0
 
WiFi 802.11 b/g/n 

 

Dual input 
Slide qwerty keyboard dan skrin sentuh.

Kamera 5.0 Megapixels berserta denyar dan fungsi fokus automatik
Bersaiz Super Compact.

Kamera 5.0 Megapixels berserta denyar dan fungsi fokus automatik




Antara ciri utama telefon pintar yang berada pada kategori ini ialah:

  • CPU berkelajuan dibawah 1GHz.
  • Skrin tidak melebihi saiz 3.2 inci.
  • Storan dalaman dibawah 200MB.
  • Sambungan WiFi  b/g.
  • Kamera tanpa denyar (flash) 

Namun begitu kemunculan Samsung Galaxy Y (Young) telah merubah sedikit pola stereotype telefon pintar pada kategori ini. Dibekalkan CPU berkelajuan 883Mhz serta dilengkapi dengan sambungan WiFi N-Draft serta Bluetooth 3.0.  Model ini bakal menjadi rujukan didalam kelasnya.



Samsung Galaxy Mini
CSL Spice Mi300
CSL Spice Mi320
Model Samsung 
Galaxy Mini
CSL 
Spice Mi300
CSL 
Spice Mi320
Harga(RM) 499 399 499
CPU 600MHz 600Mhz 600Mhz
Saiz Skrin 3.14" 3.2" 3.2"
Storan Dalaman 160 MB 192MB 192MB
Storan 
Luaran
MicroSD 32GB MicroSD 32GB MicroSD 32GB
OS Android OS v2.2 Android OS v2.2
Android OS v2.2
Ciri Unik
Kamera 3.0 Megapixels dilengkapi fungsi fokus automatik. 


Kamera 5.0 Megapixels beserta denyar.

Skrin besar. 
Skrin besar.


Walaupun telefon pintar yang berada pada kategori ini boleh dikatakan sebagai model permulaan dan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai model asas, spesifikasi teknikalnya tidaklah terlalu ketinggalan.

Malah ia diberi sedikit ruang oleh kebanyakkan pengeluar untuk memaksimumkan keupayaan telefon pintar ini dengan menggunakan kaedah "Root".

Disember 15, 2011

Plan Dan Pakej iPhone 4S Dari Celcom

Umum mengetahui iPhone 4S bakal dilancarkan pada 16 Disember 2011. Berikut adalah plan dan pakej iPhone 4S yang baharu sahaja dikeluarkan oleh Celcom. Terdapat 3 model iPhone 4S yang ditawarkan iaitu model 16GB, 32GB dan 64GB. Kesemua model tersebut didatangkan dengan 2 warna iaitu hitam dan putih.

Untuk plan dan pakej yang pertama berserta kontrak 12 bulan ditawarkan. Harga pakej termurah yang ditawarkan ialah RM1898 untuk iPhone 4S model 16GB - (i148) manakala yang termahal ialah RM2768 untuk iPhone 4S model 64GB - (i68).



Untuk plan dan pakej yang kedua berserta kontrak 24 bulan ditawarkan. Harga pakej termurah yang ditawarkan ialah RM1758  untuk iPhone 4S model 16GB - (i148 dan i248) manakala yang termahal ialah RM2678 untuk iPhone 4S model 64GB - (i68).


11 Disember 2011

Disember 11, 2011

iPad 3 Lebih Tebal? Bakal Dilancarkan Pada Februari 2012

Demam iPad 2 masih belum reda lagi. Namun begitu cerita tentang iPad 3 bakal dilancarkan sudah pun mula kedengaran. 

Penganalisis perniagaan daripada Citigroup, Richard Gardner menyatakan dalam nota penyelidikannya menjangka iPad 3 bakal dilancarkan pada Februari 2012. Menurut Gardner lagi berdasarkan sumber-sumber dalaman industri yang boleh dipercayai, gadget terbaharu Apple itu akan dilancarkan sekitar Februari 2012 berikutan tiada halangan dari segi teknikal dan teknologi yang mampu menghalang pelancarannya.  

Laporan Gardner ini bertentangan dengan laporan sebelum ini yang menyatakan Apple berdepan dengan masalah dengan modul LED yang terpaksa diubahsuai untuk menyokong resolusi tinggi yang diperlukan oleh iPad 3.

Menurut satu sumber yang lain, iPad 3 bakal mengalami sedikit perubahan fizikal iaitu dari segi ketebalannya dan berkemungkinan akan lebih tebal sedikit daripada iPad 2 iaitu meningkat sebanyak 0.7mm berikutan penggunaan modul dual-LED beresolusi tinggi. 

Dikhabarkan resolusi skrin iPad 3 adalah 2048 x 1536 pixels. Jika menggunakan teknologi dual-LED daripada vendor sedia ada iaitu Samsung, ia memerlukan sebanyak 2 bar lampu LED untuk menyokong kecerahan skrinnya. Skrin biasa hanya memerlukan 1 bar lampu LED dan penggunaan 2 bar lampu LED ini dapat menerangkan mengapa  iPad 3 bakal mengalami peningkatan dari segi ketebalannya. 

Namun disebalik peningkatan dari segi ketebalan, skrin iPad 3 masih lagi dapat menyokong dan menggunakan Apple Smart Cover sama seperti iPad 2.


10 Disember 2011

Disember 10, 2011

Johor Premium Outlets - Kami Sudah Ke Sana!

Antara cerita dan berita terhangat sepanjang Disember 2011 dari Selatan Tanah Air ialah tentang pembukaan Johor Premium Outlets (JPO)

Kami sudah pun terlepas untuk menghadirkan diri ke sesi preview yang diadakan pada awal bulan ini. Namun begitu, semalam kekecewaan itu telah pun terubat dan berjaya ditebus. Akhirnya kami telah berjaya menjejakkan kaki ke sana.


JPO - Kami Sudah Sampai



Lokasi Dan Panduan Ke Destinasi


Memang pada mulanya tidak berapa pasti jalan manakah yang patut diguna untuk menuju ke Johor Premium Outlets (JPO). Berdasarkan kepada cerita daripada rakan-rakan yang telah pun ke sana, lokasinya adalah terletak di bersebelahan dengan Lebuhraya Link Kedua menuju ke Senai.



Lokasi dan Panduan Ke JPO
Lokasi dan Panduan Ke JPO


Setelah mengenal pasti laluan yang sepatutnya digunakan, kami telah berjaya sampai di sana sekitar jam 6:00 petang iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan dari kediaman kami.


Berikut Adalah Panduan Mudah Untuk Menuju Ke Johor Premium Outlets (JPO):



Dari Singapura melalui Woodlands Singapura → Sultan Iskandar Ciq JB → Jalan Yahya Aldatar → Lebuhraya Tebrau → Lebuhraya Utara Selatan → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO)
Dari Singapura melalui 2nd Link Singapura → Tuas → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO)
Dari Kuala Lumpur Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO)

Kemudahan Yang Disediakan


Sebaik sahaja sampai, memang agak kagum dengan barisan butik-butik berjenama terkenal yang ada di situ. Kemudahan lain yang disediakan oleh pihak pengurusan Johor Premium Outlets (JPO) merangkumi tempat permainan kanak-kanak, medan selera, eskulator, lift, surau, mesin ATM, perkhidmatan pengurup wang, Balai Polis serta tandas.



Cuma sedikit yang dikesalkan ialah saiz bilik surau yang disediakan itu agak kecil dan pastinya menyukarkan pengunjung untuk melakukan ibadah solat diawal waktu. Saiz bilik surau itu sebenarnya tidak mampu menampung bilangan pengunjung yang ramai. Selain daripada itu nisbah saiz bilik surau itu langsung tidak berpadanan dengan saiz keseluruhan kompleks yang tersergam indah itu. Hal seperti ini seolah-olah sudah seperti menjadi kelaziman di negara ini. 



Panduan Pengunjung - Senarai Jenama Dan Direktori


Berdasarkan senarai rasmi terdapat hampir 80 jenama terkenal yang dijual di Johor Premium Outlets (JPO). Namun begitu ada beberapa butik yang masih belum beroperasi lagi.

Berikut adalah senarai butik yang terdapat di Johor Premium Outlets (JPO) mengikut kategori dan nombor suite sebagai panduan kepada pengunjung :

06 Disember 2011

Disember 06, 2011

Aktiviti Malam Di Dataran Bandaraya Johor Bahru

Pada hujung minggu yang lepas kami ke Dataran Bandaraya Johor Bahru. Memandangkan cuaca yang agak tidak menentu dan tidak mengizinkan disebelah siang, kami akhirnya ke sana pada malamnya.

Kami tiba di sana sekitar jam 10:45 malam. Disebabkan esok adalah hari bekerja, tidak ramai yang berkunjung di kawasan sekitar dataran. Jadi mudahlah untuk anak-anak bermain "kick scooter" tanpa gangguan.

Sebenarnya sudah lama anak-anak ingin bermain "kick scooter" keluar dari kawasan tempat tinggal kami. Namun hajat mereka tidak dapat ditunaikan sebelum ini disebabkan faktor keselamatan. Maklumlah sebelum ini si adik masih belum berapa cekap mengendalikannya.


Setelah lebih kurang sejam lebih di sana, kelihatan pengunjung di Medan Steamboat Luton Van bersebelahan Dataran Bandaraya telah mulai beransur-ansur berkurangan. Kalau diikutkan anak-anak, belum tentu mereka mahu pulang ke rumah kerana belum puas bermain "kick scooter".


05 Disember 2011

Disember 05, 2011

Sesekali Menggunakan Pengangkutan Awam..

Kali terakhir Saya menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan jauh ialah kira-kira 3 tahun yang lepas.  

Tahun ini Saya berpeluang sekali lagi menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan dari Seremban ke Johor Bahru dan seminggu kemudian membuat perjalanan dari Johor Bahru ke Seremban. Masih lagi menggunakan perkhidmatan daripada syarikat yang sama walaupun ada insiden kecil yang kurang menyenangkan pada kali terakhir menggunakan perkhidmatan tersebut.

Alhamdulillah kali ini untuk kedua-dua perjalanan pergi dan balik, semuanya berjalan dengan lancar sedari awal urusan pembelian tiket sehinggalah menaiki bas dan seterusnya selamat tiba ke destinasi. 





Semasa membuat pembelian tiket dikaunter, agak terkejut juga pada mulanya apabila diberitahu tentang harga tiket untuk perjalanan dari Seremban ke Johor Bahru. Namun bila difikirkan semula, sejak 2008 harga minyak sudah beberapa kali disemak dan mengalami kenaikan. Saya sebenarnya seolah-olah terlupa akan kesan inflasi terhadap harga. Dalam masa 3 tahun tambang yang dahulunya hanya RM19.80 sudah meningkat kepada RM25.80. 

Kadang-kadang apa yang diperlukan oleh pelanggan bukanlah layanan kelas pertama tetapi kelancaran urusan tanpa hal yang remeh temeh. Tahniah pada yang mereka yang menjalankan kerja dengan baik, mengikut jadual dan memandu dengan berhemah.

02 Disember 2011

Disember 02, 2011

iPhone 4S Mulai Dijual Di Malaysia Pada 16 Disember 2011


Berdasarkan daripada informasi yang dipaparkan pada halaman web rasmi Celcom, iPhone 4S akan mulai dijual di Malaysia pada 16 Disember 2011

Harganya iPhone 4S masih belum diumumkan secara rasmi. Pihak syarikat telekomunikasi masih lagi berteka-teki mengenainya. Semuanya masih lagi kekal misteri buat telefon pintar yang dikelaskan sebagai gadget premium. Rasanya mereka sengaja buat bakal pembeli tertunggu-tunggu dan berdebar-debar...

Buat masa ini hanya Celcom, Maxis dan Digi telah mengesahkan akan membawa masuk telefon pintar ini ke pasaran Malaysia.

Namun begitu Maxis dan Digi tidak menyatakan tarikh pelancaran iPhone 4S. Bagi yang teruja untuk mendaptaknnya bolehlah mendaftarkan butiran peribadi di halaman web rasmi Maxis.