BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Januari 2012

Saya Dah Dapat!


Saya Dah Dapat!

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga telah pun secara rasminya berada dipasaran sejak 16 Januari 2012

Namun begitu, hari ini baharulah berpeluang melihatnya dengan lebih dekat dan seterusnya memilikinya. Menerima duit syiling ini ketika menerima baki pembayaran dari kaunter pembayaran di sebuah pasar raya

Kecil dan ringan! Itulah dua perkataan yang sesuai untuk menggambarkan Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga ini. Memang tidak dinafikan agak janggal pada mula-mula menerimanya. Maklumlah sudah berbelas tahun dibiasakan dengan saiz duit syiling yang terdahulu


Memang ada kebenarannya seperti yang disuarakan oleh ramai pihak tentang kemungkinan berlakunya kesilapan berikutan saiz duit syiling 50 sen dan 20 sen yang hampir sama. Apa pun, masalah ini disifatkan sebagai sementara. Bila ramai sudah terbiasa, masalah kekeliruan ini tentunya akan berkurangan.
 



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan