BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Februari 2012

NJOI Siaran TV Satelit Percuma Di Malaysia

TV Satelit Percuma Malaysia - NJOI (ASTRO)
NJOI memberikan pengguna di Malaysia akses kepada pendidikan berkualiti, informasi, hiburan serta sukan tanpa bebanan dan komitmen bayaran bulanan.

Pakej NJOI merangkumi seunit set-top box, piring satelit Out-door Unit (ODU), kad pintar dan alat kawalan jauh. Pakej ini boleh didapati dari pengedar Astro yang sah dengan harga RM288 sekali bayar dan kos pemasangan sebanyak RM100

Dengan adanya perkhidmatan ini membolehkan pengguna mengakses siaran dan program yang berkualiti daripada Astro secara percuma.  

Ini merupakan langkah yang penting buat syarikat seperti Astro untuk kekal sebagai saluran pilihan pengguna untuk hiburan di rumah.
 

Terdapat 18 program televisyen percuma berkualiti didalam pakej NJOI iaitu :
  1. Astro Tutor UPSR
  2. Astro Turor PMR
  3. Astro Tutor SPM
  4. Astro Prima
  5. Astro Oasis
  6. Astro Awani
  7. Astro AEC
  8. Jia Yu
  9. Makkal TV
  10. CCTV4
  11. Bernama TV
  12. iView
  13. i130
  14. iMus
  15. TVi
  16. TV1
  17. TV2
  18. Astro Xiao Tai Yang

Manakala  sebanyak 19 saluran radio menjadi pelengkap terhadap pakej NJOI ini. 

Menarik bukan? Tanpa komitmen bulanan, pengguna mendapat akses kepada siaran percuma yang berkualiti. Rasanya inilah yang dimaksudkan dengan rakyat tidak boleh dinafikan hak untuk mengakses maklumat yang berkualiti berkaitan dengan pendidikan, hiburan serta sukan.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari - NJOI


Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan