BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

18 Februari 2012

OS X Mountain Lion

Semalam Apple Inc telah melancarkan versi pra tonton kemaskini terbaharu OS X untuk para pembangun perisian yang digelar Mountain Lion. Diberitahu bahawa kemaskini terbaharu ini memiliki dan diintegrasikan dengan ciri-ciri yang ada pada iPhone dan iPad


Menurut pihak Apple kemaskini terbaharu ini akan dijual pada musim panas ini iaitu setahun selepas ia mengeluarkan OS X Lion. Versi pra tonton ini akan digunakan untuk membantu para pembangun perisian membina aplikasi yang dapat memaksimumkan ciri-ciri baharu sistem pengoperasian tersebut.

Mountain Lion akan dilengkapi dengan Game Center, aplikasi iPhone yang menyimpan skor tertinggi permainan dan membantu pengguna mencari lawan dalam talian. Ia akan diintegrasikan dengan iCloud, perkhidmatan penyimpanan data Internet yang baharu yang direka untuk peranti mudah alih.



Dengan pelepasan Mountain Lion, Apple juga secara rasminya telah membangunkan sistem pengoperasian yang mirip sistem pengoperasian telefon dan tablet iaitu IOS. Walaupun idea ini bukanlah idea asli kerana Microsoft telah menunjukkan prototype Windows 8 sejak pertengahan tahun lepas.

Sementara itu, Microsoft Corp dijangka akan melepaskan Windows 8 lewat tahun ini, dan versi pra tonton sudah pun berada di tangan para pembangun perisian. Sama seperti OS X Mountain Lion, ia juga akan memiliki ciri-ciri mirip skrin telefon keluarannya sendiri, Windows Phone.

Nampaknya kedua-dua buah syarikat pengeluar sistem pengoperasian ini menuju ke arah yang sama iaitu mengintegrasikan ciri-ciri yang ada pada telefon pintar pada produk terbaharu mereka. Perkembangan yang tentunya amat menarik untuk diikuti. 

Aha.. Tiba-tiba teringatkan Android. Mungkinkah akan ada kejutan daripada Google untuk melancarkan Android untuk versi desktop? 








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan