Berblog Secara Serius? Perlu Ada Program Khusus Menghargai Pengunjung!

Pada artikel Berblog Secara Serius? Banyak Yang Perlu Dikorbankan yang telah diterbitan tempohari, saya ada menyatakan bahawa saya perlu mencari pendekatan lain untuk untuk memastikan kesinambungan blog ini.



Antara idea yang menarik untuk saya terokai dan diperkenalkan diblog ini ialah mewujudkan program ganjaran kepada pengunjung setia blog ini. Adalah tidak adil bagi saya untuk tidak menghargai rakan-rakan serta pengunjung setia yang singgah ke blog ini. Sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk memulakan rancangan ini.

Mulai hari ini, pengunjung yang datang ke blog serta membantu menyebarkan kandungan diblog ini melalui butang Facebook (Like), Twitter dan Google+ akan diberikan mata ganjaran. Setiap aktiviti tersebut bernilai 100 mata

Apabila mata ganjaran ini telah mencapai jumlah 10,000 mata, ia boleh ditukarkan kepada wang tunai sebanyak RM10. Tawaran ini tertakluk kepada siapa cepat dia dapat. Sebanyak 5 x RM10 ditawarkan untuk pusingan pertama. Untuk berlaku adil pada semua, seseorang itu hanya boleh menebus sekali sahaja hadiah yang ditawarkan.

Untuk menjayakan projek ini, saya telah mengintegrasikan aplikasi PunchTab ke dalam blog ini. Pengujung hanya perlu log masuk menggunakkan akaun Facebook masing-masing setiap kali singgah ke blog ini untuk mendapat mata ganjaran.

Ini adalah cara saya menghargai rakan-rakan serta pengunjung blog ini. :D





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |



Komen Melalui Facebook: