Earth Hour datang lagi. Inisiatif sukarela global ini menjemput
orang perseorangan, entiti perniagaan, kerajaan serta pelbagai komuniti untuk
menjayakan kempen ini.
Earth Hour akan bermula selama sejam pada hari Sabtu, tepat jam 8:30 malam 31 Mac 2012 untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen sayangkan bumi.
Earth Hour akan bermula selama sejam pada hari Sabtu, tepat jam 8:30 malam 31 Mac 2012 untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen sayangkan bumi.
Untuk menyokong kempen ini pengguna dikehendaki mematikan lampu serta peralatan elektrik yang lain selama sejam.
Sejarah Earth Hour bermula pada tahun 2007 di Sydney, Australia apabila seramai 2 juta orang mengambil bahagian.
Pada tahun 2010 Earth Hour telah mencipta satu lagi sejarah apabila ia diiktiraf sebagai gerakan sukarela terbesar dengan penyertaan sebanyak 128 negara di seluruh benua.
