BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Mac 2012

Penyelesaian Masalah Bermula Dengan Memahami Masalah

Bila individu atau keluarga yang kita kenal ditimpa musibah secara tidak langsung kita juga akan terfikir dan terbeban sama untuk cuba membantu mencari jalan keluar daripada musibah yang menimpa.

Penyelesaian Masalah Bermula Dengan Memahami Masalah

Walaupun secara teknikalnya mereka tidak meminta sebarang bantuan, naluri sebagai seorang yang mengenali tentunya dapat merasakan kesukaran dalam menangani musibah tersebut.

Memahami Masalah


Dalam saat-saat genting sebegini adalah baik juga bagi kita memberikan ruang secukupnya kepada individu atau keluarga tersebut. Bukan untuk cuba menjauhkan diri daripada mereka ketika mereka dalam kesusahan. Sebaliknya ruang tersebut perlu digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk memahami apa yang sebenarnya sedang terjadi dan seterusnya segera menerima hakikat sebenar tentang sesuatu perkara yang telah terjadi itu..  

Saya percaya untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu musibah yang menimpan tentunya bermula dengan memahami sepenuhnya musibah tersebut dan seterusnya menerima hakikat sebenarnya.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka yang berkenaan.. Amin.



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan