BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

25 Mac 2012

Selamat Menyambut Hari Lahir

Sudah menjadi tradisi keluarga kami agaknya menyambut hari lahir di restoran makanan segera. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, restoran makanan segera yang menyajikan hidangan pizza menjadi pilihan. Kali ini kami ke Pizza Hut di Plaza Angsana untuk meraikan hari lahir Azza. 

Sambil membelek-belek menu hidangan yang bakal dipesan, kami terperasan promosi yang sedang berlangsung di Pizza Hut iaitu "Kids Eat Free Every Day". Wah! Ini sudah bagus. Anak-anak boleh menikmati makanan percuma!  

Untuk menikmati hidangan percuma yang dinyatakan itu, pelanggan cuma perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM20 untuk menebus 1 hidangan percuma untuk kanak-kanak. Selain itu kanak-kanak itu haruslah berumur 8 tahun kebawah atau berketinggian dibawah 120cm.



Memandangkan esok adalah hari bekerja dan persekolahan, kami tidak lama berada di sana. Boleh dikatakan sebagai satu sambutan yang agak ringkas. Namun begitu, apa pun yang paling utama ialah intipati sambutan hari lahir tesebut. Asalkan kami sentiasa bersama sebagai satu keluarga dapat meraikannya, itulah yang paling penting. 

Semoga tradisi ini dapat diteruskan sampai bila-bila. Insyallah.

Hmm.. Anyway she's 5 years younger than me. Every time we celebrated her birthday, it will act as a reminder that I'm getting older and older.






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan