BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Mei 2012

Cuti Sekolah - Sesekali Menggunakan Jalan Lama Seronok Juga!

Sempena cuti sekolah ini, kami sekeluarga merancang untuk balik ke Seremban. Kalau diikutkan perancangan asal, kami akan terus ke Seremban pada hari Sabtu. Memandangkan pada hari Sabtu itu ada majlis perkahwinan yang perlu dihadiri di Felda Keratong 1, akhirnya kami mengambil keputusan untuk singgah ke majlis tersebut sebelum menyambung perjalanan ke Seremban.

Sebenarnya inilah kali pertama kami ke Felda Keratong 1.  Walaupun tahu lokasi serta jalan mana yang harus diikuti sebaik sahaja memulakan perjalanan dari Johor Bahru, tidak dinafikan perasaan risau tetap ada. Untuk itu, GPS sentiasa diaktifkan sebagai peneman perjalanan. Kerisauan ini ada asasnya kerana inilah perjalanan jauh pertama yang dilakukan sejak kenderaan kami dibaiki sistem tramsmisinya [Link]. Perjalanan ini umpama menguji sepenuhnya sistem transmisi tersebut!







Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Felda Keratong 1 lebih kurang jam 12 tengahari iaitu lebih kurang 3 jam perjalanan dari Johor Bahru. Majlis pernikahan sudah berlangsung pada jam 10 pagi. Jadi ketibaan kami ialah untuk meramaikan lagi bilangan rombongan bagi mengiringi pihak pengantin lelaki untuk ke majlis persandingan.

Sebaik sahaja majlis itu tamat, kami meneruskan perjalanan ke Seremban. Agak teruja juga sebenarnya sebaik sahaja memulakan perjalanan ini dari Johor Bahru. Manakan tidak, kali ini perjalanan pulang ke Seremban menggunakan sepenuhnya jalan lama.  Cuma terdapat sedikit kesesakan lalulintas yang menganggu perjalanan sebaik sahaja tiba dikawasan Hutan Lipur Ulu Bendul berikutan terdapatnya kerja-kerja menaik taraf jalan raya di situ.  Namun yang lebih mengujakan ialah sebaik sahaja melepasi kawasan hutan lipur tersebut ialah perjalanan menjadi semakin lancar kerana jalan baharu yang menggantikan Jalan Bukit Putus telah siap sepenuhnya!

Sesekali tidak menggunakan lebuh raya bertol pun seronok juga! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan