BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

13 Mei 2012

F1 - Pastor Maldonado Menang Di Barcelona

Perlumbaan Formula 1 (F1) telah kembali ke benua Eropah. Hampir kesemua pasukan telah mengemaskini jentera mereka untuk terus kompetetif.  Antara yang mendapat manfaat ialah Pastor Maldonado yang berjaya memenangi perlumbaan Spanish Grand Prix 2012 yang berlangsung di Circuit de Catalunya, Barcelona.  

[Link]

Kemenangan ini tentunya amat bermakna buat Pasukan Williams yang menunggu selama 8 tahun untuk kembali menakluki podium! Kali terakhir jentera Pasukan Williams menduduki podium ialah pada tahun 2004 oleh Juan Pablo Montoya [Link] di perlumbaan Brazil Grand Prix. 

Pelumba berusia 27 tahun berasal dari Venezuela mendapat tajaan penuh daripada kerajaan Venezuela menerusi syarikat minyak negara tersebut iaitu PDVSA. Kejayaan menduduki tempat pertama di Spanish Grand Prix 2012 ini menyusul setelah beliu mengharungi 23 perlumbaan sepanjang kerjayanya sebagai pelumba Formula 1 (F1)

[Link]


Persaingan yang betul-betul sengit dan terbuka untuk perlumbaan musim 2012 dimana setiap perlumbaan pastinya akan ada kejutan. Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Spanish Grand Prix 2012:




Spanish Grand Prix 2012


Drivers Teams Points
1 P Maldonado (VEN) Williams 25
2 F Alonso (ESP) Ferrari 18
3 KM Räikkönen (FIN) Lotus 15
4 R Grosjean (FRA) Lotus 12
5 K Kobayashi (JPN) Sauber 10
6 S Vettel (GER) Red Bull 8
7 N Rosberg (GER) Mercedes 6
8 LC Hamilton (GBR) McLaren 4
9 J Button (GBR) McLaren 2
10 N Hülkenberg (GER) Force India 1
11 M Webber (AUS) Red Bull -
12 JE Vergne (FRA) Toro Rosso -
13 D Ricciardo (AUS) Toro Rosso -
14 P di Resta (GBR) Force India -
15 F Massa (BRA) Ferrari -
16 H Kovalainen (FIN) Caterham -
17 V Petrov (RUS) Caterham -
18 T Glock (GER) Marussia -
19 PM de la Rosa (ESP) HRT



Minggu yang cemerlang buat pasukan Williams, Ferrari dan juga Lotus!






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan