Cerita Tentang [
Sukan
]

Aktiviti Yang Membunuh Keseronokan Berbicara Tentang Bola Sepak

Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya amat mengalu-alukan ketibaan kejohanan bola sepak terhebat di Eropah iaitu Euro 2012. Seperti yang lain juga saya sudah terkena wabaknya! [Link]

Dikala orang seperti saya seronok menikmati seni permainan peringkat tertinggi sukan bola sepak yang disajikan oleh pasukan yang bertanding, ada pihak lain pula yang cuba membuat keuntungan darinya!  

Tentunya apa yang saya maksudkan ialah pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu bagi meramal pemenang kejohanan Euro 2012.

Memanglah ia kelihatan seperti pertandingan untuk suka-suka tetapi apabila ia melibatkan pembayaran yuran penyertaan, ramalan tepat dan hadiah secara tidak langusung ia telah menjerumus kepada kegiatan perjudian. Itu belum termasuk kegiatan pertaruhan keputusan perlawanan yang dianjurkan oleh "bookie"! Sebelum kejohanan  Euro 2012 bermula pun sudah ada yang menjadi ejen!

Keadaan ini sebenarnya sudah lama berakar-umbi dalam masyarakat kita. Setiap kali tiba kejohanan besar akan munculah mereka ini. Bukannya mereka tidak tahu akan hukum hakamnya dalam Islam. Sikap ambil mudah, tidak peduli dan terlalu taksub dengan hadiah kemenangan telah membutakan hati mereka.

Kecewa seorang penyokong tegar apabila pasukan yang disokongnya tewas tentunya berbeza dengan kecewa seorang yang tewas dalam pertaruhan! Bila berbicara tentang boleh sepak, terus terang saya katakan inilah yang membunuh keseronokan!




Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:




Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment