BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

10 Julai 2012

Memasang Kad Grafik - Budak Sekolah Pun Boleh Buat #2

Memang sudah lama saya tidak membeli komponen komputer. Sejak beberapa tahun yang lepas saya sudah mula mengurangkan pengelibatan dalam kerja-kerja teknikal berkaitan komputer.

Barangkali juga kerana komitmen terhadap keluarga semakin meningkat dan mungkin juga kerja-kerja teknikal sebegini sudah kurang cabarannya [Link].


Gigabyte HD 6450
Gigabyte HD 6450



Pada hari Sabtu yang lepas saya ke Digital Valley, Danga City Mall. Tujuannya ialah untuk membeli kad grafik.  

Kad grafik daripada Gigabyte HD 6450 [Link] chipset AMD RADEON menjadi pilihan. Tentunya faktor harga yang agak berpatutan dan jaminan selama 3 tahun yang ditawarkan mempengaruhi pembelian tersebut. Dengan kos sebanyak RM150 kad grafik kategori permulaan ini dibawa pulang. Walaupun berada pada kategori permulaan, ia sudah cukup untuk menyokong kebanyakkan perisian permainan yang popular sekarang dan juga sesuai untuk melakukan kerja-kerja perkomputeran umum.


Gigabyte HD 6450
Gigabyte HD 6450



Memang tidak dinafikan teknologi semakin hebat. Sejak popularnya papan ibu yang mengintegrasi semua dalam satu,  menambah kad grafik adalah sekadar pilihan. Terus terang saya katakan, kali terakhir saya membeli kad grafik adalah semasa teknologi AGP masih lagi diarus perdana. Sekarang kad grafik sudah berteknologi PC-I Express version 3.0! Walaupun teknologi sudah berubah, asas dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan komputer tetap sama. Jadi tidak susah untuk mengesan kerosakkan jika faham tentang asas tersebut.






PC yang bakal menerima kad grafik baharu itu telah pun disahkan mengalami masalah pada perkakasan kad grafiknya tempohari. Terdapat beberapa kapasitornya yang telah pecah. Jadi memang perlu segera digantikan komponen tersebut untuk membolehkan PC itu kembali berfungsi seperti biasa.

Kerja mengganti dan memasang kad grafik tidaklah sesukar mana. Cuma perlu mencabut kad grafik yang lama dan pasangkan kad grafik yang baharu pada komponen papan ibu. Hidupkan PC dan pasangkan driver untuk kad yang baharu. Uji dan gunakan aplikasi berintensifkan grafik untuk menguji kestabilan PC. Jika semuanya tiada masalah, maka selesailah tugas menggantikan kad grafik tersebut.

Err.. Secara seriusnya, budak sekolah pun boleh buat [Link]!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan