Cerita Tentang [
Windows Mobile
]

Inovasi Input Dan Papan Kekunci Daripada Microsoft

Masalah utama bagi pemilik peranti telefon pintar ialah untuk menaip menggunakan ibu jari seperti pada telefon bimbit biasa. Disebabkan hal tersebut ramai pengguna masih lagi kekal menggunakan telefon bimbit biasa walaupun harga peranti telefon pintar semakin murah sekarang.

Kira-kira setahun yang lepas terdapat laporan bahawa Microsoft telah memulakan usaha untuk mereka semula aplikasi input dan papan kekunci untuk peranti telefon pintar keluaran mereka. Akhirnya gambar mengenai inovasi terkini daripada Microsoft telah pun didedahkan oleh pihak Microsoft Research melalui nota pembentangan kertas kerjanya.

[Link]

Kelihatan didalam gambar ialah peranti telefon pintar HTC Trophy yang telahpun dilengkapi dengan aplikasi input dan papan kekunci yang telah diinovasikan semula oleh Microsoft. Dijangkakan aplikasi input dan papan kekunci terbaharu ini akan disertakan pada keluaran akan datang peranti Windows Phone 7.8 dan Windows Phone 8.

Selain daripada itu, inovasi input dan papan kekunci juga bakal diperkenalkan pada tablet pertama keluaran Microsoft yang dikenali sebagai Surface [Link]. Microsoft mencipta penutup tablet yang boleh bertindak sebagai papan kekunci apabila dibuka dan sebagai pelindung skrin tablet apabila ditutup.



Sebenarnya pembabitan Microsoft dalam merevolusikan peranti input dan papan kekunci bukannya baharu. Sejak awal tahun 1990an, pihak Microsoft telah mula memperkenalkan pelbagai peranti input seperti papan kekunci dan tetikus. Tentunya produk peranti input dan papan kekunci yang menjadi lagenda dalam industri pengkomputeran peribadi [Link] adalah Microsoft Natural Keyboard dan Microsoft IntelliMouse.
 

 Microsoft Natural Keyboard


Malah Microsoft juga adalah antara syarikat pertama yang memperkenalkan teknologi "scroll wheel" dan optical untuk tetikus keluaran mereka. Walaupun pada masa tersebut rekaannya kelihatan agak radikal, akhirnya ia diterima sebagai piawaian de facto dalam pembuatan peranti tersebut oleh pengeluar lain.

Inovasi peranti input dan papan kekunci ini walaupun nampak tidak sepenting pembangunan unit pemprosesan pusat (CPU), ia sebenarnya mampu merevolusikan semula penggunaan peranti telefon pintar dan tablet. Peranti yang selama ini dianggap sebagai peranti kegunaan kasual mampu ditransformasi menjadi peranti untuk kegunaan profesional.





Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:




Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment