Pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan pada 5 Julai 2012, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar
Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Ref No : 07/12/02
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada hari Khamis 05 July 2012
Pernyataan Dasar Monetari
Pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara
Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada
3.00 peratus.
Kadar pemulihan global telah menjadi sederhana sejak beberapa bulan yang
lalu. Data terkini menunjukkan kegiatan ekonomi yang lebih perlahan
serta prospek pertumbuhan yang lebih mencabar di beberapa rantau di
seluruh dunia. Walaupun tekanan yang dialami pasaran kewangan
antarabangsa telah reda susulan pengumuman dasar baru-baru ini untuk
menangani krisis di Eropah, namun beberapa isu dasar yang penting masih
belum diselesaikan dan menyebabkan pasaran kewangan terus tidak menentu.
Kegiatan ekonomi di beberapa negara maju terus menerima kesan daripada
konsolidasi fiskal yang berterusan, pengantaraan kewangan yang terjejas
dan keadaan pasaran pekerja yang lemah. Di negara sedang pesat
membangun, meskipun permintaan dalam negeri terus menjadi sumber penting
pertumbuhan, namun eksport menerima kesan daripada permintaan luar
negeri yang lemah.
Dalam ekonomi domestik, data terkini dan tinjauan terhadap keadaan
perniagaan menunjukkan aktiviti penggunaan dan pelaburan yang kekal
berdaya tahan. Pada masa akan datang, permintaan dalam negeri akan
terus menjadi pendorong utama pertumbuhan. Perbelanjaan isi rumah terus
disokong oleh keadaan guna tenaga dan pertumbuhan pendapatan yang
stabil. Aktiviti pelaburan yang kukuh terutamanya dipacu oleh industri
berorientasikan dalam negeri, sektor minyak dan gas dan kemajuan yang
berterusan dalam projek pembinaan infrastruktur.
Inflasi dijangka kekal sederhana sehingga akhir tahun ini. Dengan
terdapatnya kapasiti berlebihan dalam ekonomi negara, permintaan dalam
negeri yang kukuh dijangka tidak akan mewujudkan keadaan inflasi. Harga
tenaga dan komoditi dunia dijangka terkawal berikutan keadaan global
yang lemah. Namun, risiko yang inflasi akan menjadi lebih tinggi mungkin
timbul sekiranya gangguan terhadap bekalan global mengakibatkan harga
dunia yang lebih tinggi bagi komoditi-komoditi ini.
Berdasarkan penilaian MPC, ketidaktentuan dalam persekitaran ekonomi dan
kewangan global masih lagi ketara. Oleh itu, MPC akan terus membuat
penilaian yang teliti terhadap keadaan yang sentiasa berubah dan
kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan ekonomi
Malaysia.
Bank Negara Malaysia
05 July 2012
05 July 2012
Sehubungan itu, tiada kenaikan terhadap Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate)
oleh institusi kewangan di negara ini. Berita yang tentunya amat
melegakan rakyat di saat keadaan ekonomi dunia yang penuh dengan
ketidaktentuan.
Berikut adalah Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) terkini yang
ditawarkan oleh institusi perbankkan di Malaysia yang telah dikemaskini
oleh Banking Info pada 25/05/2012
untuk dijadikan rujukan.
| Base Lending Rate (BLR & BFR) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Dikemaskini pada : 25/05/2012 |
Nota - Bagi institusi kewangan yang menawarkan sistem perbankkan syariah, kadar Base Finance Rate (BFR) adalah sama dengan Base Lending Rate (BLR).
Kredit, Bank Negara Malaysia & Banking Info
