Buat pengguna tegar dan peminat fanatik browser lagenda Mozilla Firefox, versi kemaskini terbaharu browser ini sudah pun dilepaskan secara rasminya pada 17 Julai 2012. Perkara ini agak sedikit mengejutkan kerana ia dilepaskan awal daripada jadual yang ditetapkan.
Mozilla Firefox 14.0.
Mozilla Firefox 14.0.
Pelepasan Mozilla Firefox 14.0, berkemungkinan besar kerana terdapatnya maklum balas negatif daripada komuniti pengguna Mozilla Firefox terhadap penggunaan memori yang tidak terkawal pada Mozilla Firefox 13.0 [Link].
Diharap dengan pelepasan versi terbaharu ini dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penggunaan memori yang tidak terkawal dan menjadikannya lebih selesa digunakan pada komputer yang mempunyai RAM kurang dari 1GB.
Berikut adalah senarai penambahbaikan serta fungsi terbaharu yang terdapat pada Mozilla Firefox 14.0:
Berikut adalah senarai penambahbaikan serta fungsi terbaharu yang terdapat pada Mozilla Firefox 14.0:
Pengguna sudah boleh mula mengemaskini Mozilla Firefox kepada versi terkini melalui "release update channel" yang boleh diakses pada browser secara manual atau menunggu sehingga fungsi "auto update" memainkan peranannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mozilla Firefox 14.0, sila rujuk Mozilla Firefox Release Notes.
