BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

08 Julai 2012

Samsung Galaxy Note II Bakal Dilancarkan Ogos 2012

Belum reda cerita mengenai iPad Mini [Link] kni tersebar pula cerita mengenai Samsung Galaxy Note II yang diberitakan bakal diperkenalkan di IFA Consumer Electronic Trade Show yang bakal berlangsung di Jerman pada Ogos 2012 nanti [Link].


Gadget hybrid telefon dan tablet ini bakal dilengkapkan dengan unit pemprosesan pusat (CPU) empat teras, kamera 12 Megapixel dan yang paling menarik ialah pengenalan skrin bersaiz 5.5 inci bagi menggantikan skrin bersaiz 5.3 inci yang digunakan pada Samsung Galaxy Note [Link] sekarang.

Selain itu gadget ini dikhabarkan bakal dilengkap dengan sistem pengoperasian terbaharu Google iaitu Android  4.1 Jelly Bean.

Memang semakin meriah persaingan antara 2 pengeluar terbesar iaitu Apple dan Samsung [Link]. Gadget mana yang menjadi pilihan pengguna tentunya ditentukan oleh fungsi, teknologi serta harga yang ditawarkan.


 

Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan