BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Ogos 2012

Ancaman Penipuan Melalui SMS

Berikut adalah jenis-jenis ancaman penipuan melalui SMS yang didedahkan oleh Mobile Content Providers Association (MMCP) melalui presidennya, Azli Paat.


Situasi biasa yang dihadapi oleh pengguna perkhidmatan telefon mudah alih di negara ini apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan ayat-ayat mengelirukan bagi menarik perhatian pengguna.

Menurut Azli lagi, bagi kes 1 iaitu pencurian kredit SMS premium yang menggunakan kod bermula 3XXXX, pengguna yang terpedaya boleh melaporkan kes tersebut kepada syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan semula nilai kredit yang telah hilang.

Menurutnya lagi, pada asalnya kod SMS premium ini digunakan oleh pembekal kandungan untuk memberikan perkhidmatan memuat turun ringtones bagi telefon bimbit. Sejajar dengan perkembangan semasa, perkhidmatan ini sudah tidak releven setelah popularnya telefon pintar. Jadi ada diantara syarikat pembekal kandungan ini menyewakan kod SMS premium ini kepada pihak ketiga. Disinilah punca masalah, apabila penyewa cuba memaksimumkan pendapatan dengan mengetepikan etika.





Bagi kes ke 2 hingga ke 4 ianya merujuk kepada pihak-pihak atau kumpulan yang cuba menggunakan perkhidmatan ini bagi tujuan menipu. Yang ini sememangnya "SCAM". Pengguna dinasihatkan supaya mengabaikannya kerana jika terpedaya, kerugian yang bakal ditanggung oleh pengguna sememangnya tidak akan dapat dikembalikan.

Manakala bagi kes ke 5, ini merupakan hal biasa yang dijumpai di halaman web atau blog. Sebenarnya pemilik halaman web atau blog meletakan iklan sebegitu untuk menjana pendapatan. Jika pengguna tidak klik iklan dan mengabaikannya, peluang untuk diperdaya dapat diminimumkan.

Apa pun bagi pihak pengguna, janganlah mudah terpedaya dengan SMS atau iklan sedemikian bagi mengelak daripada melanggan perkhidmatan yang tidak diperlukan dan lebih serius lagi mengelakkan daripada ditipu. Untuk mengetahui hal ancaman penipuan melalui SMS ini secara lebih terperinci, boleh merujuk kepada ebook percuma ini - [Link]



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan