BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 Ogos 2012

ASW 2020 - Dividen 6.60 Sen Seunit (2012)

 [Link]

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012. 

Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit tahun lalu.

Kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM981.89 juta, peningkatan sebanyak 9% berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM900.72 juta.

Pengagihan pendapatan ini akan dapat dimanfaatkan oleh seramai 907,594 pemegang unit yang telah melanggan 14.85 bilion unit ASW 2020.

----------------------

Tentunya ini adalah berita gembira buat pelabur Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) setiap kali tiba Hari Kemerdekaan yang merupakan juga tahun kewangan berakhir untuk unit amanah ini.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan