BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Ogos 2012

Bila Cuti Panjang...

Memulakan sesuatu yang sudah agak lama ditinggalkan memang agak mencabar. Memang susah untuk mendapatkan rentak biasa. Maklumlah bila sudah lama berehat tentunya rutin baharu yang agak santai  itu segera meresap dan sebati dengan jiwa.

Nampaknya ini ialah sindrom biasa apabila sudah lama bercuti. Setiap kali bercuti skripnya adalah lebih kurang sama iaitu sukar untuk mendapatkan kembali rentak produktif dalam menulis. 

Apa pun ceritanya saya sentiasa menggangap hal sebegini merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang blogger sambilan yang sentiasa perlu membahagikan masa dan keutamaan.

Seperkara lagi yang telah saya pelajari apabila bercuti ialah bercutilah dengan bersungguh-sungguh [Link]. Berblog tentunya boleh ditangguhkan sebentar! :D




Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan