BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

12 Ogos 2012

Persiapan Hari Raya 2012 #1

Nampaknya tahun ini persiapan untuk menyambut Hari Raya bermula agak perlahan. Insyallah semuanya bakal dibereskan pada minggu hadapan. Amin.

Memang diakui, segala persiapan dimulakan dengan agak perlahan sedikit tahun ini. Maklumlah, banyak perkara penting yang terpaksa didahulukan seperti memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan. Ditambah lagi dengan sedikit hal kecemasan tempohari [Link]. Memang belanjawan agak ketat sedikit untuk membuat persiapan Hari Raya tahun ini.

Tidak mengapalah. Perlahan atau cepat bukan ukuran. Apa yang penting bila sudah sampai masanya nanti, Insyallah semuanya bakal tersedia. Cuma sentiasa mengingatkan diri sendiri, dalam membuat perbelanjaan perlu sentiasa mengekalkan tahap displin serta bersikap konservatif agar tidak terlebih berbelanja.

Walaupun bermula perlahan, persiapan anak-anak perlu didahulukan. Realitinya, bila anak-anak sudah semakin membesar citarasa, fesyen dan permintaannya juga turut berubah.

Persiapan Ibu bapa boleh dilewatkan sedikit. Err baju lama pun ok lagi rasanya..



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan