BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin


Rasanya ada diantara kita yang sudah sampai ke kampung halaman. Maklumlah anak-anak sekolah pun sudah mula bercuti, kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk pulang awal  ke kampung. 

Insyallah kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kampung pada hari Sabtu sebaik sahaja segala urusan berkaitan diselesaikan. Tahun ini tidak dapat bercuti panjang. Hari Khamis sudah kembali bertugas. Untuk cuti yang sesingkat ini, Insyallah akan kami manfaatkan sepenuhnya untuk berziarah.

Sempena dengan kehadiran Syawal yang mulia ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" [Link] pada semua. Disamping itu kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang "berblog" serta "bersiosial secara maya" ada menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada sengaja atau tidak.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin"


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan