BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

25 September 2012

Kunjungan Yang Tidak Disangka-sangka

Alhamdulillah.. Hari ini saya dikejutkan dengan kunjungan yang tidak disangka-sangka. Menerusi artikel yang bertajuk "Misi Mengurangkan Java Script Pada Blog" [Link], beliau telah meninggalkan jejak diruangan komen.

[Link]

Memang sangat teruja dengan kunjungan beliau. Maklumlah sejak saya mula berblog menggunakan platform blogger, blog beliau iaitu Blogger Sentral [Link] menjadi antara rujukan wajib. Banyak tutorial yang berguna yang telah ditulis oleh beliau untuk dikongsikan kepada semua. 

Benar, beliau menulis dalam Bahasa Inggeris dan tentunya ramai yang menyangka bahawa pemilik Blogger Sentral adalah dari luar negara. Buat pemilik blog yang menggunakan platform blogger, jangan lupa singgah di blog beliau. Banyak tutorial yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan.

Terima kasih GreenLava atas kunjungan saudara.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan