Buat pengguna tegar dan peminat fanatik browser lagenda Mozilla Firefox, versi kemaskini terbaharu browser ini, Mozilla Firefox 15.0 sudah pun dilepaskan secara rasminya pada 28 Ogos 2012.
Pengguna sudah boleh mula mengemaskini Mozilla Firefox kepada versi terkini melalui "release update channel" yang boleh diakses pada browser secara manual atau menunggu sehingga fungsi "auto update" memainkan peranannya.
Mozilla Firefox 15.0
Berikut adalah senarai penambahbaikan serta fungsi terbaharu yang terdapat pada Mozilla Firefox 15.0:

Untuk maklumat lanjut mengenai Mozilla Firefox 15.0, sila rujuk Mozilla Firefox Release Notes.
------------
Secara peribadinya saya merasakan Mozilla Firefox versi terbaharu ini lebih sesuai dipasang pada perkakasan komputer generasi terkini yang mempunyai RAM melebihi 2GB.
SeaMonkey Alternatif Kepada Mozilla Firefox
Bagi pengguna yang masih menggunakan Pentium 4, Pentium Dual Core serta yang seangkatan dengannya atau masih menggunakan perkakasan komputer yang mempunyai RAM kurang daripada 1GB adalah dinasihatkan supaya beralih kepada browser SeaMonkey [Link].
SeaMonkey adalah sebuah projek membangunkan aplikasi bersepadu internet yang disokong sepenuhnya oleh Mozilla Foundation. Dibangunkan berasaskan teknologi Mozilla serta masih lagi sedikit sebanyak mengekalkan identiti Mozilla Firefox tetapi lebih ringan dan pantas pada perkakasan komputer yang mempunyai RAM dibawah 1GB.
Bagi Generasi X [Link] yang masih merindui Netscape Navigator, SeaMonkey adalah jawapannya.