Cerita Tentang [
Earnings
]

Server Exabytes Di Sabotaj - ChurpChurp Terjejas

Hmm.. Tak tahu nak kata apa. Sebaik sahaja server ChurpChurp berjaya diakses pagi tadi terkejut apabila melihat jumlah pendapatan terkumpul telah susut beberapa peratus. Hasil daripada aktiviti beberapa bulan yang lepas didapati telah hilang.

Terus menghubungi pihak ChurpChurp melalui  "Churper Enquiries Form" yang telah disediakan untuk mendaptkan penjelasan. Namun begitu dalam masa yang sama saya juga telah menerima satu email daripada ChurpChurp yang menerangkan keadaan sebenar.


Semuanya berpunca daripada syarikat penyedia khidmat hosting Exabytes dimana sebanyak 50 buah virtual server telah pun dipadam daripada sistem CLOUD mereka dan salah satunya adalah hosting untuk ChurpChurp! Dipercayai ia adalah perbuatan sabotaj salah seorang pekerja yang bakal meninggalkan syarikat tersebut pada hujung bulan ini [Link].

Sebagai pengguna ChurpChurp, saya sangat sedih dan marah atas kejadian yang telah berlaku. Semoga pihak yang bertanggung jawab akan dibawa ke muka pengadilan dan pendapatan yang hilang itu dikembalikan semula.


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment