BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

25 Oktober 2012

Aplikasi Android Untuk Mengesan AES

Nampaknya topik berkaitan Automated Enforcement System atau AES masih lagi hangat diperkatakan. Pelbagai reaksi dari rakyat. Ada yang pro dan ada yang kontra. Apa pun, bukan rahsia lagi, lokasi AES telahpun didedahkan di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan umum telah mengetahuinya [Link]. 

Memandangkan lokasi serta koordinat GPS telah didedahkan, maka terdapat beberapa pihak yang terdiri daripada orang perseorangan serta pembangun perisian yang mengambil inisiatif untuk membangunkan Aplikasi Mengesan AES.

Berdasarkan kepada pencarian di Google Play terdapat 4 apliksi untuk Android yang sudahpun dibangunkan. Antaranya ialah AES Detector with Map, AES Detector, AES location detector dan AES Cam Location.

Aplikasi Pengesan AES
[Link]


Didapati aplikasi AES Detector yang dibangunkan oleh Kevin Chua adalah yang paling popular dan menjadi pilihan ramai. Sehingga artikel ini ditulis sebanyak 468 kali ianya telah dimuat turun. Selain itu beliau juga turut membuat satu blog khas [Link] bagi aplikasi AES Detector untuk merekod penambahbaikan serta mengumpul maklum balas pengguna.

Jadi apa yang ditunggu lagi. Bolehlah  dicuba dan diuji kesemuanya. Mana yang lebih mudah digunakan serta berketepatan tinggi pastinya akan menjadi pilihan ramai.

Secara peribadi saya sebenarnya lebih suka jika ianya diintegrasikan ke dalam sistem dan peta GPS untuk Papago dan Garmin. Memang ramai yang mahukan koordinat tersebut dimasukkan ke dalam peta GPS. Berdasarkan pemerhatian memang sudah terdapat usaha yang digerakkan ke arah itu. Harap projek ini akan dapat direalisasikan secepat mungkin oleh  My ASEAN Free GPS Map Project [Link].


Tiada ulasan:

Catat Ulasan