BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Oktober 2012

F1 - Sebastian Vettel Menang Di India

Sebastian Vettel [Link] berjaya meneruskan kecemerlangan apabila berjaya memenangi perlumbaan Indian Grand Prix 2012 yang berlangsung di Buddh International Circuit. Ini merupakan kemenangan ke 4 berturut-turut sejak perlumbaan di Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Kejayaan beliau melengkapkan kebangkitan pasukan Red Bull yang semakin cemerlang sejak pertengahan musim.

[Link]

Dengan kemenangan ini, Sebastian Vettel berjaya menjarakkan pungutan mata kseluruhan kategori pemandu dengan 240 mata iaitu berkelebihan 27 mata berbanding Fernando Alonso di tempat kedua dengan 227 mata serta mengukuhkan cengkaman pasukan Red Bull untuk kategori pasukan.

Walaupun Sebastian Vettel semakin cemerlang, Fernando Alonso masih berjaya meminimumkan kesan kerosakkan dengan meraih kedudukan ke 2 walaupun hanya bermula dari petak ke 5. Kejayaan podium masih lagi meletakkan beliau sebagai pencabar utama kejohanan. Berdasarkan kedudukan semasa, berkemungkinan penentuan juara keseluruhan kategori pemandu akan diheret sehingga ke perlumbaan terakhir.

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Indian Grand Prix 2012:

1. Sebastian Vettel  Red Bull-Renault  1hr 31m 10.744s
2. Fernando Alonso  Ferrari-Ferrari +0m 09.4s
3. Mark Webber  Red Bull-Renault +0m 13.2s
4. Lewis Hamilton  McLaren-Mercedes +0m 13.9s
5. Jenson Button  McLaren-Mercedes +0m 26.2s
6. Felipe Massa Ferrari-Ferrari +0m 44.6s
7. Kimi Raikkonen  Lotus-Renault +0m 45.2s
8. Nico Hulkenberg  Force India-Mercedes +0m 54.9s
9. Romain Grosjean  Lotus-Renault +0m 56.1s
10. Bruno Senna  Williams-Renault +1m 14.9s

11. Nico Rosberg Mercedes-Mercedes +1m 21.6s
12. Paul di Resta  Force India-Mercedes +1m 22.8s
13. Daniel Ricciardo  Toro Rosso-Ferrari +1m 26.0s
14. Kamui Kobayashi  Sauber-Ferrari +1m 26.4s
15. Jean-Eric Vergne Toro Rosso-Ferrari +1 lap
16. Pastor Maldonado  Williams-Renault +1 lap
17. Vitaly Petrov Caterham-Renault +1 lap
18. Heikki Kovalainen  Caterham-Renault +1 lap
19. Charles Pic  Marussia -Cosworth +1 laps
20. Timo Glock  Marussia -Cosworth +2 laps
21. Narain Karthikeyan  HRT-Cosworth +2 laps
22. Michael Schumacher  Mercedes-Mercedes +5 laps

Rtd. Pedro de la Rosa  HRT-Cosworth 42 laps completed
Rtd. Sergio Perez  Sauber-Ferrari 20 laps completed


Fastest lap:

Jenson Button  McLaren-Mercedes 1m 28.203s lap 60



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan