BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 November 2012

Demam Bola - AFF Suzuki Cup 2012

Demam Bola - AFF Suzuki Cup 2012 - Malaysia and ThailandKejohanan bola sepak dwi tahunan yang terunggul di Asia Tenggara, AFF Suzuki Cup 2012 tiba lagi. Negara kita, Malaysia dan Thailand adalah tuan rumah bersama untuk kejohanan kali ini.

Seperti biasa apabila tiba kejohanan besar seperti ini sedikit sebanyak bakal mempengaruhi topik perbualan seharian. Maklumlah topik sedang panas tentu banyak maklumat, spekulasi dan gossip yang bakal menjadi bahan untuk memulakan perbualan.

Memandangkan Malaysia adalah juara bertahan dan menjadi tuan rumah bersama kejohanan ini, adalah besar harapan rakyat di negara ini untuk melihat Harimau Malaya beraksi dengan cemerlang.

Semoga Harimau Malaya berjaya dalam misi ini dan seterusnya dapat mempertahankan mahkota kejuaraan! Untuk menonton semua perlawanan AFF Suzuki Cup 2012 secara langsung (online), sila klik [Link] ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan