BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Disember 2012

Bajet 2013 - Rebat RM200 Bagi Pembelian Telefon Pintar - Senarai Peranti Yang Ditawarkan

Bajet 2013 - Rebat RM200 Bagi Pembelian Telefon Pintar - Senarai Peranti Yang Ditawarkan - Alcatel 993D, Alcatel OneTouch Glory 2, Alcatel OneTouch Inspire 2, The Buzz Phone, HTC Wildfire, Huawei Ideos X3, LG Optimus L3, Ninetology Black Pearl II, Ninetology Palette, Nokia 2730, Nokia 7230, Nokia Asha 305, Nokia Asha 308, Nokia Asha 311, Nokia C2-03, Nokia Lumia 610, Samsung Galaxy Chat, Samsung Galaxy Mini, Samsung Galaxy Pocket, Samsung Galaxy Y, Sony Xperia Tipo, ZTE Acqua & ZTE V790
Lanjutan daripada Pembentangan Bajet 2013 - Rebat RM200 Bagi Pembelian Telefon Pintar [Link]. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan akhbar bertarikh 27 Disember 2012 telah pun mengesahkan bahawa rebat RM200 terhadap pembelian telefon pintar akan bermula pada 1 Januari 2013.

Walau bagaimanapun, Rebat RM200 ini adalah untuk pembelian telefon pintar berharga maksimum RM500.

Berikut adalah senarai peranti telefon pintar yang ditawarkan untuk program tersebut:

  • Alcatel 993D
  • Alcatel OneTouch Glory 2
  • Alcatel OneTouch Inspire 2
  • The Buzz Phone 
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia Asha 311
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790

Sebarang pengenalan model baharu akan dibuat dari semasa ke semasa melalui halaman web penyedia perkhidmatan. Untuk maklumat lebih lajut, sila rujuk halaman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) [Link].

Berikut adalah kenyataan akhbar penuh mengenainya oleh SKMM:





Kemaskini - 3 Januari 2013

Tiada Had Harga Pembelian Telefon Pintar Menggunakan Rebat RM200


KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut Rabu.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

-- BERNAMA


Kemaskini - 14 Januari 2013

Berikut adalah senarai baharu peranti telefon pintar yang ditawarkan untuk Pakej Komunikasi Belia (PKB):

  • Apple iPhone 5
  • Samsung Galaxy S3
  • Samsung Galaxy Mini 2
  • Samsung Galaxy S3 Mini
  • Samsung Galaxy Y
  • Samsung Galaxy Note 2
  • Samsung Galaxy Ace Plus
  • Samsung Galaxy Note
  • Samsung Galaxy Nexus
  • LG Optimus LE E400
  • HTC Desire C
  • HTC One X
  • HTC Wildfire S
  • HTC Desire X
  • HTC One S
  • Nokia Asha 311
  • Sony Xperia Tipo Single
  • Sony Xperia SL
  • Sony Xperia Ion
  • Sony Xperia S
  • Huawei Ascend P1
  • HTC Windows Phone 8X
  • Ninetology BlackPearl 2 i9400
  • Ninetology Stealth 2 i9500
  • Palette i5300
  • ZTE Acqua
  • Yes Buzz 4G Cloud Phone
  • Insight i9430

Harap selepas ini tiada lagi rungutan mengenai program ini. Sudah cukup menarik model-model yang ditawarkan. Apa pun sebelum membuat keputusan untuk memohon, pertimbangkanlah segala pakej yang ditawarkan dengan sebaik-baiknya.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan