BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

20 Disember 2012

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Beijing #4

The World's Longest Corridor - Summer Place - Beijing 2012
Kami diminta berkumpul di lobi hotel dan memulakan perjalanan tepat jam 9:00 pagi.

Aturcara utama pada hari ke 4 di Bejing akan merangkumi lawatan ke Summer Palace, Panda House - Beijing Zoo dan Hutong Street.

Perjalanan ke destinasi pertama iaitu Summer Palace tidaklah terlalu jauh dari hotel penginapan. Cuma semasa hendak keluar dari hotel, bas yang kami naiki tidak dapat keluar kerana laluan keluar tersekat dek deretan kereta tetamu yang tiba-tiba memenuhi hotel bagi menghadiri satu majis perkahwinan yang diadakan pada hari tersebut.

Namun begitu, akhirnya kami sampai juga ke Summer Place sekitar jam 10:00 pagi dan yang uniknya keadaan disekeliling masih lagi berkabus dan sangat nyaman.

Summer Palace


Diasaskan oleh Dinasti Jin (1115 - 1234) dan ditambah binaan serta diperindahkan dari satu dinasti ke dinasti yang lain. Sehingga ke dinasti terakhir iaitu Dinasti Qing (1644 - 1911), Summer Palace sudah menjadi taman diraja yang sangat eksklusif  untuk keluarga diraja berehat dan bersantai.




Tidak dinafikan sesuai dengan namanya, tempat ini sangat cantik. Dikelilingi oleh tasik dan kawasan berbukit menyerlahkan lagi fungsinya sebagai destinasi santai keluarga diraja dan kini sebagai tempat tumpuan pelancong.

The World's Longest Corridor - Summer Place - Beijing 2012
The World's Longest Corridor - Summer Place


Menyusuri koridor terpanjang didunia dan tanpa diduga, hampir 1 jam setengah kami berada disekitarnya untuk menikmati permandangan yang mengasyikkan.


Summer Palace - Beijing 2012
Summer Palace - Beijing


Panda House - Beijing Zoo


Setelah selesai aktiviti di Summer Palace, kami dibawa ke Panda House - Beijing Zoo untuk melihat beruang panda dengan lebih dekat. 


Olympics Games Panda House - Beijing Zoo
Olympics Games Panda House - Beijing Zoo


Memang tidak lengkap lawatan ke China jika tidak dapat melihat haiwan yang hanya terdapat di negara China.


Beruang Panda - Giant Panda In Action - Beijing Zoo
Giant Panda - Beijing Zoo



Pengalaman pertama kali melihat panda [Link] memang tidak dapat dilupakan walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan kanak-kanak tempatan. Haiwan ini sememangnya amat popular disini.

Tidak lama kami di sini, lebih kurang 45 minit seluruh pelusuk kawasan ini telah diteroka. Selesai semuanya kami bergegas untuk makan tengahari.

Hutong Street


Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Hutong Street untuk merasai sendiri pengalaman menaiki beca. Video mengenainya telah saya kongsikan pada penulisan lepas [Link].


Pengalaman Menaiki Beca Di Huting Street, Beijing
Hutong Street, Beijing

Memang agak menyeronokkan kerana tidak perlu berjalan kaki dan dibawa meronda-ronda dikawasan sekitarnya. Lagipun sakit kaki akibat mendaki Great Wall of China [Link] sehari sebelum itu masih belum pulih sepenuhnya. Bila ada aktiviti sebegini memang agak melegakan.

Secara amnya, aktiviti pada hari ke 4 ini memang agak padat. Penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan. Memang puas hati apabila dapat menikmati percutian dengan sepenuh hati walaupun sedikit kecewa dengan hidangan makan tengahari dan makan malam yang tidak menepati selera. Apa pun perkara tersebut memang sudahpun dijangkakan sejak awal lagi. Jadi ia bukanlah satu masalah  yang mampu mengugat keseronokkan percutian secara keseluruhannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan