BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

25 Disember 2012

Rokok Elektronik - Cerita Kedai Kopi

Rokok Elektronik - E Cigarette - Malaysia
Minggu lepas sesi cerita kedai kopi berkisar tentang rokok elektronik atau E-Cigarette [Link] yang semakin popular sekarang. Versi baharu yang telah dikemaskini diberitakan lebih canggih dan dapat memberikan lebih kawalan kepada penggunanya. 

Memang ada pro dan kontranya. Bagi pengguna yang telah mencuba rokok elektronik dan penghisap rokok konvensional, masing-masing dengan hujah mereka. Bila diteliti ada diantaranya cukup bernas dan masuk akal. Namun begitu masyarakat dan pihak berkuasa perlu melihat fenomena ini dengan lebih jauh lagi tentang kesannya terhadap masyarakat.


Rokok Elektronik - E Cigarette - Gadget Gaya Hidup?



Selangkah Untuk Berhenti Merokok


Yang telah menggunakkannya menyatakan bahawa mereka sudah berjaya menjauhkan diri daripada rokok konvensional. Testimoni daripada pengguna menyatakan secara positif bahawa mereka sudah selangkah untuk berhenti merokok.

Rokok Elektronik Melecehkan 


Penghisap rokok konvensional merasakan bahawa rokok elektronik masih tidak cukup hebat. Bagi mereka, mengecas bateri [Link] serta memasang "katrij" adalah kerja yang melecehkan. Ditambah lagi  apabila bateri lemah, keseronokkan merokok boleh terhenti! Semuanya dikuasakan oleh bateri! Sudah menjadi komitmen pula untuk mengecasnya setiap hari sedangkan sepatutnya merokok itu adalah perkara spontan tanpa komitmen!

Teori Konspirasi


Yang paling menarik ialah apabila ada yang mula mengaitkannya dengan Teori Konspirasi Yahudi. Maklumlah kebanyakan syarikat rokok antarabangsa berpusat di Amerika Syarikat dan diketahui umum mempunyai kepentingan yahudi. Tentunya syarikat-syarikat ini tidak senang dengan kehadiran rokok elektronik yang dianggap sebagai pesaing yang bakal menghakis pengusaan pasaran mereka jika tidak dibendung. Jadi kempen untuk memburuk-burukkan rokok elektronik mula tersebar.

Perokok konvensional yang beralih kepada rokok elektronik percaya bahawa mereka juga mampu memainkan berperanan dalam kempen memboikot barangan yang mempunyai kaitan dengan yahudi!

Niat


Bagi yang mula beralih kepada rokok elektronik kerana niat asalnya adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada rokok konvensional, saya ucapkan selamat mencuba. Manalah tahu ia boleh membantu untuk berhenti merokok sepenuhnya nanti.

Bagi yang memilih untuk rokok eletronik atas faktor untuk memboikot barangan berkaitan yahudi, ia juga satu tindakan yang boleh dipuji. Namun begitu, saya merasakan bahawa terlepas daripada cengkaman yahudi tetapi tersangkut pula pada pengeluar rokok elektronik yang kebanyakkannya berpusat di negara China tidak banyak bezanya

Manakala bagi yang beralih kepada rokok elektronik kerana ia adalah trend semasa, terus terang saya katakan bahawa jalan untuk keluar daripada tabiat merokok adalah masih lagi jauh!

Modifikasi


Inilah perkara yang paling merisaukan. Maklumlah apabila rokok elektronik semakin mendapat tempat tentu ada pihak yang terlebih kreatif  melakukan inovasi dan modifikasi terhadap komponen rokok elektronik tersebut. Modifikasi biasa yang boleh dijangkakan ialah memanjangkan hayat bateri untuk memaksimumkan jangkamasa penggunaannya.

Seperti yang diketahui, "katrij" tersebut dijual dipasaran dengan pelbagai perisa. Saya sebenarnya amat yakin bahawa ianya amat mudah untuk dimodifikasi untuk diisikan dengan pelbagai perisa lain yang lebih mengarut! Jangan terkejut jika satu hari nanti akan ada perisa ganja, methamphetamine atau "designer drug" yang menjangkaui pemikiran logik kita.

------------------

Secara peribadinya saya masih lagi berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa kedua-dua kaedah samada secara konvensional mahupun secara elektronik merupakan pembaziran dan membahayakan kesihatan. Mencari alternatif  kepada rokok konvensional atau beralih kepada rokok elektronik bukanlah penyelesaian. Malah mungkin boleh menyebabkan diri terjerumus terhadap ketagihan bentuk baharu.

Bagi perokok yang meracang untuk berhijrah dan menjadi lebih hijau, fikir-fikirkanlah. Tiada yang lebih hijau dan baik untuk semua melainkan dengan berhenti merokok sepenuhnya.

Terkini 

 

Kementerian Kesihatan pantau penjualan 'rokok elektronik'


2013/01/14 - 18:51:51 PM

BANGI: Kementerian Kesihatan memantau rapi penjualan rokok elektronik atau e-cigarette di pasaran bagi memastikan ia tidak menjejas kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kementerian telah mengesan terdapat rokok elektronik yang mempunyai cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan di pasaran.

"Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat' di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra hari ini.

Liow diminta mengulas kenyataan Pengarah kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan bahawa menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Akhir-Akhir ini, rokok elektronik yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dalam rokok itu dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di kalangan perokok.

Liow berkata pada ketika ini tiada kawalan berhubung penjualannya di negara ini kerana rokok elektronik tanpa cecair nikotin diguna untuk mengurangkan ketagihan perokok.

"Justeru, kita perlu meneliti kegunaan e-cigarette," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian mengawal penjualan cecair nikotin mengikut Akta Racun 1952 dan ia hanya boleh dibeli melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

"Kementerian Kesihatan mengawal penjualan cecair nikotin agar ia tidak boleh dijual sebarangan kerana penggunaan yang berlebihan dalam rokok eletronik akan meningkatkan ketagihan terhadap rokok dan memudaratkan kesihatan," katanya.

Selain itu, Liow berkata kajian terperinci akan dibuat untuk melihat bagaimana rokok elektronik boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan.

- BERNAMA


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan