BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Januari 2012

Januari 31, 2012

Skim SARA 1Malaysia

Apakah "Skim SARA 1Malaysia"?

Skim ini merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.


Apakah ciri-ciri istimewa Skim ini?

Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun. Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan AS 1Malaysia.


Apakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan untuk Skim ini?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta.


Berapa ramaikah peserta yang akan mendapat manfaat dari Skim ini?

Skim ini mensasarkan penyertaan sebanyak 100,000 isi rumah secara 'permohonan awal didahulukan'.


Adakah had penyertaan untuk setiap isi rumah?

Ya, hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman. Dalam Skim ini, isi rumah merujuk kepada individu yang layak memohon dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500 - RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
  1. Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
  2. Ibu atau bapa tunggal - Pendapatan kasar individu

Bilakah Skim ini dilancarkan?

Skim ini dilancarkan pada 12 Januari 2012.

29 Januari 2012

Januari 29, 2012

Saya Dah Dapat!


Saya Dah Dapat!

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga telah pun secara rasminya berada dipasaran sejak 16 Januari 2012

Namun begitu, hari ini baharulah berpeluang melihatnya dengan lebih dekat dan seterusnya memilikinya. Menerima duit syiling ini ketika menerima baki pembayaran dari kaunter pembayaran di sebuah pasar raya

Kecil dan ringan! Itulah dua perkataan yang sesuai untuk menggambarkan Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga ini. Memang tidak dinafikan agak janggal pada mula-mula menerimanya. Maklumlah sudah berbelas tahun dibiasakan dengan saiz duit syiling yang terdahulu


28 Januari 2012

Januari 28, 2012

Kisah Arnab Dan Kura-Kura

Di rumah kami ada 2 buah Komputer Peribadi (PC) untuk kegunaan keluarga. Salah satu daripadanya adalah Komputer Peribadi (PC) lama yang sudah berusia lebih 10 tahun

Kalau dibandingkan dengan yang sebuah lagi, memang prestasinya antara langit dengan bumi. Namun begitu, kalau setakat digunakan untuk bermain games mudah dan melayari internet tidaklah menjadi masalah.



Komputer (PC) Lama - Lambat Macam Kura-kura!


Nurin Iman memang tidak suka menggunakan Komputer Peribadi (PC) yang lama itu. Katanya lambat macam kura-kura! Maklumlah Komputer Peribadi (PC) lama begitulah karekternya. Sebenarnya kalau dia bersabar sedikit, ia masih lagi mampu melaksanakan tugasnya.

Saya pula membalas kata-kata tersebut dengan mengingatkannya tentang kisah arnab dan kura-kura. Walaupun lambat, kura-kura tetap menang sebab sifat bersabar dan konsistennya

Selepas mendengar kata-kata itu, boleh pula dia menghadap Komputer Peribadi (PC) lama tu dan bermain games kegemarannya tanpa banyak soal lagi!


27 Januari 2012

Januari 27, 2012

Harga Sony Tablet S Diumumkan

Sony telah secara rasminya mengumumkan harga Tablet S di Malaysia. Untuk model 16GB + WiFi, ia dijual dengan harga RM1499 manakala model 32GB + WiFi, ia dijual pada harga RM1799.

Kedua-duanya sudah boleh didapati melalaui "pre-order pakages" dan bagi mereka yang telah membuat "pre-order", penghantaran kepada pembeli akan bermula pada 28 Februari 2012.



Manakala bagi ahli My Sony dan Sony Store Member, mereka akan mendapat jemputan untuk membeli Tablet S pada 14 Februari 2011 serta akan mendapat ST Slip Case yang bernilai RM139 secara percuma dengan pembelian mana-mana model Tablet S.

Januari 27, 2012

Percutian Berkualiti Meningkatkan Produktiviti

Setelah beberapa kali mengalami keadaan yang sama, akhirnya Saya benar-benar yakin bahawa Saya dan mungkin ramai juga diluar sana mengalami masalah yang sama iaitu penurunan kadar produktivi sebaik sahaja pulang daripada bercuti.

Semuanya berpunca daripada aktiviti semasa percutian yang tidak diselaras dan disusun dengan baik. Benar cuti itu perlu dan bagus untuk mengurangkan tekanan dan sebagainya tetapi tanpa pengisian serta aktiviti yang betul, tentunya ia akan menjadi sesuatu yang menghalang peningkatan produktiviti. Disitulah paradoxnya.



Sehingga kini Saya pun masih lagi tercari-cari komposisi yang tepat dalam memastikan cuti dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada peningkatan produktiviti. Mungkin tiada formula khusus untuk mendapatkannya tetapi jika langkah-langkah ini diikuti, berkemungkinan akan meningkatkan kualiti percutian:

Merancang Dengan Baik

Buat persiapan dengan baik terutamanya destinasi yang dipilih, pilihan tempat penginapan, mengenal pasti aktiviti serta tempat menarik yang perlu dilawati dan merancang berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan. Jika memamdu sendiri, pastikan kenderaan telah diselenggara dengan baik dan mengkaji laluan yang bakal digunakan.

Bercuti Seringkas Mungkin

Bawa pakaian serta kelengkapan lain yang perlu sahaja. Dengan meminimumkan barangan yang dibawa tentu meringankan beg yang bakal dibawa. Lebih ringan dan ringkas tentunya lebih mudah untuk bergerak.

Datang Dengan Fikiran Terbuka

Percutian itu sendiri adalah aktiviti yang sangat mencabar. Banyak perkara yang perlu diteroka terutama melibatkan perkara-perkara yang tidak ditemui dalam kehidupan seharian. Bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mencuba sesuatu yang baru. Banyakkan bersabar serta mencuba untuk menikmati percutian itu sama ada baik atau buruk.

Daripada ketiga-tiganya, Saya lebih menumpukan kepada langkah pertama iaitu "Merancang Dengan Baik"  dimana komponen utamanya ialah mengenal pasti aktiviti bersesuaian.

Berikut adalah situasi biasa bagi mereka yang berkeluarga apabila bercuti didalam negeri : 

26 Januari 2012

Januari 26, 2012

Paradox Dalam Diri

Penyakit biasa apabila sudah lama bercuti ialah kesukaran untuk mengembalikan semula rentak dan frekuensi penulisan


Terasa begitu sukar untuk memulakan sesuatu penulisan walaupun ada banyak idea difikiran. Jadi Saya beranggapan dan membuat kesimpulan bahawa cuti yang agak panjang itu sesuatu yang tidak berapa bagus buat seorang blogger.  

Untuk mengembalikan frekuensi penulisan ke tahap sediakala pula kadang-kadang memakan masa yang agak panjang

Oleh yang demikian, melakukan sesuatu yang mampu memotivasikan diri perlu dilakukan.

24 Januari 2012

Januari 24, 2012

Bila Hujan Tak Perlu Bayar Tol!

Sejak seminggu yang lepas, sudah kerap kali hujan turun lebih kurang jam 2 petang. Keadaan akan jadi kelam kabut sedikit di sesuatu majlis perkahwinan kerana pada waktu itu adalah waktu ketibaan biasa bagi pengantin ke majlis perkahwinan

Cerita yang sama ketika kami tiba di sebuah majlis perkahwinan di Simpang Renggam semalam. Ketika rombongan pengantin lelaki sampai ke majlis tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Namun begitu Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar kecuali ada sedikit kesesakan di kawasan meja makan menyebabkan tetamu yang hadir sukar untuk mendapat meja kosong.




Maklumlah hujan, semua orang cuba mendapatkan tempat untuk berteduh. Kawasan untuk berteduh yang ada pula hanyalah di khemah tempat tetamu makan.  Jadi keadaan agak sedikit sesak di situ.

Tetapi ada pihak yang tentunya mengharapkan hujan ketika itu. Maklumlah adat di Johor ini agak unik sedikit. Rombongan pegantin lelaki akan ditahan di pelbagai tempat sebelum dibenarkan untuk duduk bersanding di pelamin.

Untuk melepasi semua halangan, pihak pengapit pengantin lelaki perlu memberikan sedikit saguhati kepada kumpulan atau individu yang membuat halangan. Mereka ini biasanya terdiri daripada sanak saudara sebelah pengantin perempuan. Senang cerita Orang Johor memanggil adat ini sebagai Tol! Mahu lalu kena bayar! 

22 Januari 2012

Januari 22, 2012

Proton Satria Neo S2000 - Ada Potensi Tetapi Belum Cukup Bagus!

Proton Satria Neo S2000
Proton Satria Neo S2000


Kekecewaan sekali lagi melanda pasukan Proton pada Kejohanan Rallye Monte-Carlo 2012, apabila pemandunanya Per-Gunnar Andersson telah bersara dari perlumbaan gara-gara kerosakkan mekanikal pada kenderaannya.

Pasukan Proton Motorsports telah menunjukkan potensi sebagai juara apabila mendahului kategori S-WRC sejak bermulanya perlumbaan pada hari Rabu yang lepas dan meninggalkan pelumba di tangga kedua pada kaetgori tersebut dengan kelebihan 7 minit.


Andersson held a seven-minute lead going into stage 16 and was on course for overall world championship points in ninth overall. Craig Breen, in a Ford Fiesta S2000, now leads the category.


Menurut pengurus Pasukan Proton Motorsports Chris Mellors, dengan kekuatan jentera yang telah mencapai potensi seperti yang telah ditunjukkan pada perlumbaan ini mereka berjanji untuk bangkit dengan lebih kuat bagi perlumbaan akan datang.

Sumber - S-WRC Official



21 Januari 2012

Januari 21, 2012

Sebentar Di Kota Tinggi

Bila bermula sahaja cuti panjang, perkara pertama yang telah dirancang tentunya balik ke kampung! 

Namun begitu selain daripada rancangan balik ke kampung, ada beberapa jemputan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri. Hari ini kami ke Bandar Kota Tinggi untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Jemputan dari  seorang rakan lama.




Memang sudah agak lama tidak ke Bandar Kota Tinggi. Kalau diikutkan sudah lebih 10 tahun Saya tidak ke sana. Jadi gambaran yang ada dalam pemikiran Saya tentunya tidak sama dengan gambaran sebenar.

Banyak perubahan yang telah berlaku di Bandar Kota Tinggi terutamanya kewujudan taman-taman baharu serta Stesen Bas Terminal Kota Tinggi yang telah beroperasi sebelum sampai ke Jambatan Kota. Disebabkan sudah banyak yang berubah, Saya beberapa kali telah tersilap jalan walaupun peta lokasi untuk ke majlis perkahwinan tersebut ada disertakan.

Bila sudah beberapa kali tersilap memasuki simpang, akhirnya ingatan sedikit demi sedikit telah kembali. Bermula dengan memilih jalan yang betul dan dengan bantuan peta lokasi yang diberikan, Alhamdulillah akhirnya kami berjaya mencari lokasi majlis.  

Memang sukar untuk mengembalikan ingatan tetapi bila sudah cukup dicabar dan dirangsang, semuanya sudah berjaya dipulihkan. Sesekali mencari arah tanpa bantuan GPS boleh jadi perkara yang menyeronokan.


Kredit, Imej - Virtual Malaysia


19 Januari 2012

Januari 19, 2012

Proton Satria - Masalah Timing Rendah

Petang semalam Saya ke bengkel kereta berdekatan dengan kediaman untuk meminta bantuan mekanik bagi mengenal pasti masalah pada kereta. Masalah yang tidak berapa seruis sebenarnya tetapi agak menggangu kelancaran dan keselesaan memandu jarak dekat.

Masalah yang dihadapi oleh Proton Satria ini ialah berkaitan dengan "Timing" enjin yang rendah ketika melahu (idle) dan ketika berhenti dipersimpangan. Kadang-kadang kalau nasib tidak baik, enjin kereta boleh mati tiba-tiba!

Saya memberitahu mekanik akan hal itu dan setelah membuat diagnosis mudah didapati bahawa, getah penghalang minyak (Oil Seal) untuk kebuk palam pencucuh telah keras dan mengakibatkan minyak masuk ke kebuk tersebut. Masalah bertambah rumit apabila kabel palam pencucuh (Spark Plug Cable) juga sudah tidak berapa bagus. 



Proton Satria 1.6 XLi
Proton Satria 1.6 XLi

Setelah berjaya mengenal pasti masalah tersebut, kerja-kerja pembaikan segera dilakukan. Untuk model Proton Satria 1.6, penutup kepala enjin (Engine Head Cover) perlu dibuka bagi menggantikan getah penghalang minyak (Oil Seal).


Proton Satria 1.6 XLi
Proton Satria 1.6 XLi

Alhamdulillah kedua-dua peralatan yang disahkan bermasalah itu telah selamat digantikan. Kerja-kerja ini dapat dilakukan dengan agak pantas kerana diagnosis awal mekanik terhadap masalah ini dilakukan dengan tepat.

Walaupun sudah membaikinya, kereta ini masih belum lagi dapat diuji sepenuhnya. Insyallah hujung minggu ini ia akan diuji secukupnya. Harap masalah ini sudah selesai sepenuhnya.





17 Januari 2012

Januari 17, 2012

Iklan Petronas Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2012 - "Coming Home"




For centuries, mankind have migrated from one place to another, in hopes of finding better opportunities. But no matter where they are, or how far they have come in life, they will always come home.

This Chinese New Year, let's celebrate the virtues that bind us all together, the spirit of resilience, determination and adaptability in turning challenges into opportunities and seeing the positive in the negative.


Januari 17, 2012

Perubahan Tidak Perlu Terlalu Drastik

Sambil-sambil berkunjung ke blog rakan-rakan, sempat juga Saya mengubah susun atur blog ini. Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan segala-galanya berjalan dengan baik.






Tiada rombakan besar-besaran dilakukan pada susun atur blog ini. Untuk tahun 2012, Saya cuba untuk menjadikan blog ini seringkas yang boleh. Oleh yang demikian Saya mengambil keputusan untuk mengurangkan kehadiran iklan pada blog ini.

Pengurangan iklan ini adalah sejajar dengan langkah menilai keberkesanan strategi yang telah dibuat untuk blog ini pada tahun lepas. Perubahan tidak perlu terlalu drastik.

Tiada lagi sebarang iklan di ruang sebelah kanan blog. Semuanya telah dipindahkan ke ruangan "Post" dan  "Header" blog ini. Ruangan disebelah kanan blog ini telah dikhaskan sepenuhnya untuk paparan maklumat, navigasi kandungan, integrasi halaman web sosial dan ruangan khas buat rakan blogger.


Saya berharap dengan mengurangkan jumlah iklan, ia akan membantu mempercepatkan lagi "Page Loading" dan seterusnya memudahkan pengunjung untuk meneroka blog ini. 

Namun begitu, segala usaha ini akan jadi sia-sia jika penulisnya diserang sindrom Writer's Block!


14 Januari 2012

Januari 14, 2012

Sony Tablet S - Umpama Lipatan Majalah

Pihak Sony telah mengumumkan bahawa tablet pertama keluarannya yang dikuasai oleh sistem pengoperasian Android dan dikenali sebagai Tablet S akan berada dipasaran Malaysia pada Februari 2012.

Tablet bersaiz 9.4 inci itu menampilkan rekabentuk yang agak radikal berbanding pesaingnya. Keunikan rekabentuknya seolah-olah diinspirasikan oleh lipatan majalah dan ini dapat dibuktikan apabila ketebalannya tablet ini adalah tidak sekata dari bahagian atas dan kebawah. Ketebalan dibahagian atas adalah 20.66mm manakala dibahagian bawah adalah 10.1mm.


Rekabentuk uniknya umpama lipatan majalah memberikan keselesaan kepada pengguna untuk menaip dan melihat paparan pada skrin apabila diletakkan diatas permukaan yang rata.


13 Januari 2012

Januari 13, 2012

Swiss Army Knife Alam Digital

Victorinox, pengeluar peralatan ikhtiar hidup terkenal dari Switzerland atau sebenarnya lebih dikenali melalui produk ikoniknya iaitu Swiss Army Knife telah pun memperkenalkan peranti Solid State Drive (SSD) terkecil berkapasiti tinggi.


Peranti hebat ini diperkenalkan pada Consumer Electronics Show (CES) yang berlangsung di Las Vegas tempohari merupakan peranti yang cukup lasak, mampu bertahan pada sebarang keadaan cuaca serta sesuai untuk kegunaan harian.

Victorinox SSD ini terdapat dalam pelbagai kapasiti bermula dengan 64GB, 128GB, 256GB dan kapasiti terbesarnya ialah 1TB. Menurut Victorinox lagi, peranti SSD tersebut turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang mampu melindungi data yang disimpan didalamnya.

Setiap unit Victorinox SSD didatangkan dengan 2 unit "Interchangeable Body" iaitu satu unit mesra penerbangan dan satu unit Swiss Army Knife klasik yang mengandungi pisau, gunting, pengasah kuku serta pemutar skru.

Mahu jadi seperi MacGyver alaf digital, gadget ini harus dimiliki!

12 Januari 2012

Januari 12, 2012

Bertukar Kepada MPV?

Bertukar Kepada MPV? Yang mana satu pilihan hati? Exora atau Avanza ataupun model MPV yang lain? Fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Bila bercerita pasal Multi Purpose Vehicle (MPV) teringat beberapa tahun yang lepas semasa segmen kenderaan ini mulai popular. Ramai kawan-kawan yang mengambil keputusan untuk bertukar dari kereta ke Multi Purpose Vehicle (MPV). "Upgrade" kata mereka ringkas.




Bertukar kepada MPV? - Fikir semasak-masaknya..
Bertukar Kepada MPV?


Selepas 4 atau 5 tahun kebanyakkan dari mereka ini kembali menggunakan kereta. "Kurang powerlah" kata mereka ringkas.


Bila Saya membuat sedikit penelitian dan tinjauan. Saya dapati pilihan untuk menggunakan MPV sebenarnya memang kurang sesuai untuk lelaki yang berumur 40 tahun kebawah.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih mengekalkan gaya pemanduan agresif. Segala-galanya menjadi serba tidak kena pada mereka sebaik sahaja bertukar kepada MPV. Semuanya perlu diselaraskan semula, terutamanya dari segi gaya pemanduan dan personaliti.

Bila penyelarasan gagal dibuat, mereka tentunya menyesal dan merasa tidak puas dengan keputusan yang dibuat, lalu mengambil keputusan untuk kembali menggunakan kereta!

Menurut seorang kawan, apabila seseorang itu sudah memilih MPV, mereka sebenarnya telah mula mahu berubah dari agresif kepada yang lebih tenang. Seolah-olah inilah masa yang sesuai untuk settle down.


Tetapi menurut seorang kawan yang lain, apabila seseorang itu kembali menggunakan kereta tentunya ada yang tidak kena. Err.. Tips bagi perempuan single. Jangan cuba dekat dengan lelaki yang memandu MPV.  Mereka tentunya suami orang! :D


10 Januari 2012

Januari 10, 2012

SMS Scam Dan Penipu

Ingatkan SMS scam dan penipu cara ini sudah tidak wujud lagi.

Rupa-rupanya masih ada saki baki sindiket penipuan menggunakan cara ini yang masih lagi bergiat aktif.  

Malas hendak memberi reaksi dan memberi publisiti percuma pada "scammer" dan "penipu" ini. Selalunya apabila menerima SMS sebegini terus sahaja memadamnya dari telefon.


Cuma kali ini yang SMS diterima menuju ke talian broadband mudah alih yang sedang digunakan. Terus membuat "Screen Capture"  untuk dijadikan bahan untuk penulisan di blog!


Tahniah sim kad Anda Tlh Meraih HADIAH Percuma
"RM 19,000.00" dari SHELL HELIX

08 Januari 2012

Januari 08, 2012

Kalau 901 Yang Ini, Saya Suka!

Tak pasti sama ada "in-flight meal" ini masih lagi terdapat dalam menu Air Asia.

Menikmatinya ketika dalam penerbangan ke Macau pada tahun 2008. Harganya pun Saya sudah lupa, maklumlah cerita lama. Tapi seingat Saya, rasanya boleh tahan sedap! 


Kalau 901 yang ini, Saya suka! :D

Beberapa bulan yang lalu Saya ada menaiki pernerbangan Air Asia dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan kembali semula ke Johor Bahru pada hari yang sama.

Namun begitu untuk perjalanan kurang dari satu jam, Saya memang jarang memesan makanan. Lagipun untuk perjalanan sesingkat itu rasanya tidak berbaloi untuk makan!


Hehe.. 1901 Hot Dog untuk lebih tepat lagi!

Jadi Saya tidak kisahkan sangat tentang apa menu terbaharu yang ada dalam penerbangan itu. Asalkan dapat segera sampai ke destinasi dan menyelesaikan tugas, itu yang lebih diutamakan.




07 Januari 2012

Januari 07, 2012

Cukai Awal Tahun!

Selain daripada memastikan segala persiapan persekolahan anak-anak berjalan dengan lancar, ada perkara penting lain yang perlu juga diselesaikan pada awal tahun iaitu menjelaskan cukai.

Bagi pemilik hartanah, cukai biasa yang perlu dijelaskan ialah Cukai Harta dan Cukai Tanah.  


Cukai Harta

  • Pembayaran cukai perlu dijelaskan 2 kali setahun.
  • Penggal I bermula dari 1 Januari sehingga 28 Februari.
  • Penggal II bermula dari 1 Julai sehingga 30 Ogos pada setiap tahun.

Cukai Tanah

  • Hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun. 
  • Dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu.. 
  • Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa. 

Bagi Cukai Harta selalunya tidak menjadi masalah kerana pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya) biasanya akan menghantar bil tuntutan pada awal tahun dan pertengahan tahun. Jadi sebaik sahaja menerima bil tuntutan, biasanya pembayaran telah boleh dilakukan. 

Berlainan pulan dengan Cukai Tanah, memang tiada langsung bil tuntutan yang akan dihantar kepada pemilik hartanah oleh Pihak Berkuasa Pejabat Tanah Dan Galian (PTG)

Oleh kerana tiada bil tuntutan, kebarangkalian untuk terlupa membayarnya itu sangat tinggi! Namun begitu terdapat inisiatif oleh pihak PTG negeri yang biasanya menggunakan papan iklan di lokasi strategik untuk mengingatkan pemilik hartanah supaya menjelaskan Cukai Tanah.


Khas buat rakyat di negeri Johor, Pihak Berkuasa Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) telahpun melancarkan Kempen Bulan Membayar Cukai Tanah  2012 bermula dari 1 Januari 2012 sehingga 31 Januari 2012.

05 Januari 2012

Januari 05, 2012

10 Tips Hebat Untuk Dikongsi Bersama

10 Tips Hebat Untuk Dikongsi Bersama
Diam tak diam, sepanjang Saya menulis di blog ini sudah agak banyak juga Saya kongsikan pelbagai Tips.

Kebanyakkan Tips yang ditulis pada blog ini adalah berdasarkan daripada pengalaman Saya sendiri.

Berikut adalah 10 Carian Popular tentang Tips yang singgah diblog ini melalui enjin carian dan Saya simpulkan sebagai 10 Tips Hebat Untuk Dikongsi Bersama:

  1. Tips Membeli Kenderaan Terpakai
  2. Tips Berhenti Merokok
  3. Tips Mengutip Hutang
  4. Tips Membangunkan Anak Bersahur
  5. Tips Membeli Komputer Peribadi atau Laptop
  6. Tips Bagi Bakal Graduan
  7. Tips Mengelakkan Pembelian Impulsif 
  8. Tips Berblog Dengan GPRS 
  9. Tips Hebat Memujuk Anak Makan 
  10. Tips Fair Usange Policy


Walalupun ada diantaranya kelihatan seperti tidak masuk akal, Saya boleh katakan 90 peratus daripadanya telah pun dibuktikan keberkesannya pada diri Saya sendiri.

04 Januari 2012

Januari 04, 2012

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak (HSI) - Januari 2012

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Bagi Bulan Januari 2012.

Buat warga Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.


Tarikh Tempat Penganjur Masa
01/01/2012
(Ahad)
Kipmart, Masai Tabung Darah HSIJB (07-3565000 ext 4134/4146) 09:00am - 04:00pm
07/01/2012
(Sabtu)
Giant Tampoi Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
09:00am - 04:00pm
08/01/2012
(Ahad)
KSL City Persatuan Hainan Johor Bahru
(019-7775616)
09:00am - 04:00pm
14/01/2012
(Sabtu)
Mainetti Sdn Bhd Mainetti Sdn Bhd
(07-5122868)
09:00am - 04:00pm
15/01/2012
(Ahad)
SRJKC Yu Ming Pekan Nenas YMM Pekan Nenas
(019-7292527)
09:00am - 03:00pm
22/01/2012
(Ahad)
Giant Nusa Bestari Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
09:00am-04:00pm
22/01/2012
(Ahad)
Giant Plentong Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
09:00am - 04:00pm
23/01/2012
(Isnin)*PH
@Mart Kempas Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
09:00am - 04:00pm
23/01/2012
(Isnin)*PH
Kompleks Setia Indah Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
11:00am - 05:00pm
24/01/2012
(Selasa)*PH
@Mart Kempas Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
09:00am - 04:00pm
24/01/2012
(Selasa)*PH
Econsave Desa Cemerlang Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
11:00am-05:00pm
28/01/2012
(Sabtu)
Tesco Sri Alam Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am - 04:00pm
29/01/2012
(Ahad)
Tesco Sri Alam Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am - 04:00pm


Pendermaan darah juga boleh dilakukan di Unit Tabung Darah, Tingkat 4, Hospital Sultan Ismail. Waktu operasi adalah seperti berikut :

Isnin hingga Jumaat - 8.00am hingga 4.30pm  
(Juga dibuka pada waktu rehat tengahari) 
Sabtu/Ahad/Cuti Kelepasan Am - Tutup



03 Januari 2012

Januari 03, 2012

Tutorial Memakai Tudung Dalam Masa 10 Saat!

Oleh : Nurin Amani


02 Januari 2012

Januari 02, 2012

Kematian Itu Pasti #4

Baru lebih kurang 2 minggu kami kehilangan seorang ahli keluarga. Hari ini kami dikejutkan lagi dengan berita yang tidak disangka-sangka. Mendapat berita tentang kematian ini daripada ibu mertua, namun begitu ceritanya agak kabur dan tidak jelas. 

 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Diberitahu bahawa Pakcik meninggal dunia ketika berkelah di Pantai Sepat, Kuantan. Pada mulanya kami menyangka bahawa hanya pakcik sahaja terlibat tetapi apabila sampai di rumah, Azza segera memeriksa Facebook untuk mendapat kepastian. Rupa-rupanya selain daripada Pakcik, anaknya (sepupu kami) juga terlibat dalam kemalangan itu.

Selain daripada itu, laporan daripada Berita Harian bersumberkan BERNAMA mengesahkan kejadian tersebut.



 Sumber Asal

Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. Maksud Firman Allah s.w.t: "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." (Surah Ali Imran ayat 185 )

Kali ini 2 orang ahli keluarga dari sebelah isteri pula telah dijemput Illahi. Takziah buat keluarga Pakcik. Semoga mereka tabah menghadapi 2 kematian serentak insan tersayang. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang  yang beriman. Amin.

Kematian itu pasti..