BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Februari 2012

Februari 29, 2012

Kemalangan Di Litar Daytona 500 - Juan Pablo Montoya Terselamat

Lama sudah tidak mendengar cerita mengenai bekas pelumba Formula 1 (F1) iaitu Juan Pablo Montoya.

Sejak beliau meninggalkan siri perlumbaan Formual 1 (F1) dan beralih ke perlumbaan NASCAR di Amerika Syarikat tidak banyak cerita mengenainya disiarkan. Lagipun perlumbaan NASCAR secara umumnya tidak begitu popular di Malaysia.

Namun begitu nama beliau tiba-tiba menjadi antara carian paling popular di  internet, semuanya gara-gara kemalangan di litar perlumbaan Daytona 500.  Kereta yang dipandu oleh Juan Pablo Montoya telah melanggar Trak keselamatan mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbakar! 


28 Februari 2012

Februari 28, 2012

Menurut Kajian iPad Lebih Banyak Digunakan Di Rumah!

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Firma AYTM (Ask Your Target Market) terhadap pemilik gadget iPad di Amerika Syarikat mendapati bahawa 59 peratus pengguna menggunakan gadget tersebut ketika berada di sofa atau di atas katil. 



Hasil kaji selidik ini agak mengejutkan kerana gadget iPad yang selama ini disangka lebih banyak digunakan ketika penggunanya didalam perjalanan atau berada di luar adalah tidak berapa tepat.

Berdasarkan kajian tersebut juga mengesahkan secara tidak rasmi bahawa gadget tablet memang berpotensi besar menggantikan komputer peribadi dalam masa terdekat jika trend ini berterusan.


27 Februari 2012

Februari 27, 2012

Erykah Badu - The Star Bikin Panas!

Hari ini The Star telah memohon maaf kerana menyiarkan gambar kontroversi Erykah Badu yang menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia.

Entah apa masalah akhbar ini. Semacam tidak sensitif  dengan agama serta budaya majoriti rakyat di negara ini.



26 Februari 2012

Februari 26, 2012

Aktiviti Hujung Minggu #2

Kami ke sekolah semalam kerana ada Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi  Tahun 2011. Alhamdulillah tahun ini Saya dapat menyertainya. Tahun lepas tidak dapat menghadirinya kerana terpaksa bekerja. 

Mesyuarat berjalan seperti yang dirancang. Segala minit mesyuarat dan laporan kewangan tahun terdahulu telah disahkan.

Kini tiba masanya untuk memilih Yang Di Pertua PIBG berserta timbalannya dan Ahli Jawatan Kuasa Kerja (AJK) yang baharu. Tetapi sebelum pemilihan dijalankan, awal-awal lagi Yang Di Pertua PIBG serta timbalannya bagi sesi yang terdahulu meminta diri mereka tidak dicalonkan lagi kerana mereka sudah tiada anak yang bersekolah di sekolah itu lagi. Lagipun menurut mereka sudah sampai masa kepimpinan baharu mengambil alih.

Pada mesyuarat itu terdapat 2 usul yang dikemukakan iaitu mengenai yuran PIBG sebanyak RM30 bagi setiap keluarga serta bayaran RM10 bagi setiap murid untuk menampung penggunaan kertas bagi setiap pelajar. Seperti biasa apabila melibatkan soal pembayaran tentu akan ada pihak yang menyuarakan tentang relevennya bayaran RM10 yang akan dikenakan bagi setiap pelajar. Namun begitu setelah mendapat penjelasan yang sewajarnya daripada wakil pihak sekolah, usul tersebut akhirnya diterima sebulat suara.


Kemuncak kepada aturcara majlis pada hari itu adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Pelajar-pelajar cemerlang dari semua aliran termasuk pendidikan khas telah diberikan pengiktirafan sewajarnya terhadap kecemerlangan mereka.



24 Februari 2012

Februari 24, 2012

Berblog Secara Serius? Sengaja Mencari Isu

Bila sudah kering idea hendak menulis, mulalah gatal tangan nak menyelongkar "coding" dan "widget" di blog.





Rasanya tiada apa yang nak ditambah lagi kerana semuanya berfungsi dengan baik. Memandangkan tiada apa yang perlu ditambah, maka tumpuan diarahkan kepada apa yang perlu dikurangkan.

Tentunya ada beberapa "widget" dan "iklan" yang dirasakan semakin kurang efektif dan perlu dirombak semula peranannya. Maka secara rasminya, Saya dengan berat hati terpaksa membuangnya demi kelangsungan blog ini. 

Kali ini yang menjadi mangsa adalah "widget" iklan bersaiz 468 x 60 dan "widget" komen terkini yang selama ini tanpa jemu menemani pengunjung blog. Masih belum terfikir untuk meletakkan "widget" yang lain bagi menggantikan kedua-duanya. Mungkin hujung minggu ini akan mendapt ilham tentang apa yang patut dibuat dengan ruang tersebut. 

Jika tidak dimaksimumkan penggunaannya terasa rugi tetapi jika digunakan tetapi tidak efektif pun rugi juga! Hmmm.. ini adalah antara isu yang sepatutnya tidak menjadi isu pun.

Yang pastinya semakin kurang "widget" di blog akan membantu kecepatan akses.

23 Februari 2012

Februari 23, 2012

Cenderahati Dari Pengendali Blog Nota Dari Faura

Balik dari sesi pengenalan UniFi di Wisma TM Taman Sentosa, Saya menerima satu kiriman yang dihantar oleh blogger suami isteri iaitu Rahman & Fauziah yang mengendalikan blog Nota Dari Faura.

Berat juga kiriman itu. Teringin sangat hendak mengetahui isi kandungannya walupun sudah diberitahu ianya merupakan cenderahati semasa dihubungi melalui email tempohari :D



Setelah dibuka rupa-rupanya terdapat pelbagai cenderahati berkaitan dengan Sabah Negeri di Bawah Bayu seperti rantai kunci, magnet peti sejuk dan dompet didalamnya. Memang cukup meriah! Patutlah berat!




Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada mereka berdua (Rahman & Fauziah) kerana sanggup bersusah payah mengirimkan cenderahati tersebut walaupun tempoh perkenalan di alam siber ini sebenarnya agak baru juga. Semoga persahabatan ini kekal mesra sampai bila-bila.


Februari 23, 2012

UniFi Sudah Sampai Ke Johor Bahru

Semalam hampir separuh hari Saya tiada di pejabat. Ada jemputan daripada TM sempena sesi pengenalan produk TM serta perkhidmatan UniFi yang diadakan di Wisma TM Taman Sentosa.



Taklimat dan pengenalan produk bermula sekitar jam 10:00 pagi itu dimulakan dengan sedikit jamun ringkas. Melalui sesi ini TM memperkenalkan semua pakej berkaitan UniFi untuk sektor kerajaan terutamanya sekolah dan swasta. Rasanya tiada maklumat baharu yang ditambah sejak pelancarannya tahun lepas.

Apa pun selesai sahaja sesi penerangan, peserta diberi peluang untuk merasai sendiri perkhidmatan IPTV yang disertakan dengan UniFi untuk pakej pengguna. Boleh tahan juga kualiti gambarnya. Cuma untuk saluran premium pengguna perlu melanggan untuk menonton.

Secara peribadinya UniFi lebih sesuai dimaksimumkan penggunaannya di sektor perniagaan dan pendidikan kerana faktor kos yang lebih murah dan kelajuan yang lebih tinggi berbanding produk jalur lebar berasaskan teknologi "copper". Cuma kekangan tentunya adalah kawasan liputannya buat masa ini yang hanya merangkumi 60 hingga 70 peratus kawasan di daerah Johor Bahru, kawasan perindustrian terpilih dan kawasan pembangunan ISKANDAR


21 Februari 2012

Februari 21, 2012

NJOI Siaran TV Satelit Percuma Di Malaysia

TV Satelit Percuma Malaysia - NJOI (ASTRO)
NJOI memberikan pengguna di Malaysia akses kepada pendidikan berkualiti, informasi, hiburan serta sukan tanpa bebanan dan komitmen bayaran bulanan.

Pakej NJOI merangkumi seunit set-top box, piring satelit Out-door Unit (ODU), kad pintar dan alat kawalan jauh. Pakej ini boleh didapati dari pengedar Astro yang sah dengan harga RM288 sekali bayar dan kos pemasangan sebanyak RM100

Dengan adanya perkhidmatan ini membolehkan pengguna mengakses siaran dan program yang berkualiti daripada Astro secara percuma.  

Ini merupakan langkah yang penting buat syarikat seperti Astro untuk kekal sebagai saluran pilihan pengguna untuk hiburan di rumah.
 

Februari 21, 2012

Proton Exora Bold - Pandu Uji Singkat

Semalam seperti biasa Saya dan rakan-rakan turun ke kafeteria di dalam bangunan tempat Saya bekerja untuk makan tengahari. 

Sebaik sahaja sampai di depan pintu masuk kafeteria ada sebuh MPV, Proton Exora Bold sedang menanti untuk dipandu uji.  Memang pada mulanya Saya tidak ambil kisah mengenainya kerana perut sudah terlalu lapar dan perlu diisi segera. Jadi selesaikan dahulu urusan yang sepatutnya.



Proton Exora Bold - Bahagian Hadapan


Selesai makan tengahari, jurujual Proton yang membawa kenderaan tersebut mempelawa salah seorang daripada kami untuk mencuba memandu uji kenderaan tesebut. Ternyata pelawaan itu disambut oleh salah seorang rakan kami. Memandangkan kenderaan itu cukup luas dan besar untuk memuatkan semua, kami mengambil keputusan untuk menyertai pandu uji tersebut sebagai penumpang.



Proton Exora Bold - Bahagian Dalaman



Saya memilih untuk duduk dibahagian penumpang dibelakang pemandu. Tanggapan pertama sebaik sahaja masuk ke ruang tersebut ialah kenderaan ini agak luas dan kemas! 

Namun begitu kami tidak berminat untuk menghayati keluasan MPV tersebut kerana itulah antara sebab utama kenapa ia dicipta.

Sebenarnya kami lebih teruja untuk menghayati kuasa pecutan yang mampu dijana oleh enjin terbaharu keluaran Proton yang berkuasa Turbo atau lebih dikenali sebagai Campro Charged Fuel Efficiency (CFE) dengan kapasiti penuh penumpang. 



Proton Exora Bold - Pandangan Belakang



Setelah mengalaminya sendiri, Saya amat yakin dengan kuasa enjin yang baharu ini. Walaupun hanya sebagai penumpang memang terasa kuasa pecutannya. Ditambah lagi dengan transmisi CVT, memang membantu kelancaran kuasanya. Tahniah Proton!

Secara peribadinya Saya agak menyukai karakter MPV ini tetapi untuk memiliki kenderaan seperti ini bukan menjadi keutamaan buat masa sekarang. Namun begitu, bagi yang sedang mencari sebuah MPV berharga dibawah RM100k, pastikan Proton Exora Bold termasuk didalam senarai yang perlu dipandu uji dan dipertimbangkan.


20 Februari 2012

Februari 20, 2012

Dividen 6 Peratus Terhadap Caruman KWSP 2011!




Tentunya inilah berita yang ditunggu-tunggu oleh golongan pekerja terutamanya di sektor swasta iaitu pengumuman mengenai dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Alhamdulillah inilah dividen yang tertinggi dalam masa 10 tahun yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kadar tersebut adalah peningkatan sebanyak 0.2 peratus berbanding dividen untuk caruman tahun 2010.

Diharap prestasi dan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kekal kompetetif untuk tahun-tahun yang akan datang.

19 Februari 2012

Februari 19, 2012

Kalau Nasib Tidak Baik..

Kadang-kadang kalau nasib tidak baik peralatan yang sepatutnya membantu dan memudahkan kita boleh juga menyusahkan kita.

Tidak perlu lihat jauh-jauh. Contoh yang paling mudah ialah troli yang ada di hypermarket serta pusat membeli belah.

Kalau nasib tidak menyebelahi kita tentu akan mendapat yang kurang sempurna. Oleh kerana kurang sempurna tentunya ia akan menyukarkan kawalan serta memerlukan tenaga yang lebih untuk mengendalikannya. 






Jadi pihak yang berkenaan perlulah lebih peka dan sentiasa memantau perlatan dan perkhidmatan yang disediakan. Maklumlah tujuan asal yang murni itu kadangkala boleh jadi akan menyusahkan pengguna jika peralatan dan perkhidmatan yang ada tidak berada dalam keadaan yang memuaskan.

18 Februari 2012

Februari 18, 2012

OS X Mountain Lion

Semalam Apple Inc telah melancarkan versi pra tonton kemaskini terbaharu OS X untuk para pembangun perisian yang digelar Mountain Lion. Diberitahu bahawa kemaskini terbaharu ini memiliki dan diintegrasikan dengan ciri-ciri yang ada pada iPhone dan iPad


Menurut pihak Apple kemaskini terbaharu ini akan dijual pada musim panas ini iaitu setahun selepas ia mengeluarkan OS X Lion. Versi pra tonton ini akan digunakan untuk membantu para pembangun perisian membina aplikasi yang dapat memaksimumkan ciri-ciri baharu sistem pengoperasian tersebut.

Mountain Lion akan dilengkapi dengan Game Center, aplikasi iPhone yang menyimpan skor tertinggi permainan dan membantu pengguna mencari lawan dalam talian. Ia akan diintegrasikan dengan iCloud, perkhidmatan penyimpanan data Internet yang baharu yang direka untuk peranti mudah alih.


17 Februari 2012

Februari 17, 2012

3 Bank Menaikkan Kadar Faedah Terhadap Bagi Tertunggak Kad Kredit Mulai 1 Mac 2012

Berkuatkuasa pada 1 Mac 2012, 3 buah bank telah mengumumkan kenaikan kadar faedah terhadap baki tertunggak kad kredit serta kenaikan dalam caj pembayaran lewat sebanyak 2 kali ganda.

Bank-bank yang telah mengumumkan kenaikan tersebut adalah Citibank, Ambank dan Hong Leong Bank.

Berikut adalah jadual perbandingan kadar yang dikenakan terhadap pemegang kad kredit bermula 1 Mac 2012 bagi ketiga-tiga bank tersebut.




Citibank Ambank Hong Leong Bank
Pembayaran tepat selama 12 bulan 15% 15% 15%
Pembayaran tepat selama 10 daripada 12 bulan 17% 17% 17%
Pembayaran tepat kurang daripada 10 bulan 17.5% 18% 18%
Caj Pembayaran Lewat Minimum RM10 atau 1% daripada baki belum jelas, yang mana lebih tinggi, dan sehingga maksimum  
RM 75
Minimum RM10 atau 1% daripada baki belum jelas, yang mana lebih tinggi, dan sehingga maksimum RM100   Minimum RM 10 atau 1% daripada baki belum jelas, yang mana lebih tinggi, dan sehingga maksimum 
RM75



Bank Negara Malysia (BNM) melalui jurucakapnya menegaskan bahawa kenaikan tersebut bukanlah atas arahan Bank Pusat tersebut sebaliknya diputuskan oleh bank-bank terbabit. Namun begitu kadar kenaikan itu masih selaras dengan garis panduan kad kredit yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

16 Februari 2012

Februari 16, 2012

FOREX Haram Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan


FOREX  Haram Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan

Sebenarnya sudah lama isu FOREX ini menjadi polemik dalam masyarakat. Akibat kurang jelas tentang statusnya, ramai juga yang menyertainya. Lebih-lebih lagi sejak meningkatnya kadar penembusan internet di negara ini, maka lebih pesatlah perkembangannya.

Biasanya kita disajikan dengan cerita-cerita kejayaan pedagang FOREX ini. Namun begitu Saya juga percaya ramai juga yang telah tersungkur melaluinya.

Kadang-kadang dalam sesi borak-borak kedai kopi ramai juga kawan-kawan yang membincangkan hal ini.

Pendirian Saya agak jelas mengenai isu ini sejak dahulu lagi. Selalunya Saya memberitahu mereka dan menyatakan pendapat bahawa apa-apa urusan yang berkaitan dengan spekulasi adalah haram disisi agama Islam. Malah berdagang di pasaran saham pun boleh jadi haram jika melibatkan aktiviti berbentuk spekulasi, kaunter tidak halal dan isu pemilikan yang kurang jelas. Tetapi siapalah kita untuk memberitahu.. 

14 Februari 2012

Februari 14, 2012

Sakit Adalah Sesuatu Yang Tidak Dijangka

Pulang dari kerja semalam, Saya singgah di Hospital Pakar Putri, Johor Bahru untuk melawat seorang rakan sekerja yang sakit.


Masih tidak diketahui punca dan jenis penyakit yang dihidapi kerana esok baharulah beliau dijadualkan untuk menjalani beberapa ujian lanjut. Namun begitu sesuatu yang tidak disangka-sangka telah ditemui semasa ujian awal yang telah dilakukan oleh Doktor. 

Rupa-rupanya selama ini beliau telah menghidap diabetes tanpa menyedarinya. Nampaknya belum pun selesai masalah yang sedang dihadapi, satu masalah lagi datang menimpanya.

Memang berat dugaan yang beliau hadapi. Diharap beliau dapat menghadapi situasi yang tidak terduga ini dengan penuh ketenangan. Dalam menghadapi situasi yang amat sukar ini, sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan adalah penting. 

13 Februari 2012

Februari 13, 2012

Adele Hebat Di Grammy Award Dengan 6 Kemenangan



Penyanyi bersuara emas ini mengungguli Anugerah Grammy kali ke 54. Memang sudah diduga kemenangan beliau berdasarkan pencapaian albumnya yang berjudul "21" yang terjual sebanyak 6.3 juta unit di Amerika Syarikat dan menduduki tempat pertama di carta album Billboard selama 19 minggu.

Adele, whose album "21" was among the smash hits of 2011, took the stage and thanked her doctors, who performed surgery on her throat last year. "Seeing as it's a vocal performance I need to thank my doctors, I suppose, who brought my voice back," she said. 

Kategori yang dimenangi :

  1. Album of the Year - 21 
  2. Record of the Year - Rolling in the Deep
  3. Song of the Year - Rolling in the Deep
  4. Best Pop Solo Performance - Someone Like You
  5. Best Pop Vocal Album - 21
  6. Best Short Form Music Video - Rolling in the Deep

 
Februari 13, 2012

Tanpa Acara Hiburan Majlis Perkahwinan Meriah Juga

Semalam, Saya sekeluarga ke sebuah majlis perkahwinan. Memandangkan pada hari itu ada Sambutan Maulidur Rasul di masjid berdekatan, maka tiada sebarang acara hiburan yang disediakan oleh pihak tuan rumah bagi menghormati majlis.




Berjumpa dengan beberapa kenalan di majlis tersebut dan kesemuanya bersetuju bahawa inilah majlis perkahwinan yang paling tenang pernah mereka hadiri.

Tiada langsung kedengaran bunyi lagu, celoteh DJ daripada pembesar suara mahupun suara nyanyian karaoke daripada hadirin. 

12 Februari 2012

Februari 12, 2012

Proton Satria Neo S2000 - Sah Kejuaraan S-WRC Rally Sweden Milik Proton!

Proton Satria Neo S2000 - Sah Kejuaraan S-WRC Rally Sweden Milik Proton!
Proton Satria Neo S2000 - Sah Kejuaraan S-WRC Rally Sweden Milik Proton!


Memang sah kejuaraan Rally Sweden bagi kategori S-WRC adalah milik Pasukan Proton Motorsports melalui pemandu sensasinya Per-Gunnar Andersson. Secara rasminya pasukan ini telah berjaya memungut mata di WRC! Tahniah Proton!

Kemenangan yang tentunya amat membanggakan rakyat Malaysia. Sepanjang minggu ini Saya mengikuti perkembangan Rally Sweden terutamanya bagi kategori S-WRC memang terasa debarannya.

Maklumlah Proton Satria Neo S2000 ini telah mendahului sejak hari pertama perlumbaan lagi dan pada hari kedua terdapat sedikit masalah teknikal, namun ia berjaya diatasi dan meneruskan hari ketiga dengan cemerlang sehingga mencapai misi yang telah ditetapkan oleh pasukan.

Kejayaan ini tentunya mengubat duka Pasukan Proton Motorsports yang terlepas kejuaraan pada Rallye Monte-Carlo 2012 pada bulan Januari yang lalu.

Memang terbukti jentera ini memang mampu bersaing dengan jentera-jentera lain yang lebih hebat dan terkenal. Selepas ini perlumbaan akan berlangsung di Portugal pada hujung bulan Mac. Semoga kecemerlangan ini berterusan.


Sumber, Crash.net, Paul Tan



Februari 12, 2012

Proton Satria Neo S2000 - Masih Mengekalkan Kelebihan Di Hari Kedua Rally Sweden

Proton Satria Neo S2000
Proton Satria Neo S2000


Memulakan hari kedua Rally Sweden dengan kelebihan 2 minit. Walau bagaimanapun Per-Gunnar Andersson terpaksa melihat kelebihan yang dimilikinya pada perlumbaan katageri S-WRC itu dihakis oleh pesaing terdekatnya Craig Breen yang memandu jentera Ford

Bagaimana pun selepas pihak Pasukan Proton Motorsports menukar kesemua "damper" pada jentera yang dipandu oleh Per-Gunnar Andersson, beliau telah berjaya menamatkan perlumbaan pada hari kedua dengan kelebihan 3 minit.



Proton Satria Neo S2000
Proton Satria Neo S2000

Pengurus pasukan Chris Mellors menerangkan situasi yang dihadapi oleh Per-Gunnar Andersson, "Akibat daripada "damper" yang membeku, telah menyebabkan pengendalian jentera itu semakin sukar. Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihak pasukan mengambil keputusan untuk menukar kesemuanya." Hanya 30 minit diperlukan untuk menukar kesemuanya.

Semoga kelebihan yang diperolehi pada hari kedua akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses untuk memberikan mata pertama dalam siri perlumbaan S-WRC.


Sumber,  S-WRC Official , Paul Tan.


11 Februari 2012

Februari 11, 2012

Proton Satria Neo S2000 - Mendahului Hari Pertama Rally Sweden

Proton Satria Neo S2000
Proton Satria Neo S2000



Proton Satria Neo S2000 telah mendahului hari pertama perlumbaan kategori S-WRC pada Rally Sweden yang bermula semalam melalui pemandunya Per-Gunnar Andersson.

“It’s been a good day,” said Andersson. “We struggled a little bit in the final stage - lots of gravel had come through on the road and we lost the studs from the tyres. We do seem to be struggling for traction, we’re going to have a look at what we can do for the car.

Beliau juga telah memastikan bahawa jentera Proton Satria Neo S2000 yang dipandunya mendahului dengan kelebihan 2 minit terhadap pencabar terdekatnya Pontus Tidemand yang memandu jentera Skoda.

Diharap pada perlumbaan kali ini, misi Pasukan Proton akan tercapai untuk memungut mata dalam kejohanan S-WRC seterusnya mengubati kekecewaan pada perlumbaan lepas di Monte Carlo.


sumber, S-WRC Official



Februari 11, 2012

Teknologi Pencetak 3D Bakal Popular

Apabila The Pirate Bay mengumumkan bahawa pihak mereka bakal menyediakan ruang baharu untuk pengguna memuat turun serta berkongsi fail berkaitan dengan teknologi mencetak secara 3 Dimensi (3D Printing), ramai yang ingin mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut lagi. Apakah sebenarnya teknologi mencetak secara 3 Dimensi (3D printing)?


Mencetak Secara 3 Dimensi (3D Printing)?

Fail-fail yang terdiri daripada rekaan produk boleh dicetak secara 3 Dimensi (3D) bagi dijadikan produk seperti mug dan alatan permainan menarusi pencetak khas 3 Dimensi (3D Printer).

Apa Itu Pencetak 3 Dimensi (3D Printer)?

Sebenarnya ini adalah satu proses pembuatan (manufacturing) yang menjadikan fail imej 3 Dimensi sebagai input untuk diterjemahkan menjadi produk fizikal yang diperbuat dari pelbagai bahan, dan bahan yang selalu digunakan kini adalah plastik.


10 Februari 2012

Februari 10, 2012

Zoo Johor - Bahagian 2 (2012)

Kami ke Zoo Johor pada hari Selasa yang lalu. Memang sudah agak lama tidak ke sana. Kali terakhir ke Zoo Johor pada tahun 2009. 

Pada ketika itu Nurin Iman masih lagi bersekolah tadika. Nurin Amani pula baru berusia setahun. Jadi sudah sampai masa untuk membawa mereka sekali lagi ke Zoo Johor.



Tidak banyak yang berubah, cuma pada kunjungan kali ini sudah ada pertunjukkan burung yang dilakukan oleh pihak Zoo Johor.

Pertunjukan yang agak menghiburkan oleh tiga ekor burung kakak tua yang telah dilatih khas untuk melakukan persembahan. Cuma agak pelik kerana Nurin Amani tidak tertarik langsung untuk melihatnya. Apabila ditanya kenapa? Katanya mudah, dia mahu melihat harimau!





Melihat persembahan burung sebentar kemudian terus ke kurungan harimau. Sihat benar harimau yang ada. Maklumlah makan dan minum mereka terjaga. Yang paling teruja tentulah Nurin Amani. Entah apa yang dia suka sangat tentang harimau, Saya kurang pasti. Apa pun, permintaannya untuk melihat harimau telah pun ditunaikan.






Hajat untuk melihat anak-anak gajah yang lahir pada tahun 2009 dahulu tidak kesampaian kerana kesemua gajah-gajah yang ada telah dihantar menjalani latihan semula di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah
.


Kalau gajah-gajah ini ada, tentu sudah besar. Video lama ini diambil semasa kali terakhir kami berkunjung ke Zoo Johor pada tahun 2009.

Kunjung ke Zoo Johor kali ini lebih bermakna kerana anak-anak sudah besar dan mereka dapat memahami dan merasai sendiri pengalaman melihat haiwan.

Seronok benar Nurin Amani, sehingga sudah sampai ke rumah masih lagi bercerita tentang burung unta, sambil meniru gaya burung unta sedang makan!


09 Februari 2012

Februari 09, 2012

Nokia Lumia 800 - RM1650

Pada hujung bulan Oktober 2011, Saya ada membuat entry mengenai Nokia Lumia 800 yang diberitakan bakal dipasarkan ke seluruh dunia pada November 2011.  

Namun begitu selepas memasuki tahun 2012, masih belum ada bayangan oleh Nokia Malaysia akan membawa masuk model ini ke Malaysia.

Walau bagaimanapun penantian ini bakal berakhir apabila Digi secara rasminya bakal melancarkan telefon pintar ini dan telah pun merangka pakej yang sesuai serta menerima tempahan awal sebelum produk ini dilancarkan. Harga yang ditawarkan oleh Digi kepada pelanggan tanpa ikatan kontrak ialah RM1650.

Untuk spesifikasi Nokia Lumia 800 boleh merujuk kepada entry ini.


Bagi pelanggan mahukan penjimatan maksimum, mereka boleh memilih pakej yang ditawarkan:



Pakej Kontrak 12 Bulan Kontrak 24 Bulan
DG Smart Plan 48 RM1449 RM1299
DG Smart Plan 68 RM1349 RM1099



Februari 09, 2012

Ferrari 250 GTO - Saya Bangga Memilikinya!

Sebuah model klasik Ferrari 250 GTO keluaran tahun 1963 telah menjadi kereta termahal di Britain setelah ia bertukar tangan dengan harga £20.2 juta pound. 



Ferrari 250 GTO - Kereta Termahal Di Britain
Ferrari 250 GTO



Dengan harga semahal itu, menjadikan kereta Ferrari itu sebagai kereta kedua termahal di dunia selepas  Bugatti 57SC Atlantic keluaran tahun 1936.

Ferrari 250 GTO menjadi model yang paling diidamkan oleh peminat kereta klasik berikutan hanya terdapat sebanyak 39 buah kenderaan itu yang dibina diantara tahun 1962 sehingga 1964.

Ferrari 250 GTO keluaran 1963, bernombor siri 5095 dipercayai telah dijual oleh pemiliknya yang juga seorang ahli perniagaan British terkenal iaitu Jon Hunt. Pada tahun 2010 beliau membeli kereta itu dengan harga £15.7 juta pound yang juga merupakan satu rekod dunia pada ketika itu.

Kereta tersebut dilancarkan oleh Enzo Ferrari sekitar tahun 60an, cuma berharga £6,000 pada ketika itu. Dilengkapi dengan enjin V12 silinder dan berkapasiti 3 liter serta menjana sebanyak 300 kuasa kuda. Mampu memecut dari 0 - 60mph dalam masa 6.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum pada 174mph.

Kini kereta klasik Ferrari dilihat sebagai karya Picasso dalam dunia permotoran. Ramai juga yang mengaggapnya sebagai satu pelaburan yang baik.

----------------------

Sambil-sambil menaip entry ini, tiba-tiba teringat yang Saya sebenarnya memiliki Ferrari 250 GTO dalam bentuk model. Memang tidak teringat langsung mengenainya walaupun sentiasa ada dihadapan mata, sehinggalah kisah Ferrari 250 GTO menjadi salah satu berita sensasi di internet.


Ferrari 250 GTO - Koleksi Shell Skala 1:38
 1:38



Kedua-duanya diletakkan diatas meja pejabat. Satu disebelah PC manakala satu lagi diatas PC. Sudah agak lama juga menyimpannya. Rasanya sudah melebihi 4 tahun.



Ferrari 250 GTO - Koleksi Mattel Skala 1:64



Model plastik berskala 1:38 daripada koleksi Shell V-Power Ferrari Hotwheels dan satu lagi adalah model die-cast berskala 1:64 juga keluaran Hotwheels. Kedua-duanya boleh dikatakan agak sukar ditemui dan dijaga rapi oleh pemiliknya.

Agak-agak kalau Saya menjualnya ada peluang tak jadi jutawan? :D


Sumber, The Telegraph



07 Februari 2012

Februari 07, 2012

Jentera Formula 1 (F1) Red Bull RB8 Dilancarkan Secara Online


Red Bull RB8 - Bahagian Hadapan
Red Bull RB8


Kereta Formula 1 (F1) untuk pasukan Red Bull Racing yang telah direka oleh Adrian Newey telah dilancarkan secara online semalam.

Red Bull Racing menjadi pasukan kedua selepas Pasukan Ferrari yang melancarkan kereta untuk perlumbaan Formula 1 (F1) secara online berikutan cuaca yang tidak mengizinkan di sekitar Benua Eropah sekarang ini.

Menurut Adrian Newey, kereta ini telah mengalami evolusi kali ke 4 untuk tahun ini berikutan langkah FIA menghalang penggunaan teknologi ekzos (exhaust-blown diffuser) yang dipelopori oleh pasukan ini sejak beberapa tahun yang lepas. 

Red Bull RB8 - Bahagian Sisi
Red Bull RB8



 Malah kereta yang digunakan pada musim yang lepas RB7 itu sendiri telah direka berdasarkan teknologi ekzos tersebut. Jadi sudah pastinya tahun ini, adalah tahun yang sangat mencabar bagi pasukan Red Bull Racing untuk mempertahankan kejuaraan.


Apa pun keupayaan kereta ini akan teruji sebaik sahaja ia diuji di litar sebenar. Berkemungkinan besar akan terdapat perubahan terhadap jentera sebaik sahaja perlumbaan pertama bermula nanti di Albert Park, Australia.

Dengan pengharaman teknologi ekzos (exhaust-blown diffuser) yang dimiliki dan dipelopori oleh Red Bull Racing tentuya akan menjadikan semua pasukan yang bertanding berada pada kedudukan yang sama dari segi teknologi. Bagus buat perlumbaan agar lebih banyak persaingan antara pasukan serta untuk menghakis dominasi pasukan tertentu..

Sumber, ESPN F1


06 Februari 2012

Februari 06, 2012

Bila Cuti Panjang, Penulis Blog Perlu...

Satu lagi masalah biasa yang berlaku apabila cuti panjang ialah mengekalkan momentum pengunjung blog. Pada waktu sebeginilah jumlah kunjungan (traffic) mengalami penurunan yang paling drastik. Kesan secara langsungnya tentulah terhadap "Alexa ranking". Merudum teruk!



Mengapa Jumlah Pengunjung Kurang?

Salah satu sebabnya ialah kebanyakkan pengguna internet melayari internet dari tempat kerja kerana tidak semua daripada mereka mempunyai sambungan internet di rumah. Jadi apabila ada cuti umum yang agak panjang kesannya adalah penurunan secara drastiknya jumlah pengunjung ke blog!

Selain daripada itu, faktor lain yang boleh dikaitkan dengan penurunan jumlah pengunjung ke blog ialah aktiviti cuti itu sendiri. Cuti dimanfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Melakukan aktiviti berkualiti bersama ahli keluarga tentunya dapat membuatkan seseorang itu lupa sebentar pada dunia maya.


05 Februari 2012

Februari 05, 2012

Salam Maulidur Rasul

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


04 Februari 2012

Februari 04, 2012

Kematian Itu Pasti #5

Hari ini Saya mendapat perkhabaran mengenai Ayah kepada seorang kenalan internet paling lama telah meninggal dunia. Terbaca mengenainya di The Star Online. Kemudian terus mebuka Facebook untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Al Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang  yang beriman. Amin.


Sumber - The Star Online

Salam Takziah kepada keluarga beliau. Semoga tabah menghadapi ujian ini.


Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. Maksud Firman Allah s.w.t: "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." (Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian itu pasti..


Februari 04, 2012

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak (HSI) - Februari 2012

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Bagi Bulan Februari 2012.

Buat warga Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.



TARIKH TEMPAT PENGANJUR MASA
03/02/2012
(Jumaat)
JUSCO Tebrau City
(Depan Harris Bookstore)
Tabung Darah HSIJB (07-3565000 ext 4134/4146) 10:00am-06:00pm
04/02/2012
(Sabtu)
JUSCO Tebrau City
(Depan Harris Bookstore)
Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am-06:00pm
05/02/2012
(Ahad)
JUSCO Tebrau City
(Depan Harris Bookstore)
Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am-06:00pm
07/02/2012
(Selasa)*PH
Kuil Sri Subramaniar, Masai
En. K Subramaniam
(016-7227760)
08:00am-03:00pm
10/02/2012
(Jumaat)
Masjid Istiqamah, Jalan Dedap 10
Taman Johor Jaya
Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am-04:00pm
12/02/2012
(Ahad)
Giant Plentong
(Food Court Area)
Institution Of Engineers Malaysia / Ms Tan
(012-2319585)
10:30am-05:00pm
14/02/2012
(Selasa)
Kolej Profesional Mara
Bandar Penawar Kota Tinggi
Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
09:00am-04:00pm
15/02/2012
(Rabu)
SMK Permas Jaya
Pn Zaiton
(012-7942351)
02:00pm-04:00pm
19/02/2012
(Ahad)
TJMart Kulaijaya Tabung Darah HSIJB (07-3565000 ext 4134/4146) 10:00am-04:00pm
22/02/2012
(Rabu)
Luvata Sdn Bhd Tabung Darah HSIJB (07-3565000 ext 4134/4146) 09:00am-04:00pm
25/02/2012
(Sabtu)
Giant Plentong
(Food Court Area)
Lion Club &
University Malaya Student
09:00am-04:00pm
26/02/2012
(Ahad)
Giant Plentong
(Food Court Area)
Lion Club &
University Malaya Student
09:00am-04:00pm


Pendermaan darah juga boleh dilakukan di Unit Tabung Darah, Tingkat 4, Hospital Sultan Ismail. Waktu operasi adalah seperti berikut :


03 Februari 2012

Februari 03, 2012

Kalender Penuh Perlumbaan Formula 1 (F1) Musim 2012

Lebih kurang 44 hari lagi perlumbaan Formula 1 (F1) musim 2012 akan membuka tirainya. Seperti tahun sebelumnya Litar Albert Park di Melbourne, Australia akan menjadi tuan rumah bagi perlumbaan pembuka tirai musim 2012

Seminggu selepas itu, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pula akan menjadi tuan rumah kedua perlumbaan Formula 1 (F1).

Tahun ini bakal menyaksikan sukan Formula 1 (F1) kembali ke bumi NASCAR dan IndyCar. Perlumbaan akan diadakan di Austin, Texas. Litar baharu itu diberikan gelaran sebagai "Circuit of Americas"

Sayangnya bagi musim 2012 ini tiada pelumba dari Amerika Syarikat yang menyertainya. Kali terakhir pelumba dari Amerika Syarikat menyertai sukan Formula 1 (F1) ialah Scott Speed. Beliau bagaimanapun meninggalkan sukan tersebut pada tahun 2007.

Walaupun begitu, Sergio Perez pelumba dari negara jiran Mexico dijangka akan diberi sokongan hebat berikukan kedudukan geografi Texas yang bersempadan dengan Mexico.

Berikut adalah Kalender Penuh Perlumbaan Formula 1 (F1) Musim 2012:


Round Grand Prix Circuit Date
1 Australian  Albert Park March 16-18
2 Malaysian Sepang March 23-25
3 Chinese Shanghai April 13-15
4 Bahrain BIC April 20-22
5 Spanish Catalunya May 11-13
6 Monaco Monaco May 24-27
7 Canadian Gilles Villeneuve June 8-10
8 European Valencia June 22-24
9 British Silverstone July 6-8
10 German Hockenheim July 20-22
11 Hungarian Hungaroring July 27-29
12 Belgian Spa August 31-September 2
13 Italian Monza September 7-9
14 Singapore Singapore September 21-23
15 Japanese Suzuka October 5-7
16 Korean KIC October 12-14
17 Indian Delhi October 26-28
18 Abu Dhabi Yas Marina November 2-4
19 USA Austin November 16-18
20 Brazilian Interlagos November 23-25



Dijangkakan perlumbaan kali ini cukup sengit berikutan terdapat 5 orang bekas juara iaitu Fernando Alonso, Kimi Raikonnen, Jenson Button, Lewis Hamilton dan lagenda Formula 1 (F1) Michael Schumacher yang bakal memberikan saingan terhadap juara bertahan, Sebastian Vettel.  

Perlumbaan Formula 1 (F1) musim 2012 merupakan musim paling ramai dapat mengumpulkan bekas juara. Namun begitu faktor kecekapan pasukan, kereta yang bagus serta pemanduan hebat tentunya akan menentukan juara sebenar.


Sumber, ESPN F1




02 Februari 2012

Februari 02, 2012

Aplikasi Bajet Percuma Dari AKPK

Aplikasi Bajet yang ringkas ini dibagunkan oleh Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). Aplikasi ini boleh digunakan untuk membantu pengguna merancang belanjawan peribadi bulanan atau tahunan.

Boleh di muat turun dari halaman web rasmi Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau gunakan link ini. Keputusan belanjawan bulanan yang telah dikira boleh juga disimpan didalam komputer dan jika diperlukan ia juga boleh dieksport ke format Microsoft Excel untuk memudahkan pengguna.

 

Pengguna hanya perlu memasukkan input yang berkenaan dan setelah lengkap semuanya, aplikasi ini mampu mengira belanjawan bulanan atau tahunan untuk menunjukkan samada belajawan tersebut mempunyai lebihan ataupun defisit.

Jika keputusan daripada pengiraan belanjawan bulanan atau tahunan itu menunjukkan terdapatnya lebihan, Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kerana anda telah berada dilandasan yang betul didalam mengurus kewangan peribadi