Penyelesaian Masalah Bermula Dengan Memahami Masalah

Bila individu atau keluarga yang kita kenal ditimpa musibah secara tidak langsung kita juga akan terfikir dan terbeban sama untuk cuba membantu mencari jalan keluar daripada musibah yang menimpa.

Penyelesaian Masalah Bermula Dengan Memahami Masalah

Walaupun secara teknikalnya mereka tidak meminta sebarang bantuan, naluri sebagai seorang yang mengenali tentunya dapat merasakan kesukaran dalam menangani musibah tersebut.

Memahami Masalah


Dalam saat-saat genting sebegini adalah baik juga bagi kita memberikan ruang secukupnya kepada individu atau keluarga tersebut. Bukan untuk cuba menjauhkan diri daripada mereka ketika mereka dalam kesusahan. Sebaliknya ruang tersebut perlu digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk memahami apa yang sebenarnya sedang terjadi dan seterusnya segera menerima hakikat sebenar tentang sesuatu perkara yang telah terjadi itu..  

0 comments:

Version 2.0 - Wordless Wednesday #32


Adik Beradik - Seronok Bermain Bersama


0 comments:

Kurang Sabar Dan Terlalu Teruja Kesannya Sama

Anak-anak memang sudah terkenal dengan sikap kurang berhati-hati dan cuai.


Menurut kaca mata orang dewasa (ibu bapa) tindakkan mereka yang kurang berhati-hati atau cuai itu disebabkan oleh sifat kurang sabar. Manakala bagi mereka (anak-anak), kurang berhati-hati atau cuai itu biasanya disebabkan oleh sifat terlalu teruja

Bagaimanapun berdasarkan pengalaman, sikap kurang sabar dan terlalu teruja bakal mendatangkan kesan buruk yang sama. Kesan buruk yang dimaksudkan adalah dalam bentuk kecederaan ataupun kemalangan.

0 comments:

F1 - Fernando Alonso Menang di Sepang

Apabila keadaan cuaca menjadi tidak menentu, perlumba yang tidak diberikan harapan tiba-tiba mampu menyerlah.

Perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Sepang kali ini memihak kepada pasukan yang menggunakan enjin Ferrari. Dimulakan dengan cuaca yang kurang baik, Fernando Alonso akhirnya berjaya memenangi perlumbaan di Litar Sepang.


Photo Kredit Getty Images

Fernando Alonso dan Sergio Perez, pemandu yang menduduki tempat ke 8 dan ke 9 pada pusingan kelayakan semalam telah mendapat tempat pertama dan kedua. Manakala Lewis Hamilton melangkapkan kedudukan podium di tempat ke 3. Malang buat Lewis Hamilton walaupun sudah 2 kali mencatat "Pole Position" di Albert Park dan Sepang, namun masih belum menterjemahkannya kepada kejuaraan.

0 comments:

Selamat Menyambut Hari Lahir

Sudah menjadi tradisi keluarga kami agaknya menyambut hari lahir di restoran makanan segera. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, restoran makanan segera yang menyajikan hidangan pizza menjadi pilihan. Kali ini kami ke Pizza Hut di Plaza Angsana untuk meraikan hari lahir Azza. 

Sambil membelek-belek menu hidangan yang bakal dipesan, kami terperasan promosi yang sedang berlangsung di Pizza Hut iaitu "Kids Eat Free Every Day". Wah! Ini sudah bagus. Anak-anak boleh menikmati makanan percuma!  

Untuk menikmati hidangan percuma yang dinyatakan itu, pelanggan cuma perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM20 untuk menebus 1 hidangan percuma untuk kanak-kanak. Selain itu kanak-kanak itu haruslah berumur 8 tahun kebawah atau berketinggian dibawah 120cm.



0 comments:

Berblog Secara Serius? Kenapa Saya Tidak Suka Menulis Tutorial

Blogger Tegar - Kenapa Saya Tidak Suka Menulis Tutorial
Saya berblog kerana menggangap ianya sebagai satu terapi yang dapat menenangkan diri selepas seharian bekerja. Sejak menulis blog, saya menjadi lebih peka dengan persekitaran dan kehidupan. Melalui persekitaran dan kehidupan seharian itulah menjadi sumber inspirasi untuk menulis.  

Namun begitu ada perkara yang saya kurang berminat untuk menulis antaranya ialah penulisan berbentuk tutorial berkaitan I.T. Mungkin disebabkan kerjaya saya berkaitan dengan bidang tersebut membuatkan saya cuba mengelak untuk penulisan berbentuk tutorial berkaitan I.T.   

Bukan niat saya tidak mahu berkongsi maklumat tetapi apabila saya mula menulis tutorial, secara tidak langsung ia telah mengingkari sebab utama kenapa saya berblog! Aktiviti yang sepatunya menjadi terapi kepada saya boleh serta merta menjadi aktiviti yang tidak seronok. Jadi untuk mengelakkan saya menjadi lebih stress, sedaya upaya saya cuba mengelakkan daripada menulis perkara sebegitu.

0 comments:

Berblog Secara Serius? Tabbed Content Widget - Menjimatkan Ruang!

Saya sukakan widget berguna dan berinformasi untuk diletakkan diblog. Namun begitu, kadang kala kekangan ruangan yang terhad membataskan keinginan untuk meletakkan widget yang diingini. 

Antara widget yang  paling saya teringin untuk meletakkannya di blog adalah widget waktu solat daripada Denaihati.com [Link]. Namun begitu berbalik kepada masalah asas iaitu ketidakcukupan ruang, niat tersebut terpaksa ditangguhkan.


0 comments:

Version 2.0 - Wordless Wednesday #31

Udang Kara Raksaksa Menyerang Danga Bay!

0 comments:

F1 - Jenson Button Menang Di Albert Park!

Perlumbaan Formula 1 (F1) pembuka tirai di Grand Prix Australia 2012 menjadi milik Jenson Button dan berjaya menamatkan penguasaan dominan Sebastian Vettel.

Seperti yang diramalkan, perlumbaan di litar Albert Park ini sentiasa penuh dengan insiden.


0 comments:

Aktiviti Semasa Cuti Sekolah

Tidak banyak yang kami lakukan semasa cuti sekolah selain aktiviti biasa melawat tempat menarik disekitar Bandaraya Johor Bahru. Tempat tumpuan semasa musim cuti terutamanya Zoo Johor dan Danga Bay menjadi pilihan untuk dikunjungi. 

Cuti sekolah kali ini lebih meriah kerana disertai abah, emak serta anak saudara dari Seremban. Cuma keadaan cuaca yang tidak menentu sedikit sebanyak membataskan aktiviti yang boleh dilakukan.



0 comments:

2 Sistem Pengurusan Komen Dalam Satu Blog!

Setelah mendalami fungsi aplikasi PunchTab, saya dapati bahawa sistem pengurusan komen yang digunakan diblog ini iaitu IntenseDebate tidak disokong oleh aplikasi PunchTab.

Memang agak malang setelah agak lama menggunakan sistem pengururusan komen ini diblog, baru tahu akan masalah ini. Tetapi tidak mengapalah. Saya anggap ini sebagai satu cabaran dalam berblog. Lagipun setiap halangan tentu menjadikan kita lebih kreatif.


Bagi menyelesaikan masalah ini, akhirnya saya menambah sistem komen daripada Facebook untuk diintegrasikan didalam blog.

0 comments:

Berblog Secara Serius? Selepas Pasang Perlu Diuji Keberkesannya

Masih lagi sedang menguji dan membiasakan diri dengan aplikasi PunchTab yang baru dipasang pada blog. 

Memang terasa kelainannya. Dulu tiada dan sekarang sudah ada. Bila sudah terbiasa nanti tentu semuanya akan ok! Sedang meneroka sepenuhnya fungsi aplikasi tersebut dan menguji potensinya.

Ada beberapa modul yang boleh dipasang dan diubahsuai sedikit untuk disesuaikan sepenuhnya dengan blog ini. Agak malang kerana aplikasi komen daripada IntenseDebate yang digunakan sekarang tidak menyokong fungsi PunchTab. Namun begitu modul lain dapat berfungsi dengan baik.


0 comments:

Berblog Secara Serius? Perlu Ada Program Khusus Menghargai Pengunjung!

Pada artikel Berblog Secara Serius? Banyak Yang Perlu Dikorbankan yang telah diterbitan tempohari, saya ada menyatakan bahawa saya perlu mencari pendekatan lain untuk untuk memastikan kesinambungan blog ini.



Antara idea yang menarik untuk saya terokai dan diperkenalkan diblog ini ialah mewujudkan program ganjaran kepada pengunjung setia blog ini. Adalah tidak adil bagi saya untuk tidak menghargai rakan-rakan serta pengunjung setia yang singgah ke blog ini. Sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk memulakan rancangan ini.

0 comments:

Version 2.0 - Wordless Wednesday #30

Belajar Main Chess


0 comments:

Berblog Secara Serius? Banyak Yang Perlu Dikorbankan

Saya sudah mencuba sedaya upaya meningkatkan frekuensi penerbitan artikel diblog ini sejak beberapa bulan yang lepas. Memang ternyata ia adalah tugas yang agak sukar untuk dilakukan.


Apa pun saya sudah mencubanya dan mendapat hasil yang diinginkan iaitu peningkatan kadar trafik masuk ke blog serta peningkatan raking Alexa. Alhamdulillah. 

Namun begitu Saya tidak pasti sama ada saya mampu untuk meneruskan momentum ini. Banyak yang perlu dikorbankan untuk mencapai sehingga ke tahap ini terutamanya pengurangan waktu tidur. 

Ironinya dikala mahu tidur itulah idea untuk menulis itu datang. Jadi untuk tidur awal bagi seorang blogger tentunya sangat sukar. Jika tidak ada idea untuk menulis sekali pun, pada waktu sebegini saya biasanya sedang berusaha membalas komen-komen diblog dan membuat kunjungan ke blog rakan-rakan yang lain.

0 comments:

Berblog Secara Serius? Menulis Berpandukan Ketetapan

Sejak mula serius dalam menulis blog, antara perkara yang paling dititikberatkan ialah: 

  • Sumber 
  • Sensitiviti 
  • Bahasa Yang Baik 

Setiap kali menulis, membuat ulasan serta menerbitkan sesuatu diblog, saya akan memastikan bahawa saya akan sentiasa mengikuti 3 perkara yang dinyatakan itu tanpa gagal.

Ianya kini umpama undang-undang yang perlu dikuti yang mampu menjadi benteng daripada penulisan yang melampaui batas!

Penulisan menggunakkan keadah secukup rasa perlu dielakkan sama sekali.


0 comments:

Proses Pembaikan Selesai, Sekarang Masa Untuk Mengujinya

Kereta yang dihantar ke bengkel semalam telah siap dibaiki. Saya mengambilnya dibengkel tengahari tadi.

Segera memeriksa komponen serta sistem transmisi yang telah diganti.dan seterusnya menyelesaikan bayaran.  

Alhamdulillah rasa seperti sebuah kereta baru! Konon-konon la.. Namun begitu sepanjang minggu ini Saya perlu lebih teliti menguji dan mengesan apa-apa yang tidak kena dengan sistem transmisi tersebut. 

Sepanjang mengujinya di sekitar Bandaraya Johor Bahru tadi semuanya baik-baik sahaja. Mungkin selepas ini Saya perlu melakukan satu perjalanan berjarak sederhana untuk menguji keseluruhan sistem tersebut. Jika ada yang tidak kena, perlu kembali semula ke bengkel tersebut untuk menyelesaikannya.

Minggu yang bagus untuk balik ke kampung!



0 comments:

Cuti Sekolah Masa Sesuai Untuk Melakukan Proses Pembaikan

Cuti sekolah tiba lagi! Tentunya bagi anak-anak yang bersekolah inilah masanya untuk melupakan sebentar buku-buku dan sekolah. Err. bagi mereka yang dibekalkan dengan kerja sekolah, perlulah diselesaikan dahulu sebelum dapat menikmati cuti tersebut.

Saya pula mengambil peluang cuti ini untuk melakukan proses baikpulih terhadap kereta yang digunakan seharian oleh isteri untuk menghantar anak ke sekolah. Sudah sampai masa kenderaan itu diselenggara sepenuhnya (dibaiki) sistem transmisinya

Saya mula mencari maklumat mengenai syarikat serta bengkel yang berhampiran dengan kediaman yang boleh melakukan kerja pembaikan itu.

Akhirnya Saya menjumpai sebuah bengkel yang boleh melakukan kerja pembaikan transmisi dengan harga yang berpatutan dalam jangkamasa yang munasabah.


Saya diberi 2 pilihan untuk meneruskan proses membaikpulih sistem transmisi kenderaan. Pilihan pertama ialah melakukan proses membaikpulih terhadap komponen transmisi itu sendiri ataupun pilihan kedua ialah menukarnya kepada unit yang telah sedia dibaikpulih.

Untuk kedua-duanya pilihan yang disediakan itu, harga yang dicaj adalah sama. Cuma untuk pilihan pertama proses pembaikan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari manakala pilihan kedua boleh dilakukan dalam masa 2 hari Semua kerja-kerja pembaikan transmisi itu akan diberikan jaminan selama 3 bulan.

Kereta sudah pun dihantar ke bengkel milik syarikat tersebut pagi tadi dan Saya memilih keadah kedua kerana lebih cepat. Insyallah kereta akan siap esok. Harap semuanya akan menjadi seperti sedia kala. Susah jika kereta yang digunakan seharian tidak berada dalam keadaan yang baik.




0 comments:

Standard Chartered Bank Mengumumkan Kenaikan Kadar Faedah Kad Kredit Mulai 20 April 2012

Pengumuman oleh Standard Chartered Bank mengenai kenaikan kadar faedah serta caj kewangan kad kredit umpama melawan arus!

Disaat bank-bank asing seperti Citibank dan HSBC menawarkan kadar yang lebih menarik kepada pengguna, bank ini mengambil pendekatan sebaliknya.

Baru hendak memuji bank-bank asing kerana memberi sedikit insentif kepada pengguna yang berdisplin serta membayar tepat pada waktunya. 

Nampaknya tak semua bank-bank asing ini sehaluan. Standard Chartered Bank dilihat mengikut langkah bank-bank tempatan dalam menetapkan kadar faedah serta caj kewangan kad kredit. 

Kadar terbaharu ini akan berkuatkuasa mulai 20 April 2012.


0 comments:

iPad 2 Turun Harga!

Apple Store Malaysia secara rasminya telah menurunkan harga iPad 2 sebaik sahaja Apple melancarkan secara rasminya model terbaharu iPad

Trend yang sama masih lagi diikuti ketika iPad 2 diumumkan secara rasminya pada tahun lepas. Kini iPad 2  dijual bermula dengan harga RM1199



Berikut adalah harga terbaharu yang ditawarkan oleh Apple Store Malaysia untuk semua model iPad 2.

0 comments:

Bukan iPad 3 atau iPad HD Tetapi Mereka Memanggilnya The New iPad!

Gadget tablet terbaharu daripada Apple yang diwar-warkan sebagai pengganti iPad 2 akhirnya didedahkan secara rasminya.

Pelbagai nama dikaitakan, bermula dengan iPad 3 kemudiannya iPad HD.

Bagaimanapaun persoalan itu terjawab apabila pihak Apple memperkenalkannya sebagai " The New iPad ".

Sekali lagi strategi penggunaan nama oleh Apple dipersoalkan. Berkemungkinan selepas ini ramai yang akan keliru.  

Apple memperkenalkan iPad 2 tahun yang lalu, kemudian memperkenalkan iPad 2 dan kini menggunakan kembali nama iPad semual!  Ramai yang berpendapat jika Steve Job masih hidup tentunya keadaan akan lebih berbeza. 

Apa pun berikut adalah ciri terbaharu iPad berbanding versi sebelumnya:

  • Retina Display
  • LTE Wireless
  • A5X Processor
  • Voice Dictation
  • iSight Camera 

0 comments:

Version 2.0 - Wordless Wednesday #29


Ada Tukul Besi Tersangkut Di Sekolah

0 comments:

HSBC Bank Mengumumkan Caj Kewangan & Yuran Pengurusan Bulanan Sebenar Bertingkat Bagi Kad Kredit Berkuatkuasa 15 Mac 2012

Kesan rantaian terhadap kenaikan Caj Kewangan serta Kadar Faedah yang dikenakan terhadap pemilik kad kredit terus mendapat respon.

Kali ini HSBC mengumumkan kadar terbaharu mereka. Nampaknya hanya terdapat sedikit perubahan terhadap struktur kadar faedah.

Yang menariknya HSBC masih lagi mengekalkan kadar faedah bagi pengguna yang membuat pembayaran tepat selama 12 bulan berturut-turut. Manakala bagi kategori seterusnya ia meningkat seperti bank-bank yang lain.

Berikut adalah kenyataan  rasmi HSBC :

Untuk menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih berhemat, HSBC Bank dan HSBC Amanah akan meminda caj kewangan/yuran pengurusan bulanan bertingkat bagi semua pemegang Kad Kredit/-i HSBC Bank dan HSBC Amanah berkuatkuasa 15 Mac 2012. Jelaskan bayaran Kad-kad Kredit/-i anda tepat pada masanya untuk menikmati caj kewangan/yuran pengurusan bulanan yang lebih rendah!


0 comments:

Teknologi PureView Bakal Diadaptasi Ke Siri Lumia?

Beberapa hari lalu peranti Nokia 808 PureView telah menjadi tumpuan ramai sebaik sahaja diperkenalkan kepada umum.

Projek PureView ini sebenarnya telah dimulakan sejak 5 tahun yang lepas menggunakan platform Symbian sepenuhnya.

Jo Harlow, Naib Presiden Eksekutif peranti pintar di Nokia, bercakap kepada sebuah akhbar Finland dan mengatakan bahawa teknologi PureView akan diintegrasikan ke siri Lumia yang berplatformkan Windows Phone pada masa hadapan. Menurut beliau lagi, berdasarkan teknologi yang dimiliki projek itu mampu direalisasikan dalam jangka masa yang singkat.

Prestasi tidak seharusnya menjadi isu. Nokia 808 PureView menggunakan pemproses 1.3GHz teras tunggal dengan 512MB dan ia merupakan satu unit pemprosesan pusat "custom" yang mampu melakukan semua tugasan berat. 

Memandangkan projek ini sudah bermula agak lama, dengan ciri terkini perkakasan yang lebih baik bagi peranti telefon pintar yang berasaskan Windows Phone. Semua itu membolehkan ia diadaptasi dan diintegrasi dengan mudah.

0 comments:

Public Bank Mengumumkan Kenaikan Kadar Faedah Terhadap Bagi Tertunggak Kad Kredit Mulai 1 April 2012

Sehubungan dengan berita "Kenaikan Kadar Faedah Kad Kredit Serta Caj Pembayaran Lewat" yang diumumkan oleh 3 buah bank pada bulan lepas yang telah pun dijangkakan akan mewujudkan kesan rantaian.

Terkini Public Bank telah pun mengikut jejak langkah 3 bank tersebut dan mengumumkan kenaikan kadar tersebut pada 1 Mac lepas.




Public Bank
Pembayaran tepat selama 12 bulan 15%
Pembayaran tepat selama 10 daripada 12 bulan  17%
Pembayaran tepat kurang daripada 10 bulan 18%
Caj Pembayaran Lewat Minimum RM10 atau 1% daripada baki belum jelas, yang mana lebih tinggi, dan sehingga maksimum RM100


Kadar baharu ini akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2012.  

Namun begitu ada juga berita baik buat pemegang kad kredit daripada Citibank. Bagi yang berjaya melakukan pembayaran segera melebih 50% daripada baki belum jelas bulanannya selama 12 bulan berturut-turut, mereka akan menikmati kadar faedah hanya 8.88 peratus setahun.

0 comments:

Kegagalan Sistem Barat


In your country, people who work hard pay for people who don’t want to... We don’t understand, say parents of Malaysian 'bad Samaritan' riot victim

0 comments:

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak (HSI) - Mac 2012

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Bagi Bulan Mac 2012.

Buat warga Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.


TARIKH TEMPAT PENGANJUR MASA
29/02/2012
(Rabu)
Celcom Mobile Sdn Bhd,
Jalan Kempas
Celcom Bhd
(07-2101000)
09:00am-03:00pm
02/03/2012
(Jumaat)
Pejabat PLUS
Taman Perling
Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am-04:00pm
04/03/2012
(Ahad)
KipMart Tampoi
Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am-04:00pm
07/03/2012
(Rabu)
Konsortium Logistic
Pasir Gudang
En. K Subramaniam
(016-7227760)
09:00am-04:00pm
10/03/2012
(Sabtu)
Kompleks Setia Indah
Tabung Darah HSIJB
(07-3565000 ext 4134/4146)
10:00am-05:00pm
18/03/2012
(Ahad)
Plaza Pelangi (YMM)
Mr Lim (YMM)
(012-7167507)
09:00am-04:00pm
21/03/2012
(Rabu)
Dewan Sultan Iskandar
UTM Skudai
En Reduan
(019-4497126)
09:00pm-04:00pm
22/03/2012
(Khamis)
Dewan Sultan Iskandar
UTM Skudai
En Reduan
(019-4497126)
09:00am-04:00pm
24/03/2012
(Sabtu)
Surau Al-Falah
Jalan Setia 5
Taman Setia Indah
Pn Roslina
(017-7241060)
09:00am-04:00pm
25/03/2012
(Ahad)
SJKC Ming Terk
Gelang Patah
Shirley Chan (YMM) 09:00am-03:00pm


Pendermaan darah juga boleh dilakukan di Unit Tabung Darah, Tingkat 4, Hospital Sultan Ismail. Waktu operasi adalah seperti berikut :

0 comments:

Erykah Badu - 2 Editor Di Gantung Tugas!

Susulan daripada Isu gambar Erykah Badu yang disiarkan oleh The Star tempohari yang menjadi kontroversi.

Hari ini The Star mengumumkan tentang penggantungan 2 orang editor yang bertanggungjawab meluluskan penggunaan gambar penyanyi tersebut untuk siaran akhbar.




0 comments:

Surat Dr M Kepada Perdana Menteri Israel

Surat Dr M Kepada Perdana Menteri Israel
KUALA LUMPUR, Rabu 29 Feb (Bernama) - Kerajaan menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata surat berkenaan ialah;

  • Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993

  • Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan

  • Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999

-------------  

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™