BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 April 2012

April 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Pekerja!

Rasanya ramai yang mengambil cuti hari ini. Di kafeteria bangunan tempat saya bekerja suasanya agak lengang! Tidak seperti selalu apabila jam menunjukkan pukul 1 tengahari berduyun-duyun yang datang untuk makan tengahari.

Hari ini memang berbeza. Semuanya tenang. Perjalanan ke tempat kerja pun agak lancar walaupun pagi tadi hujan.  


26 April 2012

April 26, 2012

Sony Playstation Vita (PS Vita) - RM1099

Konsol permainan mudah alih terbaru Sony, Playstation Vita (PS Vita) [Link] akan dipasarkan di Malaysia mulai 9 Mei. Gadget ini telah pun dilancarkan untuk pasaran domestik Jepun pada penghujung tahun lepas.



Playstation Vita (PS Vita) datang dalam dua spesifikasi - WiFi dan WiFi + 3G - Namun begitu, hanya versi WiFi akan dijual di sini pada harga RM1099

Sony juga dijangka akan mengumumkan pelepasan pelbagai tajuk permainan bersempena dengan majlis pelancaran itu. Ia juga akan menjual Pek Aksesori lengkap untuk Playstation Vita (PS Vita) yang mengandungi bekas perlindungan, pelindung skrin, kain pembersih, bekas penyimpan kad permainan serta tali pergelangan tangan pada harga RM149

24 April 2012

April 24, 2012

Berblog Secara Serius? Menunggu Idea Yang Tidak Kunjung Tiba

Seperti kebiasaan, setiap malam saya akan memeriksa blog untuk melihat komen-komen yang ditinggalkan dan mengambil sedikit masa lagi untuk membalasnya. Jika masa mengizinkan, saya akan cuba membalas kunjungan mereka.  

Selepas melakukan perkara-perkara tersebut, saya akan mendapat idea untuk mengemaskini blog. Pun begitu hari ini, idea yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Kalau ada pun, ianya dirasakan tidak besesuaian untuk ditulis kerana topiknya begitu berat. Malas nak menulis perkara yang berat-berat!

Sambil menanti idea sempat juga melayan cerita yang disiarkan dikaca TV. Hari ini sempat juga melayan NCIS. Seperti yang dijangka idea yang ditunggu-tunggu itu tidak muncul walaupun siri itu sudah tamat!


Menunggu Idea Yang Tidak Kunjung Tiba - Minum Barbican Dulu!


Hmmm.. Nampaknya kena keluar cari Barbican [Link] untuk menjadi teman dalam mencari inspirasi!


23 April 2012

April 23, 2012

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak (HSI) - April 2012

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Bagi Minggu Terakhir, Bulan April 2012.

Buat warga Johor khususnya daerah Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.


22 April 2012

April 22, 2012

F1- Sebastian Vettel Menang Di Bahrain!

Nampaknya kebangkitan jentera-jentera yang menggunakan enjin Renault tidak dapat dibendung lagi. Setelah beberapa perlumbaan yang sebelum ini dikuasai oleh jentera Mercedes dan Ferrari.

Perlumbaan di Bahrain telah menunjukkan kemampuan jentera yang dikuasai Renault. Dari kedudukan pertama sehingga keempat semuanya dikuasai oleh pasukan yang menggunakan enjin Renault!



Bermula dengan kecemerlangan Sebastian Vettel [Link] menyambar petak pertama pada pusingan kelayakkan semalam dan seterusnya kecemerlangan itu diteruskan apabila beliau memenangi perlumbaan Bahrian Grand Prix 2012.  

20 April 2012

April 20, 2012

Senarai Harga The New iPad

Gadget yang dinanti-nantikan akhirnya telah sampai. Apple [Link] secara rasminya melancarkan iPad [Link] terbaharu di Malaysia mulai hari ini.



Gadget iPad ini ditawarkan dalam 2 warna iaitu hitam dan putih. Harga bagi model WiFi bermula dari RM1499 sehingga RM2099 manakala bagi model WiFi + 4G bermula dari RM1899 sehingga RM2499.

16 April 2012

April 16, 2012

Aktiviti Hujung Minggu #3 - PC Fair

Semalam kami sekeluarga meluangkan masa untu ke PC Fair 2012 yang diadakan di Persada Johor International Convention Center.


Memandangkan ada beberapa peralatan kecil yang ingin dicari bagus juga untuk ke acara sebegini  sambil melihat-lihat barangan berkaitan dengan I.T terkini yang mungkin ada dipamerkan. 

Kami tiba di sana sekitar jam 3 petang. Walaupun sudah petang pengunjung masih lagi agak ramai keluar dan masuk ke dewan pameran. Memang suasana biasa setiap kali PC Fair berlangsung, cuma tidak sepadat seperti di PWTC

Sejurus memasuki dewan, mata dan fikiran sudah mulai fokus dengan apa yang hendak dibeli. Sambil itu melihat-lihat disekeliling serta mengingati lokasi "booth" yang menawarkan harga yang terbaik. Selepas membuat sepusingan lengkap, proses pembelian pun dimulakan.


Sebenarnya tujuan saya ke sana ialah untuk membeli seunit mouse untuk PC yang digunakan Nurin Amani serta kad memori Micro SD untuk smartphone. Manakala jika ada harga yang menarik ditawarkan untuk thumbdrive berkemungkinan juga saya akan membelinya. 


Alhamdulillah kesemua barangan yang dihajati dan dicari menepati belanjawan yang telah ditetapkan dari awal. Jadi tidaklah kami pulang dengan tangan kosong! Kepada para pencari gadget serta perlatan berkaitan dengan I.T, kunjungan ke PC Fair pastinya berbaloi.

Khas buat mereka yang tinggal di Kelantan, Melaka, Terengganu, Sabah dan Perak, PC Fair akan berlangsung tidak lama lagi.  Jadi jangan lepaskan peluang untuk menghadirinya.


Yang pastinya pergi ke acara sebegini dengan membawa anak-anak yang masih kecil sememangnya tidak digalakkan kerana ia terlalu sesak dengan pengunjung.


15 April 2012

April 15, 2012

F1 - Nico Rosberg Menang Di China!

Nico Rosberg telah membuktikan bahawa jentera Mercedes AMG Petronas F1 yang dipandunya memang cukup kompetetif untuk menjuarai Chinese Grand Prix 2012

Jentera Mercedes AMG Petronas F1 memang sudah menunjukkan potensi sebagai pencabar sejak ujian pra musim tempohari. Cuma pada 2 perlumbaan awal ia agak kurang menyerlah serta nasib yang tidak menyebelahi pelumba pasukan itu pada perlumbaan.



April 15, 2012

Pasukan Mercedes AMG Petronas F1 Cemerlang Di Chinese GP 2012

Minggu cemerlang buat pasukan Mercedes AMG Petronas F1 apabila kedua-dua pemandunya bakal bermula dikedudukan pertama dan kedua pada Chinese Grand Prix 2012.

Ini merupakan kedudukan pole pertama dalam kerjaya Nico Rosberg manakala bagi Michael Schumacher beliau adalah pemenang di litar ini pada tahun 2006.



Walaupun Michael Schumecher menduduki tempat ketiga pada pusingan kelayakan, beliau telah dinaikan ke kedudukan kedua berikutan Lewis Hamilton telah dikenakan penalti sebanyak 5 kedudukan grid kerana pasukannya telah menukar kotak gear pada jenteranya.

12 April 2012

April 12, 2012

Ketagihan Instagram!

Sejak aplikasi ini diperkenalkan di platform Andriod, saya seolah-olah sudah ketagihan [Link] menggunakannya. Aplikasi perkongsian gambar yang amat mudah untuk digunakan dan sepantas Twitter!  

Dengan aplikasi ini gambar-gambar sangat mudah untuk dikongsikan di Facebook, Twitter dan Tumblr. Dahulunya Instagram adalah aplikasi eksklusif untuk platform IOS. Namun sejak diperkenalkan di platform Andriod popularitinya semakin menyerlah!






Disebabkan populariti serta penggunaannya yang agak mudah, patutlah Facebook sanggup membelanjakan USD1 Billion Dollar untuk memilikinya. Seperti tidak masuk akal harga yang dibayar untuk Instagram tetapi apabila ianya melibatkan pemilikan paten, teknologi serta semua perkara berkaitan termasuklah potensi untuk mengembangkannya lagi dimasa hadapan, harga tersebut adalah munasabah!

Apa pun ceritanya, saya sekarang sudah ketagih menggunakannya. Sama seperti ketika mula-mula berkenalan dengan Foursquare! [Link] :D


10 April 2012

April 10, 2012

Perkara Positif Boleh Berjangkit

Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas boleh diibaratkan sebagai minggu rezeki buat saya agaknya. Entah tidak semena-mena ramai yang sudi membelanja saya makan! 

Rezeki


Bermula dengan satu panggilan ringkas daripada seorang rakan sepejabat yang bertanyakan tentang menu McDonalds [Link] yang mana satu menjadi pilihan untuk makan tengahari dan akhirnya hidangan McValue Big Mac menjadi menu makan tengahari saya. 



Perkara Positif Boleh Berjangkit! - Jom Belanja Kawan-kawan Makan!
Perkara Positif Boleh Berjangkit! - Jom Belanja Kawan-kawan Makan!


Manakala disebelah petangnya pula seorang rakan lama [Link] mengajak saya makan mee rebus [Link] di sebelah bangunan tempat saya bekerja.

09 April 2012

April 09, 2012

Muhammad Zulfahmi Khairuddin Ke 6 Di Commercialbank Grand Prix of Qatar 2012

Tidak lengkap berita sukan jika tidak memaparkan kisah kejayaan Zulfahmi Khairuddin menduduki tempat ke 6 kategori Moto3 pada perlumbaan Commercialbank Grand Prix of Qatar 2012 yang berlangsung semalam.


Muhammad Zulfahmi Khairuddin Ke 6 Di Commercialbank Grand Prix of Qatar 2012
Muhammad Zulfahmi Khairuddin Ke 6 Di Commercialbank Grand Prix of Qatar 2012


Memulakan pelumbaan ditempat ke 7, beliau akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke 6. Permulaan cemerlang buat Zulfahmi bagi musim 2012.  

Kejayaan ini tentunya bukan datang dengan mudah kerana semua pelumba terpaksa menyesuaikan diri dengan kategori serta jentera baru untuk Moto3 yang menggantikan kategori 125 pada musim yang lepas.

Berdasakan ujian pra musim yang dijalankan, potensi pelumba ini terserlah apabila berjaya mengadaptasi jentera KTM factory yang dibekalkan. Daripada 6 sesi ujian yang dijalankan, Zulfahmi telah berjaya menempatkan diri didalam kedudukan 10 terbaik bagi 5 sesi ujian.

Berikut adalah kepututusan perlumbaan Commercialbank Grand Prix of Qatar 2012:


1. Maverick Viñales SPA (FTR Honda) 38m 40.995s
2. Romano Fenati ITA (FTR Honda) 38m 45.296s
3. Sandro Cortese GER (KTM) 38m 59.008s
4. Luis Salom SPA (Kalex KTM) 38m 59.195s
5. Miguel Oliveira POR (Suter Honda) 38m 59.740s
6. Zulfahmi Khairuddin MAL (KTM) 39m 0.047s
7. Arthur Sissis AUS (KTM) 39m 0.461s
8. Danny Kent GBR (KTM) 39m 2.093s
9. Louis Rossi FRA (FTR Honda) 39m 2.148s
10. Alex Rins SPA (Suter Honda) 39m 9.728s
11. Alan Techer FRA (TSR Honda) 39m 10.770s
12. Hector Faubel SPA (Kalex KTM) 39m 10.808s
13. Niklas Ajo FIN (KTM) 39m 16.935s
14. Alberto Moncayo SPA (Kalex KTM) 39m 16.978s
15. Jakub Kornfeil CZE (FTR Honda) 39m 19.636s


Tahniah sekali lagi buat Zulfahmi yang bermula cemerlang untuk musim ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.




07 April 2012

April 07, 2012

Bila Difikirkan Semula Kita Tidaklah Semalang Seperti Yang Disangka

Hari ini saya ke bengkel tempat saya menukar gearbox [Link] tempohari untuk melakukan servis setelah ia  mencapai jarak 1000 km pertamanya. 






Sejak menukarnya tempohari, sudah 2 kali saya ke bengkel tersebut untuk melakukan pelarasan semula berikutan terdapat sedikit masalah pada unit ECU gearbox yang kadang-kala gagal berfungsi dengan baik. Memandangkan ia masih lagi dalam tempoh jaminan, saya gunakan sepenuhnya peluang itu untuk menyelesaikan semua masalah sehingga saya berpuas hati.

Alhamdulillah akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik setelah pemeriksaan semula pada sistem pendawaian elektrik ke unit ECU tersebut dilakukan secara menyeluruh.

Setiap kali saya terpaksa menghantar kereta tersebut untuk diperiksa, terpaksalah menelefon pakcik saya untuk meminjam keretanya sebagai persediaaan kerana ditakuti kerja-kerja pemeriksaan tersebut tidak dapat disiapkan dalam masa sehari.




Namun begitu, setiap kali saya ke bengkel tersebut, terdetik juga dihati memikirkan pemilik kereta-kereta yang lebih hebat yang mengalami nasib yang sama dengan saya tempohari.

Entah berapa kos pembaikan terhadap gearbox mereka agaknya? Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kenderaan "continental"! Macam 2 buah kenderaan yang sedang diangkat tu.. Peugeot 407 dan Audi A6. Khabarnya kosnya melebihi RM6K!.

Bila difikirkan semula nasib yang menimpa saya itu, ia tidaklah semalang seperti yang disangka jika dibandingkan dengan pemilik 2 kenderaan diatas!



03 April 2012

April 03, 2012

Punca Kereta Mudah Terbakar

Tertarik dengan berita yang disaiarkan oleh Utusan Malaysia [Link] mengenai punca kebakaran kenderaan. Selama ini ia sering dikaitkan oleh penggunaan minyak RON 95. Ternyata itu hanyalah andaian semata-mata.

Punca utama yang dikaitkan secara langsung ialah pemasangan aksesori serta sistem audio [Link] yang tidak menepati piawaian.





Punca Kereta Mudah Terbakar


Lazimnya barangan yang tidak menepati piawaian ini berharga murah. Disebakan faktor harga yang murah itu, maka ramai yang tertarik untuk memasang peralatan tersebut.

Memasang peralatan atau aksesori yang tidak menepati piawaian umpama meletakkan bom jangka terhadap kenderaan yang berpotensi mendatangkan musibah pada bila-bila masa.

Oleh yang demikian sebelum menambah apa-apa aksesori pada kenderaan terutama yang menggunakan sistem elektrik kenderaan, perlu difikirkan semasak-masaknya. Jika berhasrat meneruskan juga pemasangan tersebut, perlulah mengawasi kerja-kerja pemasangan serta menggunakan peralatan yang menepati piawaian.

Kadangkala peralatan yang asal tanpa sebarang pengubahsuaian adalah lebih baik..

02 April 2012

April 02, 2012

Ingatkan April Fool!

Tengahari tadi isteri saya terperasan satu status di Facebook mengenai bapa saudara saya. Menurut status yang ditulis oleh anaknya, abahnya patah kaki! Ingatkan April Fool tetapi setelah isteri membalas status dan menerima penjelasan, baharulah sah ia bukan lawak!

Jadi petang itu saya sekeluarga mengambil keputusan untuk melawat bapa saudara saya.


Bila sudah sampai ke rumahnya, baharulah tahu akan cerita sebenarnya. Rupa-rupanya beliau kemalangan motorsikal 2 hari yang lalu ketika pulang dari menghantar anaknya ke sekolah. Ingatkan tiada apa yang berlaku, tetapi bila melihatkan bengkak di tepi lututnya tidak beransur surut baharulah beliau mulai risau.