Wordless Wednesday
Mei 30, 2012
30 Mei 2012
29 Mei 2012
Samsung Galaxy S III
Mei 29, 2012
Samsung Galaxy SIII (S3) - RM2199
Samsung Galaxy SIII (S3) [Link] bakal dijual secara rasminya di pasaran tempatan pada 31 Mei 2012. Ditawarkan kepada pengguna di negara ini pada harga RM2199.
3 buah syarikat telekomunikasi utama tempatan iaitu Celcom, Maxis dan Digi telah sedia menerima tempahan awal bagi pengguna yang ingin mendapatkannya pada 31 Mei 2012. Selain itu ketiga-tiga syarikat telekomunikasi utama ini juga menawarkan pakej-pakej yang menarik bagi pengguna yang berhajat untuk memiliki Samsung Galaxy SIII (S3) [Link] .
Jalan-Jalan
Mei 29, 2012
Cuti Sekolah - Sesekali Menggunakan Jalan Lama Seronok Juga!
Sempena cuti sekolah ini, kami sekeluarga merancang untuk balik ke Seremban. Kalau diikutkan perancangan asal, kami akan terus ke Seremban pada hari Sabtu. Memandangkan pada hari Sabtu itu ada majlis perkahwinan yang perlu dihadiri di Felda Keratong 1, akhirnya kami mengambil keputusan untuk singgah ke majlis tersebut sebelum menyambung perjalanan ke Seremban.
Sebenarnya inilah kali pertama kami ke Felda Keratong 1. Walaupun tahu lokasi serta jalan mana yang harus diikuti sebaik sahaja memulakan perjalanan dari Johor Bahru, tidak dinafikan perasaan risau tetap ada. Untuk itu, GPS sentiasa diaktifkan sebagai peneman perjalanan. Kerisauan ini ada asasnya kerana inilah perjalanan jauh pertama yang dilakukan sejak kenderaan kami dibaiki sistem tramsmisinya [Link]. Perjalanan ini umpama menguji sepenuhnya sistem transmisi tersebut!
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Felda Keratong 1 lebih kurang jam 12 tengahari iaitu lebih kurang 3 jam perjalanan dari Johor Bahru. Majlis pernikahan sudah berlangsung pada jam 10 pagi. Jadi ketibaan kami ialah untuk meramaikan lagi bilangan rombongan bagi mengiringi pihak pengantin lelaki untuk ke majlis persandingan.
Sebaik sahaja majlis itu tamat, kami meneruskan perjalanan ke Seremban. Agak teruja juga sebenarnya sebaik sahaja memulakan perjalanan ini dari Johor Bahru. Manakan tidak, kali ini perjalanan pulang ke Seremban menggunakan sepenuhnya jalan lama. Cuma terdapat sedikit kesesakan lalulintas yang menganggu perjalanan sebaik sahaja tiba dikawasan Hutan Lipur Ulu Bendul berikutan terdapatnya kerja-kerja menaik taraf jalan raya di situ. Namun yang lebih mengujakan ialah sebaik sahaja melepasi kawasan hutan lipur tersebut ialah perjalanan menjadi semakin lancar kerana jalan baharu yang menggantikan Jalan Bukit Putus telah siap sepenuhnya!
Sesekali tidak menggunakan lebuh raya bertol pun seronok juga!
28 Mei 2012
Sukan
Mei 28, 2012
F1 - Mark Webber Menang Di Monaco
6 pemenang dalam 6 perlumbaan tentunya memberikan indiktor bahawa perlumbaan Formula 1 (F1) tahun ini sememangnya amat kompetetif. Pelumba dan pasukan yang menghuni 5 tangga teratas mampu menang!
Pada perlumbaan di Monaco Grand Prix 2012, ia menangi oleh Mark Webber. Beliau bermula di petak hadapan apabila Michael Schumacher, pemandu terpantas pada sesi kelayakkan dikenakan 5 grid penalti akibat insiden kemalangan pada perlumbaan lepas. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh Mark Webber untuk mendahului perlumbaan sehingga tamat. Tempat kedua dihuni oleh Nico Rosberg dan ketiga Fernando Alonso.
Pada perlumbaan di Monaco Grand Prix 2012, ia menangi oleh Mark Webber. Beliau bermula di petak hadapan apabila Michael Schumacher, pemandu terpantas pada sesi kelayakkan dikenakan 5 grid penalti akibat insiden kemalangan pada perlumbaan lepas. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh Mark Webber untuk mendahului perlumbaan sehingga tamat. Tempat kedua dihuni oleh Nico Rosberg dan ketiga Fernando Alonso.
24 Mei 2012
Tablet S
Mei 24, 2012
Sony Tablet S Menyokong Andriod 4.0.3
Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa tablet pertama keluaran mereka iaitu Sony Tablet S sudah boleh dikemaskinikan kepada Android 4.0.3 ( Ice Cream Sandwich )[Link]
Tentunya berita ini amat mengembirakan bagi pemilik Sony Tablet S kerana dengan penambahbaikan ini pengguna dapat merasai pengalaman multimedia yang lebih memuaskan. Selain daripada Sony juga menyatakan bahawa penambahbaikan itu melibatkan rombakan semula paparan antara muka serta peningkatan kebolehgunaannya.
23 Mei 2012
Wordless Wednesday
Mei 23, 2012
Version 2.0 - Wordless Wednesday #38
22 Mei 2012
Tips
Mei 22, 2012
Teknologi - Ketinggalan Sedikit Tidak Mengapa
Kalau terlalu terikut-ikut sangat perkembangan teknologi tentunya sedikit sebanyak memberi tekanan terhadap kawalan kredit dan kewangan keluarga secara umumnya.
Didalam masa yang sama sebenarnya kita juga dalam dilemma. Kalau tidak mengikuti langsung teknologi tentunya kita akan ketinggalan. Jika terlalu terikut-ikut pula tentunya ia memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar.
Didalam masa yang sama sebenarnya kita juga dalam dilemma. Kalau tidak mengikuti langsung teknologi tentunya kita akan ketinggalan. Jika terlalu terikut-ikut pula tentunya ia memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar.
18 Mei 2012
Hobi
Mei 18, 2012
Saya Dah Beli Ferrari Itu!
Ferrari 458 Spider baharu sahaja dilancarkan semalam oleh pengedarnya Naza Italia. Kereta ini diperkenalkan pada tahun lepas di Frankfurt Motorshow.
Spesifikasi ringkasnya ialah enjin berkapasiti 4.5 liter, 562 kuasa kuda serta berkemampuan untuk memecut dari 0 - 100km/h dalam masa 3.4 saat!
[Link]
Bila terbaca mengenai harganya yang bermula dari RM1.9 juta sehingga
RM2.2 juta tentunya kita sedia maklum ini bukanlah kereta orang
kebanyakkan. Hanya yang benar-benar super "kaya" mampu membelinya!
Biarpun harganya yang sangat mahal, permintaan terhadap model ini amat memberangsangkan. Tempahan model ini untuk 3 tahun yang akan datang telah pun dipenuhi!
Apa pun ceritanya, saya sebenarnya telah memilikinya awal seminggu sebelum ia dilancarkan oleh Naza Italia dengan kos yang jauh lebih murah!
Saya punya Ferrari 458 Spider warna merah! :D
16 Mei 2012
Hari Pekerja
Mei 16, 2012
Selamat Menyambut Hari Guru
Namun pendirian saya tetap seperti dahulu. Masih mencemburui mereka yang berkerjaya sebagai seorang guru! [Link]
15 Mei 2012
Gadget
Mei 15, 2012
Android Pertama Saya
Saya akui bila bercerita tentang telefon pintar berasaskan Android saya agak ketinggalan memilikinya kerana telefon pintar Windows Mobile [Link] yang sedang digunakan masih belum rosak lagi! Melihat tentang tiadanya keperluan untuk bertukar telah melengahkannya lagi.
Pada penghujung tahun lepas akhirnya saya mengalah! Lebih-lebih lagi apabila syarikat tempat saya bekerja telah melancarkan aplikasi Android yang digunakan oleh para pelanggan untuk memperolehi maklumat serta melakukan urusniaga. Secara tidak langsung Android telah menjadi sebahagian daripada tugas saya.
Tanpa menunggu telefon pintar berasaskan Windows Mobile itu rosak, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Android. Memang satu keputusan yang agak sukar setelah bertahun-tahun menggunakan telefon pintar berasaskan Windows Mobile [Link]. Namun begitu atas tuntutan teknologi dan pekerjaan, memiliki telefon pintar berasaskan Android dilihat sebagai satu keperluan.
14 Mei 2012
Yahoo
Mei 14, 2012
Ross Levinsohn Dilantik CEO Interim Yahoo
13 Mei 2012
Sukan
Mei 13, 2012
F1 - Pastor Maldonado Menang Di Barcelona
Perlumbaan Formula 1 (F1) telah kembali ke benua Eropah. Hampir kesemua pasukan telah mengemaskini jentera mereka untuk terus kompetetif. Antara yang mendapat manfaat ialah Pastor Maldonado yang berjaya memenangi perlumbaan Spanish Grand Prix 2012 yang berlangsung di Circuit de Catalunya, Barcelona.
[Link]
Kemenangan ini tentunya amat bermakna buat Pasukan Williams yang menunggu selama 8 tahun untuk kembali menakluki podium! Kali terakhir jentera Pasukan Williams menduduki podium ialah pada tahun 2004 oleh Juan Pablo Montoya [Link] di perlumbaan Brazil Grand Prix.
11 Mei 2012
Windows Mobile
Mei 11, 2012
Nokia Lumia 610 - RM699
Terpandang iklan Nokia Lumia 610 diakhbar pagi tadi. Tak sangka ia sudah mula dijual di Malaysia. Sangat tertarik dengan reka bentuknya. Nampak ringkas dan kemas!
Selain itu harga yang ditawarkan di
Malaysia juga agak berpatutan iaitu RM699. Nampaknya semakin bertambah meriahlah
segmen telefon pintar kelas pertengahan (budget).
Spesifikasi umumnya ialah CPU 800Mhz (Qualcomm Snapdragon S1 7227A), 256 RAM, Storan Dalaman 8GB, skrin paparan WVGA bersaiz 3.7 inci dan bateri 1300mAh. Peranti ini juga dilengkapi dengan kamera 5MP fokus automatik, denyar LED dan butang kamera dedikasi.
09 Mei 2012
Wordless Wednesday
Mei 09, 2012
Version 2.0 - Wordless Wednesday #37
08 Mei 2012
Yahoo
Mei 08, 2012
CEO Yahoo Tertangkap Menipu Resume!
Malang bagi Yahoo Inc. Sudahlah perniagaan terasnya semakin dihakis pesaing. Isu baru pula timbul apabila CEO nya Scott Thompson telah ditangkap kerana menipu resume!
[Link]
Yang menariknya, Scott Thompson sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Presiden di PayPal dengan rekod yang sangat cemerlang. Apa pun, pihak PayPal juga terlepas pandang isu ini sehinggalah beliau menyerai Yahoo Inc.
07 Mei 2012
Tips
Mei 07, 2012
Bila Tiba Musim Peperiksaan
Bila anak-anak sudah mula bersekolah, segala perancangan serta aktiviti yang bakal dilakukan haruslah mengambil kira faktor tersebut.
Susah juga hendak ke mana-mana lebih-lebih lagi jika ada yang bakal menduduki peperiksaan.
Susah juga hendak ke mana-mana lebih-lebih lagi jika ada yang bakal menduduki peperiksaan.
Jadi perkara yang terbaik bagi memanfaatkan hujung minggu ialah menyediakan ruang bagi anak-anak untuk mengulangkaji secukupnya. Tidak mengapalah jika tidak dapat keluar pada hujung minggu tersebut asalkan dapat membantu anak-anak dalam menyediakan diri mereka secukupnya bagi menghadapi peperiksaan.
04 Mei 2012
Gadget
Mei 04, 2012
Samsung Galaxy SIII (S3) - Lebih Besar Dan Lebih Bijak
Samsung Galaxy SIII (S3) secara rasmi telah dilancarkan di London semalam. Telefon pintar terbaharu ini dilengkapi dengan pelbagai ciri serta perkakasan termaju.
Pelancaran telefon pintar ini juga dilihat sebagai usaha mengukuhkan kedudukan Samsung [Link] sebagai pengeluar peranti telekomunikasi yang utama dunia.
Ciri utama Samsung Galaxy SIII (S3) ialah skrin paparan 4.8-inci Super AMOLED iaitu setengah inci yang lebih besar daripada Samsung Galaxy
SII (S2) serta jauh lebih besar daripada paparan skrin 3.5 inci iPhone 4S [Link].
Walaupun didatangkan dengan skrin besar, Samsung Galaxy SIII (S3) sebenarnya lebih nipis daripada iPhone 4S (8.6mm berbanding 9.33mm) dan sedikit ringan (133 gram berbanding 140
gram).
03 Mei 2012
Tips Blogging
Mei 03, 2012
Berblog Secara Serius? Perlu Sentiasa Konsisten Menulis!
Bila sudah tercuti sehari pada Hari Pekerja [Link] tempohari, rentak biasa berblog turut sama terganggu.
Cabaran untuk mengembalikan semula rentak yang hilang itu agak berat juga. Tetapi masa seperti ini baik juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk singgah ke blog rakan-rakan yang lain.
Kesimpulannya kalau mahu kekal bersemangat, perlu sentiasa konsisten menulis! Jangan tinggalkan blog terlalu lama serta tidak dikemaskini. Ditakuti blog merajuk dan otak jadi malas!
02 Mei 2012
Wordless Wednesday
Mei 02, 2012