BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Jun 2012

Jun 29, 2012

Saya Dapat Lagi Murah!

Apabila kita membuat sesuatu pembayaran atas perkhidmatan atau barangan yang telah dibeli, selalunya amat jarang sekali kita bercerita. Kalau bercerita pun biasanya setelah ditanya atau terdapat situasi yang lebih kurang sama terjadi pada kenalan lain.


Saya Dapat Lagi Murah!

28 Jun 2012

Jun 28, 2012

Anak Kami, Anak-anak Euro

Euro 2012 sudah hampir tiba ke kemuncaknya. Walaupun saya tidak berapa meminati sukan bola sepak, setiap kali tiba kejohanan besar seperti ini sedikit sebanyak akan terkena juga wabaknya [Link].  

Namun begitu dalam banyak-banyak kejohanan bola sepak besar tentunya kejohanan bola sepak Euro lebih mendatangkan kesan dalam kehidupan saya. Maklumlah kedua-dua anak perempuan saya, Nurin Iman dan Nurin Amani lahir ketika berlangsungnya kejohanan bola sepak Euro.


\



Nurin Iman lahir [Link] ketika Euro 2004 yang berlangsung di Portugal manakala Nurin Amani pula lahir [Link] ketika Euro 2008 dimana buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Eropah, 2 buah negara diumumkan menjadi tuan rumah bersama kejohanan iaitu Austria dan Switzerland.




Tahun 2012, Kejohanan bola sepak Euro datang lagi. Kali ini Euro 2012 berlangsung di Poland dan Ukraine. Bagi 2 kejohanan edisi lepas telah menghadirkan khabar gembira buat kami sekeluarga. Untuk kejohanan kali ini lain pula ceritanya.






Kedua-duanya sakit serentak dan menunjukkan simpton-simptom yang sama. Mereka berdua dirujuk ke hospital. Nurin Iman yang sudah agak besar mampu bertahan dan hanya menerima rawatan pesakit luar tetapi bagi si adik yang baru sahaja genap 4 tahun terpaksa dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan yang lebih lanjut [Link]

Apa pun kesudahannya dan pasukan mana pun yang bakal jadi pemenangnya, tentunya setiap kali tiba kejohanan bola sepak Euro akan mengingatkan tentang suka duka kami sekeluarga terutamanya hal yang melibatkan kedua-dua anak perempuan kami. 

Anak kami, anak-anak Euro!


25 Jun 2012

24 Jun 2012

Jun 24, 2012

Angkara Rotavirus!

Alhamdulillah, Nurin Amani telah dibenarkan keluar daripada wad [Link] pada hari Jumaat setelah menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan.


Labatory Report - Rotavirus Detected!

Sangkaan awal kami tentunya sama sekali meleset. Bermacam-macam spekulasi difikirkan dan semuanya lebih menjurus kepada keracunan makanan. Namun begitu berdasarkan laporan makmal, Nurin Amani sebenarnya dijangkiti rotavirus!


Apa Itu Rotavirus?


Apa itu rotavirus?


Rotavirus adalah sejenis virus perut yang mudah dijangkiti. Hampir semua bayi akan dijangkiti rotavirus sebelum usia 5 tahun.

Kenapa rotavirus begitu serius?


Rotavirus mudah dijangkiti menerusi sentuhan biasa setiap hari. Malah ia boleh menyerang tanpa amaran. Jangkitan rotavirus mungkin disangka sakit perut biasa tetapi boleh melarat sehingga menyebabkan kes muntah-muntah atau cirit-birit melebihi 20 kali sehari. Simptomnya boleh berlarutan sehingga 9 hari.

Antara simptom rotavirus adalah:


  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Demam

Simptom-simptom yang dinayatakan ini boleh mengakibatkan dehidrasi iaitu kehilangan cecair badan. Bayi atau kanak-kanak yang dijangkit dengan teruk perlu dibawa ke hospital kerana doktor di klinik biasa tidak dapat meramal atau mengesan sama ada bayi atau kanak-kanak tersebut mengalami jangkitan rotavirus sehingga ujian makmal dilakukan ke atas sampel najis dan darah.

Sekadar membersihkan rumah dan kerap mencuci tangan tidak cukup melindungi bayi dan kanak-kanak daripada jangkitan rotavirus. Sabun dan produk pencuci yang lain tidak dapat membunuh virus ini. Ia mudah merebak dan mampu hidup selama beberapa minggu pada barang-barang mainan dan permukaan-permukaan di dalam rumah.

Bagaimana boleh melindungi bayi dan kanak-kanak daripada rotavirus?


Mujurlah kini ada vaksinasi yang dapat mencegah jenis-jenis rotavirus yang paling lazim. Vaksinasi ini diberi secara oral dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Bayi harus diberi dos pertama sebelum berusia 3 bulan.

Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, sentiasalah berwaspada. Perlu sentiasa memerhati serta memantau perkembangan anak-anak. Pastikan aspek kebersihan sentiasa menjadi keutamaan. Jika ada yang tidak kena segeralah berjumpa dengan doktor. Virus ini memang spesifik menyerang kanak-kanak dibawah usia 5 tahun.

21 Jun 2012

Jun 21, 2012

Nurin Amani Dimasukkan Ke Wad

Sejak semalam Nurin Amani telah menunjukkan tanda-tanda seperti mahu demam dan tiada selera makan. Keadaannya bertambah teruk pada sebelah petangnya. Kali ini dia sudahpun mula muntah-muntah setiap kali diberikan minuman atau makanan. 

Melihat keadaannya semakin teruk, Azza membawanya ke klinik. Namun begitu doktor di klinik tersebut menyatakan jika keadaan muntah-muntah ini berterusan sehingga keesokan harinya, Nurin Amani hendaklah dikejarkan ke hospital! 



20 Jun 2012

Jun 20, 2012

Sekali Sekala Bereksperimen Dengan Warna

Amat jarang sekali blog ini ditukarkan rupa parasnya. Sebenarnya saya seakan sudah berpuas hati dengannya. Rasanya tiada apa lagi yang perlu diubah dari segi susun atur dan penampilan kosmetiknya. 
 

19 Jun 2012

Jun 19, 2012

Surface Daripada Microsoft

Akhirnya spekulasi mengenai sistem pengoperasian Windows 8 [Link] serta tablet pertama dari Microsoft yang bakal memasuki pasaran terjawab. Semalam secara rasminya ianya diperkenalkan kepada umum. Tablet pertama keluaran Microsoft ini dikenali sebagai Surface.


[Link]

18 Jun 2012

Jun 18, 2012

Sempena Sambutan Hari Bapa

Helaian kertas dari buku latihan yang dilukis sempena hari bapa semalam oleh kedua-dua anak perempuan saya membuatkan saya tidak jadi marah!



Selalunya jika kertas dari buku latihan digunakan untuk tujuan contengan, saya memang agak geram. Maklumlah dahulu kedua ibu bapa saya juga begitu! Jika buku latihan semakin menipis sedangkan kerja sekolah belum melepasi bahagian tengah buku, tentu ada aktiviti lain [Link] yang bukan berbentuk akademik telah dilakukan. Maka bersedialah untuk disoal jawab secara intensif!



Tetapi untuk hari yang istemewa ini, perbuatan itu dimaafkan! 



17 Jun 2012

Jun 17, 2012

Nurin Amani - 4 Tahun

Sejak menyambut hari lahir kakanya 4 hari yang lepas, Nurin Amani tidak henti-henti bertanyakan tentang kek untuk hari lahirnya. 

Semalam kami mengambil keputusan untuk membelikan kek comel seperti yang dihajatinya dan berpesan padanya bahawa kek tersebut hanya boleh dipotong pada esoknya kerana hari lahirnya adalah pada 17 Jun bersamaan dengan sambutan hari bapa.



15 Jun 2012

Jun 15, 2012

Nokia Lumia 900 - RM1799

Akhirnya Nokia Lumia 900 [Link] secara rasminya boleh didapati di Malaysia dengan harga RM1799.

Telefon pintar yang memenangi anugerah The CNET Best of CES 2012  merupakan gadget yang ditunggu-tunggu oleh peminat Nokia seluruh dunia.

Telefon pintar ini mendapat perhatian peminat gadget apabila SIRI pada iPhone 4S [Link] memberikan jawapan yang agak kontroversi apabila ditanya "What is the best smartphone ever?"


14 Jun 2012

Jun 14, 2012

Nurin Iman - 8 Tahun

Semalam kami meraikan hari ulang tahun Nurin Iman yang ke 8. Kali ini dia benar-benar seronok kerana buat pertama kalinya berpeluang meraikannya bersama rakan-rakan di sekolah!

Maklumlah sejak beliau berusia 5 tahun, sambutan hari jadinya sentiasa terkena ketika musim cuti sekolah!




Seperti yang diduga, kek cokelat [Link] menjadi pilihannya sejak dia berusia 5 tahun!  Tidak mengapalah, asalkan dia gembira dengan pilihannya.

3 hari lagi hari lahir adiknya pula menyusul. Kami pernah cuba untuk menyambutnya serentak tetapi idea tersebut tentunya tidak dapat diterima oleh Nurin Iman kerana dia tidak sanggup menunggu 4 hari lewat untuk meraikan hari jadinya!


11 Jun 2012

Jun 11, 2012

F1 - Lewis Hamilton Menang Di Montreal

Perlumbaan Formula 1 (F1) pusingan ke 7 Canadian Grand Prix 2012 yang berlangsung pada 10 Jun 2012 di Circuit Gilles Villeneuve, Montreal telah menampilkan seorang lagi pemenang lain. 7 pemenang berbeza untuk 7 perlumbaan di musim 2012!

Pelumba yang bertuah pada perlumbaan di Montreal kali ini ialah Lewis Hamilton. Beliau memulakan perlumbaan di petak ke 2. Namun diakhir perlumbaan beliau berjaya mendahului perlumbaan apabila Sebastian Vettel [Link] membuat hentian pit agak lewat untuk menukar tayar pada pusingan ke 64 iaitu 6 pusingan sebelum perlumbaan tamat!




Jun 11, 2012

Aktiviti Yang Membunuh Keseronokan Berbicara Tentang Bola Sepak

Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya amat mengalu-alukan ketibaan kejohanan bola sepak terhebat di Eropah iaitu Euro 2012. Seperti yang lain juga saya sudah terkena wabaknya! [Link]

Dikala orang seperti saya seronok menikmati seni permainan peringkat tertinggi sukan bola sepak yang disajikan oleh pasukan yang bertanding, ada pihak lain pula yang cuba membuat keuntungan darinya!  

09 Jun 2012

Jun 09, 2012

Ini Bukan Jangkitan Biasa, Ia Sudah Jadi Wabak!

Kejohanan bola sepak terunggul di Eropah (Euro 2012) sudah tiba lagi. Kali ini kejohanan berlangsung di Poland dan Ukraine. Diadakan setiap 4 tahun sekali iaitu  2 tahun sebelum Kejohanan Piala Dunia bermula. 

Selalunya bila tiba kejohanan bola sepak besar seperti ini (Euro 2012) sedikit sebanyak akan menganggu kelancaran operasi di pejabat. Maklumlah bagi peminat tegar bola sepak tentunya menuntut mereka untuk berjaga sehingga lewat pagi untuk menyaksikan perlawanan pasukan yang diminati. Pada masa sebeginilah produktiviti akan mengalami sedikit penurunan.

05 Jun 2012

Jun 05, 2012

Jalan-Jalan Di Iskandar Malaysia - Zon Ekonomi Utama B : Nusajaya

Antara tempat yang berdekatan dengan kediaman kami tetapi belum sekali pun berkesempatan untuk singgah di sana ialah Pelabuhan Puteri (Puteri Harbour) dan Kota Iskandar yang terletak di dalam Kawasan Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia), Nusajaya. Mungkin kerana kawasan disekitarnya masih dalam pembinaan serta belum dibangunkan sepenuhnya membuatkan keinginan untuk pergi dipendamkan dahulu.

Kadang-kadang terasa malu juga apabila ditanya oleh rakan-rakan serta saudara mara yang tinggal di negeri lain mengenai Kawasan Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia) [Link] yang sentiasa mendapat liputan meluas di media. Sejujurnya kami yang tinggal berhampiran pun masih belum menyempatkan diri untuk singgah di sana!

Pelabuhan Puteri (Puteri Harbour)
Pelabuhan Puteri (Puteri Harbour)

04 Jun 2012

Jun 04, 2012

Bug Pada Aplikasi Instagram Telah Diperbaiki!

Sejak beberapa hari yang lepas terdapat beberapa komen daripada pengguna tegar yang tidak menyenangkan mengenai Instagram [Link]. 


Semuanya gara-gara aplikasi pada platform Android tersebut memaparkan mesej "Instagram (process com.instagram.android) has stopped unexpectedly". Berdasarkan mesej tersebut, ternyata memang terdapat "bug" pada aplikasi!

01 Jun 2012

Jun 01, 2012

Public Ittikal - Agihan Kasar 5.25 Sen Seunit (2012)

Public Mutual telah mengumumkan agihan pendapatan untuk 7 dana amanah yang dikendalikan oleh pihak mereka. Antara dana amanah yang terlibat ialah Public Ittikal Fund [Link], Public Islamic Equity Fund, Public Islamic Select Treasures Fund,  Public Dividend Select Fund, PB ASEAN Dividend Fund, Public Balanced Fund dan Public Select Bond Fund.

Tentunya ini adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur dan berikut adalah jadual pendapatan seunit bagi 7 dana amanah yang telah pun diumumkan secara rasminya pada 31/05/2012 :