Blogger Tegar
Julai 31, 2012
31 Julai 2012
29 Julai 2012
Sukan
Julai 29, 2012
F1 - Lewis Hamilton Menang Di Hungaroring
27 Julai 2012
Sukan
Julai 27, 2012
F1 - Hungarian Grand Prix 2012 Live Stream
Perlumbaan F1 - Hungarian Grand Prix 2012 akan berlangsung di Litar Hungaroring, Mogyoród, Hungary bermula 27 - 29 Julai.
Litar ini siap dibina pada tahun 1986. Jarak sepusingan ialah 4.381km serta mempunyai 14 selekoh. Perlumbaan akan dimulakan mengikut arah putaran jam.
Litar ini siap dibina pada tahun 1986. Jarak sepusingan ialah 4.381km serta mempunyai 14 selekoh. Perlumbaan akan dimulakan mengikut arah putaran jam.
Untuk menonton sesi latihan, sesi kelayakan dan perlumbaan F1 - Hungarian Grand Prix 2012, Sila klik pautan ini [Link].
26 Julai 2012
Tips
Julai 26, 2012
Ramadan, Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok
Alhamdulillah, sudah 6 hari kita berpuasa di bulan Ramadan.
Tiada apa yang ingin saya sampaikan melainkan sentiasa cuba mengingatkan diri sendiri agar cuba sedaya upaya menggunakan peluang di bulan yang mulia ini untuk mempertingkatkan diri serta memohon keredhaan daripada yang maha Esa.
Tiada apa yang ingin saya sampaikan melainkan sentiasa cuba mengingatkan diri sendiri agar cuba sedaya upaya menggunakan peluang di bulan yang mulia ini untuk mempertingkatkan diri serta memohon keredhaan daripada yang maha Esa.
Seperti tahun-tahun yang lepas, saya ingin ulangi pesanan ikhlas ini [Link]. Ditujukan khas buat yang masih merokok, gunakanlah peluang yang terhidang ini (Ramadan) untuk meninggalkan tabiat tersebut.
Jalan keluar didepan mata
Kalau sepanjang hari mampu bertahan daripada merokok. Apalah salahnya meneruskan usaha tersebut sehingga ke malam hari dan seterusnya ke hari-hari yang berikutnya.
Ambil keberkatan bulan Ramadan untuk memulakan sesuatu yang lebih positif. Insyallah ia akan berjaya!
Ramadan, masa terbaik untuk berhenti merokok.
25 Julai 2012
Samsung Galaxy Ace Plus
Julai 25, 2012
Samsung Galaxy Ace Plus - RM699
Online TV
Julai 25, 2012
Jadual Lengkap Barclays English Premier League (EPL) Musim 2012 / 2013
Semua jadual perlawanan yang dinyatakan adalah berdasarkan Waktu Malaysia GMT+8 (tempatan) bagi memudahkan ianya dijadikan rujukan. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada peminat sukan bola sepak secara amnya.
Untuk menonton perlawanan yang dinyatakan secara online sila klik pautan ini [Link]
Untuk menonton perlawanan yang dinyatakan secara online sila klik pautan ini [Link]
Berikut adalah kedudukan semasa pasukan-pasukan yang bertanding:
Berikut adalah jadual perlawanan lengkap bagi Barclays English Premier League (EPL), Musim 2012/2013:
Ogos
Sabtu, 18 Ogos 2012
Arsenal V Sunderland, Emirates Stadium 22:00
Fulham V Norwich, Craven Cottage 22:00
QPR V Swansea, Loftus Road Stadium 22:00
Reading V Stoke, Madejski Stadium 22:00
West Brom V Liverpool, The Hawthorns 22:00
West Ham V Aston Villa, Upton Park 22:00
24 Julai 2012
Hiburan
Julai 24, 2012
Komputer Muzik
Percaya atau tidak "music video" ini sudah ada pada tahun 1984. Memang agak mendahului zaman. Tahniah pada Francissca Peter [Link] kerana berani menghasilkan "music video" sebegini.
23 Julai 2012
Sukan
Julai 23, 2012
F1 - Fernando Alonso Menang Di Hockenheim
Fernando Alonso [Link] menjadi pelumba pertama yang memenangi 3 perlumbaan dalam musim 2012 setelah berjaya memenangi perlumbaan German Grand Prix 2012.
Menjadi pelumba terpantas semasa sesi kelayakan dan beliau akhirnya menepati ramalan dengan memenangi perlumbaan tersebut.
Menerusi kemenangan ini, Fernando Alonso turut mencatat rekod peribadi kemenangan yang ke 30 sepanjang kariernya. Dengan kemenangan ini, Fernando Alonso semakin menjarakkan dirinya dalam pungutan mata keseluruhan senarai pemandu musim ini dengan kelebihan 34 mata mengatasi pelumba di tempat kedua iaitu Mark Webber [Link].
Menerusi kemenangan ini, Fernando Alonso turut mencatat rekod peribadi kemenangan yang ke 30 sepanjang kariernya. Dengan kemenangan ini, Fernando Alonso semakin menjarakkan dirinya dalam pungutan mata keseluruhan senarai pemandu musim ini dengan kelebihan 34 mata mengatasi pelumba di tempat kedua iaitu Mark Webber [Link].
21 Julai 2012
Tips
Julai 21, 2012
Tips Untuk Membangunkan Anak Bersahur #2
20 Julai 2012
Ramadan
Julai 20, 2012
Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Buat Semua #2
Ramdan datang lagi. Harapan saya ialah semoga Ramadan tahun ini dapat disambut dengan keadaan yang kekal aman seperti tahun-tahun sebelumnya.
Dikesempatan ini, Saya juga ingin memohon ampun
dan maaf sekiranya selama berblog ada menyinggung perasaan
mana-mana pihak secara sengaja atau tidak.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini. Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Buat Semua.
19 Julai 2012
Hiburan
Julai 19, 2012
Hantu Kapcai - Klip Eksklusif #1
Ajib, Mat rempit [Link] yang mati ketika perlumbaan haram perlu melunaskan
hutang duniawinya untuk membebaskannya dari terus terperangkap di antara
alam nyata dan ghaib.
18 Julai 2012
Wordless Wednesday
Julai 18, 2012
Version 2.0 - Wordless Wednesday #45
17 Julai 2012
16 Julai 2012
Ramadan
Julai 16, 2012
Niat Puasa Ramadan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami.
Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz Setiap Malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
15 Julai 2012
Personaliti
Julai 15, 2012
Stacy - Pelangi Senja
A video produced,
directed
and edited by Ghaz Abu Bakar.
and edited by Ghaz Abu Bakar.
Director of Photography - Husni
Hassan.
Production Manager - Izuan Mokhtar
Wardrobe by Yana Husin.
Make
Up by Tiar Zainal
Song Composed by Taja and written by Tun Teja.
Location: Semporna, Sabah.
Ramadhan Buffet
Julai 15, 2012
Ramadan Buffet 2012 Johor Bahru
Untuk Senarai Ramadan Buffet 2015 Johor Bahru, sila rujuk pautan ini [Link].
Antaranya ialah JB Catering & Food Supplies, GoodHope Hotel, 11@Century Hotel, Hotel Selesa Johor Bahru, Hotel Selesa Pasir Gudang, Le Grandeur Palm Resort Senai, M Suites Hotel, Restoran Malay Village, Hotel Mutiara, New York Hotel, Pulai Springs Resort, The Puteri Pacific, Silka Hotel, Tanjong Puteri Golf Resort, Grand Paragon Hotel, Hotel Sentral, Ponderosa Golf & Country Club, The Zon Regency Hotel, Alibaba Karaoke, Hotel Seri Malaysia, KSL Hotel & Resort, Abah Beriani House, Restoran Anjung Warisan, Banafee Village, Pulai Desaru Beach Resort & Spa, Johor Golf & Country Club, Grand BlueWave Hotel, Suria City Hotel dan Thistle Hotel.
Harga "Ramadan Buffet" bermula dari RM25 nett sehingga RM95++. Secara keseluruhannya memang terdapat kenaikan pada harga untuk tahun 2012 berbanding dengan tahun 2011 [Link]. Namun begitu terdapat juga premis yang masih mengekalkan harga seperti tahun sebelumnya, malah ada juga premis yang menurunkan harga buffet mereka seperti yang dilakukan oleh Pulai Springs Resort.
Berikut adalah sebahagian daripada poster serta banner promosi yang diambil daripada halaman web rasmi serta Facebook Page hotel dan restoran berkenaan. Bagi yang berminat terutamanya boss-boss syarikat, silalah membuat tempahan. Inilah masa yang sesuai untuk membelanja para pekerja!
Harga "Ramadan Buffet" bermula dari RM25 nett sehingga RM95++. Secara keseluruhannya memang terdapat kenaikan pada harga untuk tahun 2012 berbanding dengan tahun 2011 [Link]. Namun begitu terdapat juga premis yang masih mengekalkan harga seperti tahun sebelumnya, malah ada juga premis yang menurunkan harga buffet mereka seperti yang dilakukan oleh Pulai Springs Resort.
Berikut adalah sebahagian daripada poster serta banner promosi yang diambil daripada halaman web rasmi serta Facebook Page hotel dan restoran berkenaan. Bagi yang berminat terutamanya boss-boss syarikat, silalah membuat tempahan. Inilah masa yang sesuai untuk membelanja para pekerja!
Untuk memeriksa Status Halal premis berkaitan sila rujuk [Link]
14 Julai 2012
Ramadan
Julai 14, 2012
Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433 Bagi Negeri Johor
Panduan Kadar Fitrah
Harga Fitrah RM 5.00
|
Harga Fitrah RM 8.00
|
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras
gred/jenis super tempatan 15% hancur (Beras Nasional) sahaja yang
berharga RM1.80 sekilogram.
|
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).
|
13 Julai 2012
Ramadan
Julai 13, 2012
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1433 / 2012
Untuk Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1435 / 2014, sila rujuk pautan ini [Link].
Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1433 / 2012 yang telah secara rasminya dikeluarkan oleh Jakim.
Zon 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Zon 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau berdekatan dengannya.
Zon 3 - Daerah Pontian dan Kluang.
Zon 4 - Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor.
12 Julai 2012
Blogger Tegar
Julai 12, 2012
Bila Sudah Jemu.. #1
11 Julai 2012
Wordless Wednesday
Julai 11, 2012
Version 2.0 - Wordless Wednesday #44
10 Julai 2012
Tips
Julai 10, 2012
Memasang Kad Grafik - Budak Sekolah Pun Boleh Buat #2
Memang sudah lama saya tidak membeli komponen komputer. Sejak beberapa tahun yang lepas saya sudah mula mengurangkan pengelibatan
dalam kerja-kerja teknikal berkaitan komputer.
Barangkali juga kerana komitmen terhadap keluarga semakin meningkat dan mungkin juga kerja-kerja teknikal sebegini sudah kurang cabarannya [Link].
Barangkali juga kerana komitmen terhadap keluarga semakin meningkat dan mungkin juga kerja-kerja teknikal sebegini sudah kurang cabarannya [Link].
Gigabyte HD 6450 |
Pada hari Sabtu yang lepas saya ke Digital Valley, Danga City Mall. Tujuannya ialah untuk membeli kad grafik.
Kad grafik daripada Gigabyte HD 6450 [Link] chipset AMD RADEON menjadi pilihan. Tentunya faktor harga yang agak berpatutan dan jaminan selama 3 tahun yang ditawarkan mempengaruhi pembelian tersebut. Dengan kos sebanyak RM150 kad grafik kategori permulaan ini dibawa pulang. Walaupun berada pada kategori permulaan, ia sudah cukup untuk menyokong kebanyakkan perisian permainan yang popular sekarang dan juga sesuai untuk melakukan kerja-kerja perkomputeran umum.
Gigabyte HD 6450 |
Memang tidak dinafikan teknologi semakin hebat. Sejak popularnya papan ibu yang mengintegrasi semua dalam satu, menambah kad grafik adalah sekadar pilihan. Terus terang saya katakan, kali terakhir saya membeli kad grafik adalah semasa teknologi AGP masih lagi diarus perdana. Sekarang kad grafik sudah berteknologi PC-I Express version 3.0! Walaupun teknologi sudah berubah, asas dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan komputer tetap sama. Jadi tidak susah untuk mengesan kerosakkan jika faham tentang asas tersebut.
PC yang bakal menerima kad grafik baharu itu telah pun disahkan mengalami masalah pada perkakasan kad grafiknya tempohari. Terdapat beberapa kapasitornya yang telah pecah. Jadi memang perlu segera digantikan komponen tersebut untuk membolehkan PC itu kembali berfungsi seperti biasa.
Kerja mengganti dan memasang kad grafik tidaklah sesukar mana. Cuma perlu mencabut kad grafik yang lama dan pasangkan kad grafik yang baharu pada komponen papan ibu. Hidupkan PC dan pasangkan driver untuk kad yang baharu. Uji dan gunakan aplikasi berintensifkan grafik untuk menguji kestabilan PC. Jika semuanya tiada masalah, maka selesailah tugas menggantikan kad grafik tersebut.
Err.. Secara seriusnya, budak sekolah pun boleh buat [Link]!
09 Julai 2012
IKEA
Julai 09, 2012
IKEA Malaysia Sale 5 - 22 July 2012
Mungkin ramai yang sudah tahu. IKEA Malaysia [Link] sedang mengadakan jualan murah bermula pada 5 - 22 Julai 2012. Peluang untuk mendapatkan perabot idaman serta barangan kelengkapan rumah dengan harga yang menarik.
Bila bercerita tentang IKEA [Link], tentunya saya sukakan idea hiasan dalaman mereka yang ringkas dan praktikal. Sangat sesuai bagi pemilik kediaman kecil.
[Link]
08 Julai 2012
Sukan
Julai 08, 2012
F1 - Mark Webber Menang Di Silverstone
Nampaknya Litar Silverstone menyaksikan seorang lagi pemenang 2 perlumbaan selapas Fernando Alonso [Link] melakukannya pada perlumbaan yang lepas.
Kali ini pelumba yang bertuah ialah Mark Webber [Link]. Beliau menjadi pelumba ke 2 yang memenangi 2 perlumbaan pada musim ini selepas melakukannya di Monaco. Litar Silverstone yang menjadi hos bagi perlumbaan British Grand Prix 2012 sememangnya amat bertuah buat pelumba ini kerana beliau merupakan pemenang pada tahun 2010.
[Link]
Gadget
Julai 08, 2012
Samsung Galaxy Note II Bakal Dilancarkan Ogos 2012
07 Julai 2012
Gadget
Julai 07, 2012
iPad Mini Bakal Dilancarkan Oktober 2012
Apple [Link] dijangka akan melancarkan iPad bersaiz mini sekitar Oktober tahun ini menurut laporan Bloomberg. Berita tersebut dikukuhkan lagi oleh beberapa pembekal komponen yang mengesahkan bahawa mereka telah menerima tempahan komponen untuk tujuan pembuatan gadget yang diyakini sebagai iPad Mini [Link].
[Link]
05 Julai 2012
Windows Mobile
Julai 05, 2012
Inovasi Input Dan Papan Kekunci Daripada Microsoft
Masalah utama bagi pemilik peranti telefon pintar ialah untuk menaip menggunakan ibu jari seperti pada telefon bimbit biasa. Disebabkan hal tersebut ramai pengguna masih lagi kekal menggunakan telefon bimbit biasa walaupun harga peranti telefon pintar semakin murah sekarang.
Kira-kira setahun yang lepas terdapat laporan bahawa Microsoft telah memulakan usaha untuk mereka semula aplikasi input dan papan kekunci untuk peranti telefon pintar keluaran mereka. Akhirnya gambar mengenai inovasi terkini daripada Microsoft telah pun didedahkan oleh pihak Microsoft Research melalui nota pembentangan kertas kerjanya.
04 Julai 2012
Wordless Wednesday
Julai 04, 2012
Version 2.0 - Wordless Wednesday #43
03 Julai 2012
Hiburan
Julai 03, 2012
Hantu Kapcai - Rempit Sampai Mati!
Ajib, Mat rempit [Link] yang mati ketika perlumbaan haram perlu melunaskan
hutang duniawinya untuk membebaskannya dari terus terperangkap di antara
alam nyata dan ghaib.
02 Julai 2012
Makan-Makan
Julai 02, 2012
Burger King - Hottest Deals!
Pada pengemar makanan segera berasaskan "Burger", ini ada berita baik. Burger King Malaysia telah menawarkan menu terbaharu iaitu "Hottest Deals" pada harga yang lebih rendah untuk jangkamasa terhad.
Hidangan sederhana ini tentunya akan memikat pelanggan kerana harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan. Maklumlah, selama ini Burger King memang terkenal dengan menu yang berharga agak tinggi berbanding dengan pesaingnya.
[Link]
Sukan
Julai 02, 2012
UEFA Euro 2012 - Spain Juara!
Euro 2012 telahpun melabuhkan tirainya. Pasukan Sepanyol telah sah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan Itali dengan jaringan 4 - 0.
Disamping itu sejarah baharu juga tercipta. Pasukan Sepanyol merupakan pasukan yang pertama berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2008 dan menjadi pasukan pertama yang memenangi 3 kejohanan bersar berturut-turut!
Disamping itu sejarah baharu juga tercipta. Pasukan Sepanyol merupakan pasukan yang pertama berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2008 dan menjadi pasukan pertama yang memenangi 3 kejohanan bersar berturut-turut!
Sebaik sahaja kejohanan bola sepak ini bermula pada awal bulan Jun yang lepas, sedikit sebanyak telah menjejaskan produktiviti [Link] kebanyakkan warga pekerja di negara ini. Maklumlah semua perlawanan berlangsung ketika sepatutnya kita tidur!
Kini semuanya sudah selesai. Seharusnya rutin kehidupan sudah boleh kembali normal. Kita semua boleh menumpukan semula segala usaha dan tenaga kepada pekerjaan serta aspek kehidupan yang lain yang telah terjejas sebelum ini.
Pun begitu cabaran bagi peminat bola sepak tentunya bakal diuji lagi kerana Sukan Olimpik London 2012 yang bakal tiba pada penghujung bulan nanti. Seperti yang diketahui umum, bola sepak tersenarai sebagai salah satu acara dalam temasya sukan tersebut. Istimewa kali ini ialah kemunculan Pasukan Great Britain (GB) dalam acara bola sepak. Tentunya ramai kaki bola yang ternanti-nanti pasukan Great Britain beraksi buat pertama kalinya.
Hmmm.. Nampaknya wabak bola hanya reda buat seketika!
Hmmm.. Nampaknya wabak bola hanya reda buat seketika!
01 Julai 2012
Social Networking
Julai 01, 2012
Instagram Mengalami Gangguan Perkhidmatan
Sebaik sahaja mengemaskini aplikasi Instagram [Link] semalam, saya dapati aplikasi tersebut tidak dapat berfungsi sepenuhnya seperti biasa.
Walaupun terasa kelancaran aplikasi tersebut selepas dikemaskini, kegagalan untuk memuat naik gambar-gambar yang diambil adalah amat mengecewakan. Mungkinkan ia berpunca daripada kemaskini aplikasi Instagram yang terbaharu [Link]? Segera mencari maklumat dan kepastian mengenainya.