Merdeka
Ogos 31, 2012
31 Ogos 2012
30 Ogos 2012
IKEA
Ogos 30, 2012
Katalog IKEA Malaysia 2013
Katalog IKEA Malaysia 2013 telah pun dikeluarkan.
Bagi yang masih tercari-cari idea bagaimana untuk memanfaatkan dan
memaksimumkan penggunaan ruang yang terhad, bolehlah membaca untuk
mendapatkan inspirasi melaluinya.
Bila sudah membelek-belek katalog terbaharu ini memang terasa rugi dan bersalah apabila ruang yang sedia ada di kediaman tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Kadang-kadang
idea ringkas, praktikal disertakan dengan perabot yang bersesuaian
mampu menyerlahkan potensi dan memberikan fungsi terhadap tempat
tersebut.
Unit Amanah
Ogos 30, 2012
ASW 2020 - Dividen 6.60 Sen Seunit (2012)
29 Ogos 2012
Wordless Wednesday
Ogos 29, 2012
Version 2.0 - Wordless Wednesday #50
28 Ogos 2012
SMS
Ogos 28, 2012
Ancaman Penipuan Melalui SMS
Berikut adalah jenis-jenis ancaman penipuan melalui SMS yang didedahkan oleh Mobile Content Providers Association (MMCP) melalui presidennya, Azli Paat.
Situasi biasa yang dihadapi oleh pengguna perkhidmatan telefon mudah alih di negara ini apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan ayat-ayat mengelirukan bagi menarik perhatian pengguna.
Situasi biasa yang dihadapi oleh pengguna perkhidmatan telefon mudah alih di negara ini apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan ayat-ayat mengelirukan bagi menarik perhatian pengguna.
26 Ogos 2012
Hari Raya
Ogos 26, 2012
Aktiviti Berziarah Diteruskan
Semalam kami meneruskan agenda berziarah. Sempat juga pergi ke 4 buah rumah. Dimulakan dengan rumah jiran-jiran bersebelahan dan kemudiannya ke rumah pakcik dan emak saudara yang berada di sekitar Johor Bahru.
Manfaatkan teknologi
Memandangkan hujung minggu ini masih ramai lagi yang masih belum kembali dari kampung halaman, sebelum menerjah ke sesebuah lokasi adalah lebih baik memanfaatkan teknologi yang sedia ada untuk menghubungi mereka dahulu. Jika sudah pasti bahawa tuan rumah ada dan bersedia menerima tetamu, baru boleh meneruskan rancangan berziarah.
25 Ogos 2012
Gadget
Ogos 25, 2012
Samsung dan Apple - Pengakhiran Terhadap Kisah Cinta Pelik
Sekitar bulan Oktober 2011, saya ada menulis mengenai kisah kedua buah syarikat gergasi yang mempunyai perhubungan perniagaan yang agak unik [Link].
Setelah mengharungi beberapa siri pertikaian didalam makhamah dibeberapa buah negara, akhirnya ia mencapai kemuncaknya.
[Link]
Pengakhiran kepada kisah ini akhirnya terjawab dan memihak kepada Apple.
Hari Raya
Ogos 25, 2012
Hujung Minggu Yang Dinanti-nantikan
23 Ogos 2012
Samsung Galaxy Beam
Ogos 23, 2012
Samsung Galaxy Beam - RM1599
Saya bersetuju jika keunikan menjadi ciri utamanya Samsung Galaxy Beam tentunya menjadi calon yang sesuai.
Samsung [Link] sekali lagi mendahului para pesaingnya dengan melakukan inovasi produk iaitu dengan mengintegrasikan fungsi "projector" ke dalam telefon pintar.
Samsung [Link] sekali lagi mendahului para pesaingnya dengan melakukan inovasi produk iaitu dengan mengintegrasikan fungsi "projector" ke dalam telefon pintar.
McDonalds
Ogos 23, 2012
Lengkapkan Koleksi Terhad McDonalds Pada Harga Yang Hebat
Bermula 18 Ogos 2012 yang lepas, McDonalds Malaysia menawarkan set lengkap 6 buah gelas keluaran terhad Sukan Olimpik, Coca-Cola London 2012 pada harga diskaun.
6 buah gelas tersebut ditawarkan pada harga RM12.95 atau RM2.50 sebuah tanpa perlu membeli set menu makanan McDonalds.
Tentunya tawaran ini adalah terhad dan sehingga stok masih ada. Bagi yang belum melengkapkan koleksi ini, jangan lepaskan peluang memilikinya pada harga yang hebat!
22 Ogos 2012
Wordless Wednesday
Ogos 22, 2012
Version 2.0 - Wordless Wednesday #49
21 Ogos 2012
Hari Raya
Ogos 21, 2012
Bila Cuti Panjang...
Memulakan sesuatu yang sudah agak lama ditinggalkan memang agak mencabar. Memang susah untuk mendapatkan rentak biasa. Maklumlah bila sudah lama berehat tentunya rutin baharu yang agak santai itu segera meresap dan sebati dengan jiwa.
Nampaknya ini ialah sindrom biasa apabila sudah lama bercuti. Setiap kali bercuti skripnya adalah lebih kurang sama iaitu sukar untuk mendapatkan kembali rentak produktif dalam menulis.
17 Ogos 2012
Hari Raya
Ogos 17, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin
Rasanya ada diantara kita yang
sudah sampai ke kampung halaman. Maklumlah anak-anak sekolah pun sudah
mula bercuti, kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk pulang awal ke
kampung.
Insyallah
kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kampung pada hari Sabtu
sebaik sahaja segala urusan berkaitan diselesaikan. Tahun ini tidak dapat bercuti panjang. Hari Khamis sudah kembali bertugas. Untuk cuti yang sesingkat ini, Insyallah akan kami
manfaatkan sepenuhnya untuk berziarah.
16 Ogos 2012
Realiti
Ogos 16, 2012
Bila Rambut Mulai Beruban
Semalam saya pergi ke kedai gunting. Memang sudah sampai masanya untuk menggunting rambut yang sudah agak panjang. Lagipun Hari Raya bakal disambut beberapa hari lagi. Tentunya saya mahu kelihatan kemas pada hari yang mulia.
Semasa sedang mengunting rambut, saya diberitahu oleh pakcik tukang gunting bahawa rambut saya sudah mulai beruban.
Tanpa berlengah saya terus menyatakan bahawa apabila usia sudah hampir memasuki usia 40an, ini adalah antara tanda-tandanya. Tiada apa nak dihairankan.
Bertambah terkejut pakcik tukang gunting kerana beliau tidak menyangka usia saya sebegitu. Katanya lagi, tak nampak macam nak masuk 40an! OK, bahagian itu buat saya senyum!
Tanpa berlengah saya terus menyatakan bahawa apabila usia sudah hampir memasuki usia 40an, ini adalah antara tanda-tandanya. Tiada apa nak dihairankan.
Bertambah terkejut pakcik tukang gunting kerana beliau tidak menyangka usia saya sebegitu. Katanya lagi, tak nampak macam nak masuk 40an! OK, bahagian itu buat saya senyum!
15 Ogos 2012
Wordless Wednesday
Ogos 15, 2012
Version 2.0 - Wordless Wednesday #48
14 Ogos 2012
Proton
Ogos 14, 2012
Lagu Raya Proton 2012
13 Ogos 2012
Hiburan
Ogos 13, 2012
Hantu Kapcai - Klip Eksklusif #2
Ajib, Mat rempit [Link] yang mati ketika perlumbaan haram perlu melunaskan
hutang duniawinya untuk membebaskannya dari terus terperangkap di antara
alam nyata dan ghaib.
Mampukah Ajib mencari ketenangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarganya?
12 Ogos 2012
Realiti
Ogos 12, 2012
Persiapan Hari Raya 2012 #1
Nampaknya tahun ini persiapan untuk menyambut Hari Raya bermula agak perlahan. Insyallah semuanya bakal dibereskan pada minggu hadapan. Amin.
Memang diakui, segala persiapan dimulakan dengan agak perlahan sedikit tahun ini. Maklumlah, banyak perkara penting yang terpaksa didahulukan seperti memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan. Ditambah lagi dengan sedikit hal kecemasan tempohari [Link]. Memang belanjawan agak ketat sedikit untuk membuat persiapan Hari Raya tahun ini.
Sukan
Ogos 12, 2012
4 x 100m Lelaki - Kuartet Jamaica Memecahkan Rekod Dunia!
Kalau semalam kuartet wanita Amerika Syarikat [Link] berbangga kerana berjaya memecahkan rekod dunia berusia 27 tahun, kini tiba giliran kuartet lelaki Jamaica memberikan respon. Pada perlumbaan akhir acara 4 x 100 meter lelaki, kuartet Jamaica berjaya memecahkan rekod dunia dengan kepantasan 36.84 saat.
Lebih manis lagi kejayaan tersebut dilakuakn dengan menumpaskan musuh ketat mereka iaitu kuartet Amerika Syarikat.
Kuartet yang dianggotai oleh Nesta Carter, Michael Frater, Yohan Blake dan Usain Bolt [Link] ini berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh mereka sendiri iaitu 37.04 saat yang dicipta pada Kejohanan Dunia di Deagu, Korea Selatan pada tahun 2011.
11 Ogos 2012
Sukan
Ogos 11, 2012
4 x 100m Wanita - Rekod Berusia 27 Tahun Berjaya Dipecahkan
Rekod kejohanan dan rekod dunia bagi acara 4 x 100 meter Wanita yang telah berusia 27 tahun akhirnya berjaya dipecahkan oleh kuartet Amerika Syarikat seterusnya memenagi emas untuk acara tersebut.
Kuartet Amerika Syarikat yang dianggotai oleh Tianna Madison, pemenang pingat emas acara 200 meter Allyson Felix, Bianca Knight dan pemenang pingat perak acara 100 meter Camelita Jeter bermula cemerlang untuk menewaskan musuh tradisi mereka kuartet Jamaica.
10 Ogos 2012
Malaysia
Ogos 10, 2012
Iklan BERNAS Sempena Hari Raya 2012
Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.
Sukan
Ogos 10, 2012
Tahniah Pandelela Rinong! Gangsa Buat Malaysia.
Kedudukan pingat buat Malaysia telah berubah. Pandelela Rinong Pamg berjaya menyumbang gangsa dalam acara terjun platform 10 meter di Sukan Olimpik London 2012. Tahniah buat beliau.
Nampaknya inilah pertama kalinya pingat dikutip bukan melalui sukan tradisi iaitu badminton. Ini merupakan satu sejarah buat negara. Selain itu sejarah juga tercipta kerana beliau adalah pemenang pingat wanita pertama negara di Sukan Olimpik.
Dengan kemenangan ini sekaligus menyamai pencapaian cemerlang negara iaitu 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa ketika di Sukan Olimpik Atlanta 1996. Tahniah sekali lagi buat Pandelela Rinong Pamg!
09 Ogos 2012
Scam
Ogos 09, 2012
Melabur Itu Bagus Tetapi Berhati-hatilah...
Peringatan kepada Semua Pengguna
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan senarai sepenuhnya. Senarai ini hanya bertujuan sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk rujukan orang ramai.
08 Ogos 2012
Wordless Wednesday
Ogos 08, 2012
Version 2.0 - Wordless Wednesday #47
07 Ogos 2012
Jaguh
Ogos 07, 2012
Modenas Jaguh 175 - One-way Roller Clutch Bearing
Hari ini seperti biasa, saya menunggang motorsikal ke tempat kerja. Didalam perjalanan terasa ada sedikit kelainan, lebih-lebih lagi bila terdapat seolah-olah ada bunyi ketukan yang keluar dari enjin motorsikal. Walaupun hanya kadang-kala sahaja bunyi tersebut mucul, yang pastinya bunyi ketukan itu bukanlah sesuatu yang normal.
Penghidup Elektrik Berdesing!
Sampai dipejabat tanpa berlengah terus memeriksa motorsikal. Apabila cuba untuk menghidupkan enjin semula, hanya penghidup elektrik mengeluarkan bunyi berdesing manakala enjin tiada respon! Wahaha.. ini sudah kes berat! Susah menunggang motorsikal ini kalau penghidup elektriknya tidak mampu menghidupkan enjinnya. Maklumlah motorsikal ini tiada penghidup tendang! Apa pun, saya sangat yakin memang ada sesuatu yang tidak kena dengan penghidup elektrik motorsikal ini dan komponen yang berkaitan.
Aiseh! Kena Tolaklah Jawabnya
Akhirnya ambil keputusan untuk bercuti hari ini bagi menyelesaikan masalah tersebut. Memandangkan motorsikal tidak dapat dihidupkan secara normal, terpaksalah menolaknya. Setelah berjaya menghidupkan enjinya terus sahaja menunggang menuju ke bengkel. Cuma berharap didalam perjalanan menuju ke bengkel enjinya tidak mati!
Ini Semua One-way Roller Clutch Bearing Punya Angkara!
Setibanya di bengkel terus memberitahu mekanik tentang masalah tersebut. Berdasarkan simptom mekanik tersebut menyatakan bahawa berkemungkinan "One-way Roller Clutch Bearing" telah rosak. Apa pun perlu dibuka bahagian enjin sebelah kiri untuk memeriksa dengan lebih lanjut tahap kerosakkannya.
Terpaksa Buka Enjin Untuk Memeriksa! |
Bila sudah dibuka dan diperiksa memang sah "One-way Roller Clutch Bearing" sudah rosak dan skru pengikatnya telah bertaburan dan hancur didalam enjin! Itulah puncanya terdapat bunyi ketukan dalam enjin dan menyebabkan penghidup elektrik tidak dapat berfungsi!
"One-way Roller Clutch Bearing" [Link]
Kos Menggantinya Dibawah RM200
Tanpa banyak cerita terus meminta mekanik menyatakan sebut harga. Memang perlu dibaiki segera. Kalau tidak banyak aktiviti lain yang akan terjejas bila salah satu pengangkutan utama kurang sebuah! Umpama patah sebelah kaki [Link]. Bila mekanik menyatakan bahawa kerosakkan itu boleh diperbaiki dengan kos dibawah RM200, terus terasa lega. Selepas diberitahu akan kos serta komponen lain yang perlu diganti sama, saya segera bersetuju untuk beliau meneruskan kerja-kerja pembaikan.
Alhamdulillah, kerja-kerja pembaikan dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa sejam. Insyallah, malam nanti saya mahu buat "test ride"!
06 Ogos 2012
Petronas
Ogos 06, 2012
Iklan Petronas Sempena Hari Raya Dan Merdeka 2012
Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to
adjust to life away from home, when his path crosses that of a local
boy, Jeyhun.
While Erman and Jeyhun start out as strangers, every
step brings them closer to realising their true potential, to
reimagining their energy and making a difference to those around them.
Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration
towards the meaning of life
Sukan
Ogos 06, 2012
Usain Bolt Cipta Rekod Baharu Olimpik - 9.63 saat
Usain Bolt cemerlang mempertahankan gelaran 100 meter yang dimenangi pada Sukan Olimpik Beijing 2008 dengan mencipta rekod baharu kejohanan 9.63 saat. Pemegang rekod dunia dan Olimpik ini berjaya mempertahankan kejuaran yang dimiliki pada Sukan Olimpik London 2012 dengan penuh bergaya.
[Link]
Memang tidak syak lagi, beliau adalah manusia terpantas dimuka bumi!
05 Ogos 2012
Nokia
Ogos 05, 2012
Nokia Lumia 800 Kini RM999
03 Ogos 2012
Komen
Ogos 03, 2012
Sistem Komen Facebook Bermasalah Telah Diselesaikan
Alhamdulillah. Masalah pada sistem komen Facebook [Link] yang dipasang pada blog ini telah berjaya diselesaikan.
Seperti yang dijangka untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan kembali kepada asas, membongkar semula kod script asal.
Seperti yang dijangka untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan kembali kepada asas, membongkar semula kod script asal.
02 Ogos 2012
Komen
Ogos 02, 2012
Sistem Komen Facebook Bermasalah!
01 Ogos 2012
Wordless Wednesday
Ogos 01, 2012