BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 September 2012

September 30, 2012

Kalendar Penuh Perlumbaan Formula 1 (F1) Musim 2013

FIA telah mengesahkan kalendar perlumbaan Formula 1 musim 2013 pada mesyuarat Majlis Sukan Motor Dunia (WMSC)  yang diadakan di Paris.

Namun begitu terdapat sedikit keraguan mengenai Grand Prix of America yang bakal diadakan di New Jersey pada 16 Jun 2013.  Menurut Supremo F1, Bernie Ecclestone [Link] masih terdapat beberapa butiran kontrak yang belum dipersetujui sepenuhnya oleh kedua-dua pihak.

28 September 2012

September 28, 2012

Harapan Dan Impian Bajet 2013

Sempena Bajet 2013 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012 jam 4:00 petang.

Sebagai rakyat di negara yang bertuah ini, saya tentunya mengharapkan akan adanya sesuatu yang istimewa bakal diumumkan.



 Toyota Prius 2012



Saya sebenarnya lebih teruja jika kerajaan melaksanakan program melupuskan kenderaan berusia lebih 15 tahun. Rakyat yang memilih menyertai program ini bakal mendapat insentif atau geran untuk membeli kenderaan hybrid atau elektrik pada harga istimewa. 

Namun begitu langkah ini harus dikawal dan hanya dibolehkan sekali sahaja dalam tempoh masa tertentu i.e 10 tahun atau tempoh yang difikirkan munasabah oleh kerajaan. Tentunya kita juga tidak mahu sistem ini dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Saya berpendapat ini adalah langkah yang baik bagi menggalakan penggunaan kenderaan yang lebih mesra alam dan menggunakan bahan api dengan lebih efisien. Seterusnya membantu mengurangkan kesan pencemaran didalam negara.

Selain daripada itu melalui program ini, satu industri baharu berkaitan kitar semula berskala besar boleh dimulakan dan seterusnya bakal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat. 

Industri pembuatan kenderaan juga bakal mendapat manfaat secara langsung jika program melupuskan kenderaan dapat dilaksanakan.



27 September 2012

September 27, 2012

Teka Teki Teka Tekuk #2

Semalam Nurin Iman ada memberi saya satu teka teki. Teka teki tersebut berkaitan dengan Pak Belang atau seekor harimau.


Harimau Maybank - Abah! Kalau  harimau disembelih, kepalanya tertinggal dimana?
Abah! Kalau  harimau disembelih, kepalanya tertinggal dimana?



Soalnya dengan penuh yakin:

Nurin Iman : "Abah! Kalau  harimau disembelih, kepalanya tertinggal dimana?"
Abah: "Err.. Entah! Tak tahu!"
Nurin Iman: "Itu pun Abah tak tahu ke?  Senang aje jawapannya..."
Abah: "Apa jawapannya?"
Nurin Iman: "Maybank!"
Abah: "Laa..."

Tiba-tiba saya teringatkan tentang kisah Pak Belang yang menimbulkan kekeliruan ketika Nurin Iman masih bersekolah tadika. [Link]


23 September 2012

September 23, 2012

F1 - Sebastian Vettel Menang Di Singapura

Sebastian Vettel berjaya mempertahankan kejuaraan Singapore Grand Prix  yang dimenangi  pada tahun 2011 dan seterusnya merampas kedudukan kedua dalam kedudukan keseluruhan daripada Lewis Hamilton

 [Link]

September 23, 2012

F1 - Singapore Grand Prix 2012 Live Stream

Perlumbaan F1 - Singapore Grand Prix 2012 akan berlangsung di Marina Bay Street Circuit bermula 21 - 23 September.

Jarak sepusingan litar ini ialah 5.073km serta mempunyai 23 selekoh. Perlumbaan akan dimulakan mengikut arah putaran lawan jam. Litar ini mampu menampung sebanyak 110,000 penonton.



Untuk menonton perlumbaan F1 - Singapore Grand Prix 2012, Sila klik pautan ini [Link].

22 September 2012

September 22, 2012

Berblog Secara Serius? Perlu Selalu Memantau Prestasi Blog

Tiada apa yang menarik untuk ditulis sejak 2 hari yang lepas. Dikala idea yang ada masih lagi diperingkat draf awal, saya menggunakan sedikit masa yang terluang ini untuk melakukan sedikit kerja-kerja pembaikan rutin pada blog.


Blogger Tegar - Perlu Selalu Memantau Prestasi Blog
 [Link]



Dari segi penampilan saya tidak bercadang untuk mengubahnya dalam masa terdekat. Misi kali ini lebih tertumpu kepada usaha untuk mengurangkan penggunaan "Java Script" dan meminimumkan jumlah "pautan URL"  yang ada pada blog.

Setelah menganalisis pelbagai kemungkinan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk melakukannya. Langkah pertama ialah cuba untuk mengurangkan mana-mana "widget" yang didapati tidak lagi relevan dan kedua membuang seberapa banyak "pautan URL" yang tidak lagi efektif

Alhamdulillah, segala yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. Kerja-kerja rutin yang perlu sentiasa dilakukan untuk mengekalkan prestasi blog sentiasa didalam lingkungan status "A" di GTmetrix [Link]. Lagipun penggunaan "widget" dan "Java Script" sememangnya tiada memberi manfaat pada SEO. Adalah lebih baik mengurangkannya seberapa banyak yang boleh.

17 September 2012

September 17, 2012

Malu Bertanya Sesat Jalan

Alhamdulillah semalam banyak rumah yang berjaya dikunjungi. Maklumlah ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka sempena hari terakhir pada bulan Syawal dan sempena Hari Malaysia.

Memanglah bila sudah diundang, menjadi tanggung jawab kita untuk memenuhinya. Dalam pada berusaha memenuhi undangan tersebut tentunya masalah yang bakal timbul ialah bagaimana hendak menuju ke tempat tersebut? Jika kita sudah biasa dengan kawasan tersebut, memang tiada masalah untuk mencarinya tetapi jika tidak biasa memang sukar untuk mencarinya. 



14 September 2012

September 14, 2012

Tabeo - Tablet Untuk Kanak-kanak

Dicipta hanya untuk kanak-kanak, Tablet Tabeo menggabungkan teknologi canggih, fungsi dan reka bentuk yang anggun dengan kawalan ibu bapa dan ciri-ciri keselamatan yang mesra kanak-kanak.

Tablet khusus untuk kanak-kanak sudah boleh ditempah di Toys 'R' Us, Amerika Syarikat pada harga USD 149.99 dan penghantaran pertama akan dilakukan pada 1 Oktober 2012.

Tabeo - Tablet Untuk Kanak-kanak
[Link]

13 September 2012

11 September 2012

September 11, 2012

Modenas Jaguh 175 - Mengganti Bateri Secara D.I.Y.

Menghabiskan masa hampir sejam di kedai-kedai dan bengkel motorsikal berhampiran dengan kediaman untuk mencari bateri YUASA 12N9-4B-1 yang menjadi nadi terhadap sistem elektrikal motorsikal Jaguh.



Bateri YUASA 12N9-4B-1


Setelah sampai ke kedai ke 3 baharulah ada. Itu pun bukan di bengkel tetapi di kedai alat ganti motorsikal. Kali terakhir saya membeli bateri ini 2 tahun yang lepas, harganya pada ketika itu adalah RM105 [Link]. Pun begitu saya telah menjangka jika membelinya sekarang tentu harganya sudah meningkat. Setelah melakukan sedikit tawar menawar, saya keluar dari kedai alat ganti tersebut setelah membayar RM125.



DIY - Bateri YUASA 12N9-4B-1
Bateri YUASA 12N9-4B-1



Mengganti Bateri Secara D.I.Y.


Yang menjadi masalah apabila membeli dikedai alat ganti, asid sulfurik yang menjadi elektrolit didalam bateri terpaksa dibeli berasingan dan dimasukkan sendiri. Memandangkan hari ini saya telah mengambil cuti, saya tidak kisah untuk melakukan kerja-kerja D.I.Y.



Bateri YUASA 12N9-4B-1
Bateri YUASA 12N9-4B-1


Asid Sulfurik


Sesuatu yang menarik tentang asid sulfurik yang digunakan didalam bateri ialah ianya ditemui oleh seorang Ahli Kimia Islam iaitu Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi pada kurun ke 9 [Link]. Saya terfikir jika beliau hidup sekarang tentunya beliau sudah menjadi kaya raya hasil daripada pendapatan paten penemuan tersebut!


10 September 2012

September 10, 2012

Modenas Jaguh 175 - Bateri Buat Hal Lagi!

Bersemangat untuk memulakan minggu ini dengan nada positif tetapi apakan daya sebaik sahaja penghidup elektrik motorsikan ditekan, responnya amat mengecewakan! Sah! Bateri untuk Jaguh ini telah kehilangan kuasanya setelah berkhidmat lebih daripada 2 tahun. 

Nampaknya terpaksalah saya mengambil cuti kecemasan disebelah pagi pada hari ini untuk menyelesaikan masalah ini.  



Modenas Jaguh 175 - Bateri Buat Hal Lagi!
Modenas Jaguh 175 - Bateri Buat Hal Lagi!



Kali terakhir saya menggantikannya ialah sekitar Mei 2010 [Link]. Memang sudah sampai masa ianya perlu digantikan lagi. 

Beginilah kitaran biasa bagi pemilik kenderaan. Mahu atau tidak perlu sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi situasi sebegini..



September 10, 2012

F1 - Lewis Hamilton Menang Di Monza

Minggu sempurna buat Lewis Hamilton [Link] sekali lagi. Kali ini ianya berlaku di Italian Grand Prix 2012. Terpantas di sesi latihan 2 dan 3. Beliau juga terpantas di sesi kelayakan dan menutup kecemerlangan minggu ini dengan memenangi perlumbaan di Litar Monza.

 [Link]

05 September 2012

04 September 2012

September 04, 2012

JB ARTS FESTIVAL 2012 - Kalender Lengkap Persembahan



JB Arts Festival. Dari muzik klasik kepada kontemporari, kebudayaan, tarian tradisional, teater dan komedi.

Tentunya terdapat sesuatu yang istimewa untuk setiap orang. Komponen interaktif seperti pelbagai bengkel membolehkan anda benar-benar menjadi sebahagian daripada semua ini. 

Berada dalam bulan September, festival tahun ini juga akan meraikan Hari Malaysia (September 16) dengan Budaya Malaysia. Ini mungkin masa yang paling sesuai untuk menyambutnya dengan budaya yang unik dan warisan Malaysia, penyatuan yang berwarna-warni hebat dengan identiti budaya kita yang indah.

JB Arts Festival ke-9 tidak hanya sekadar festival, ia adalah gaya hidup, ia adalah siapa kita. Jumpa anda di Bukit Timbalan

Berikut adalah Kalender Lengkap Persembahan - JB Arts Festival:












03 September 2012

September 03, 2012

GEGO 2012 Johor Bahru (JB Arts Festival)



GEGO 2012 @ JOHOR BAHRU (JB Arts Festival)
Sabtu, 8 September 2012 
10:00am - 11:30pm

JB Arts Festival
Tiket : RM10 (Free merchandise included)

- CAR BOOT SALE annual gatherings
- LIFESTYLE/COMMUNITY annual gatherings

SPECIAL PERFORMANCE (2pm till end)

* Plague of Happiness
* Bittersweet
* Couple
* Statik
* Pelanggaran Akta Bunyi
* Medinee
* 26eleven
* Pinholes (SG)
* Akar Kayu
* Redemption

- VINTAGE cars and motorbikes annual gatherings
- HOT Air Balloon Ride.

more coming..

02 September 2012

September 02, 2012

F1 - Jenson Button Menang Di Spa-Francochamps!

Jenson Button mengakhiri kemarau kemenangan apabila mengulangi kejayaan pusingan pertama dengan mencatat kemenangan di Belgian Grand Prix 2012 yang berlangsung di Litar Spa-Francochamps




Mencatat masa terpantas pada pusingan kelayakkan dan mengakhirinya dengan kemenangan melengkapkan minggu cemerlang buat beliau.