BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Oktober 2012

Oktober 29, 2012

F1 - Sebastian Vettel Menang Di India

Sebastian Vettel [Link] berjaya meneruskan kecemerlangan apabila berjaya memenangi perlumbaan Indian Grand Prix 2012 yang berlangsung di Buddh International Circuit. Ini merupakan kemenangan ke 4 berturut-turut sejak perlumbaan di Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Kejayaan beliau melengkapkan kebangkitan pasukan Red Bull yang semakin cemerlang sejak pertengahan musim.

25 Oktober 2012

23 Oktober 2012

Oktober 23, 2012

Berblog Secara Serius? Masih Tercari-cari Rentak.. Mulakan Dengan Menulis Perkara Ringkas!

Masih lagi tercari-cari rentak untuk memulakan penulisan. Hmm.. ini adalah masalah biasa setiap kali pulang daripada bercuti. Cuma berharap dan berdoa agar ia tidak akan menjadi satu paradox [Link].

Blogger Tegar - Tercari-cari Rentak Untuk Menulis!


Memang sukar untuk mendapatkan rentak dan mood menulis setelah meninggalkannya untuk beberapa hari. Bila sudah selesa dengan sesuatu yang baharu akan ada perkara lain yang bakal terjejas. Itulah lumrah manusia, yang bersifat tidak sempurna.

Apa pun usaha untuk mengembalikan mood menulis ke tahap normal perlu diteruskan. Bermula dengan menulis entry yang ringkas seperti ini tentunya amat membantu dalam merangsang mood menulis.  Tanpa sebarang usaha untuk mengembalikan mood menulis, saya yakin ia akan melarat menjadi sindrom yang lebih teruk atau lebih dikenali sebagai Writer's block [Link]

Harap-harap sebelum hujung minggu ini semuanya sudah dapat kembali normal. Insyallah. Amin.

22 Oktober 2012

Oktober 22, 2012

Alhamdulillah Saya Sudah Selamat Kembali Ke Tanah Air!

Alhamdulillah saya sudah selamat kembali ke tanah air semalam. Masih dalam kepenatan tetapi harus ke tempat kerja hari ini. Sudah banyak kerja-kerja tetunggak yang harus diselesaikan sepanjang 5 hari ketiadaan saya. Apa pun halnya, ambil pendekatan bahawa bercuti itu recharge [Link]. Kembali ke tempat kerja dengan semangat yang baru!

16 Oktober 2012

Oktober 16, 2012

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Persiapan Ke Beijing

Sejak 2 minggu yang lepas saya sudah membuat persiapan. Melengkapkan apa yang tiada. Maklumlah perjalanan kali ini cabarannya ialah cuaca. Jadi kelengkapan seperti pakaian dan aksesori berkaitan memang amat dititikberatkan. Sambil melakukan persiapan, saya juga melakukan sedikit pencarian di internet untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai destinasi yang bakal dituju.

14 Oktober 2012

Oktober 14, 2012

F1 - Sebastian Vettel Menang Di Korea

Sebastian Vettel [Link] berjaya meneruskan kecemerlangan dan merampas tempat pertama pungutan mata keseluruhan apabila berjaya memenangi perlumbaan Korean Grand Prix 2012 yang berlangsung di Korean International Circuit. Ini merupakan kemenangan ke 3 berturut-turut sejak perlumbaan di Singapura dan Jepun. Kejayaan beliau melengkapkan kebangkitan pasukan Red Bull yang semakin cemerlang sejak pertengahan musim.

12 Oktober 2012

Oktober 12, 2012

Samsung Galaxy Note II - RM2299

Berita baik buat peminat siri Galaxy Note. Gadget terbaharu ini secara rasminya akan dijual di Malaysia pada harga RM2299 tanpa kontrak. Untuk menjadi pengguna terawal, Samsung Galaxy Note II sudah boleh ditempah secara online melalui Digi Online Store [Link]. Bagi yang telah membuat tempahan, penghantaran akan dilakukan mulai 19 Oktober 2012.

11 Oktober 2012

Oktober 11, 2012

Sukar Berhenti Merokok Kerana... ?

Semalam setelah selesai makan tengahari, saya berbual-bual dengan beberapa orang rakan. Kesemuanya adalah perokok tegar dan telah mula merokok sejak zaman persekolahan. Mereka silih berganti menceritakan bagaimana semuanya bermula dan akhirnya terjebak.





Dorongan Untuk Tidak Berhenti


Tiba-tiba topik perbualan tertumpu kepada kesukaran untuk mereka berhenti daripada merokok. Menurut mereka lagi, langkah kerajaan melarang penjualan rokok pek kecil seolah-olah mendorong mereka untuk tidak berhenti merokok!  

Pek Besar


Terpaksa membeli pek besar walaupun dahulunya mereka ini merupakkan perokok pek kecil. Menurut mereka lagi, bila sudah tegar memang sukar untuk berhenti tetapi untuk mengurangkan penggunaan mungkin boleh. Langkah kerajaan melarang penjualan rokok pek kecil menghadkan pilihan mereka. Pilihan untuk mengurangkan penggunaan telah ditiadakan. Akhirnya semuanya kembali seperti asal..

Kerajaan Bersalah?


Sekarang saya faham kenapa Kempen Anti Merokok yang dijalankan oleh pihak kerajaan seperti tidak berjaya. Mungkin juga ini antara salah satu sebabnya atau sekadar alasan bagi mereka yang tidak mahu berhenti merokok.

Kerajaan juga yang salah! :D


08 Oktober 2012

Oktober 08, 2012

Berblog Secara Serius? Kerja-kerja Pembersihan Link Exchange Dilakukan

Sejak minggu lepas memang agak kurang produktif dalam menghasilkan penulisan di blog ini. Kalau ada pun cuma cerita mengenai bola sepak dan Formula 1 (F1). Namun disebalik itu saya sebenarnya lebih menumpukan kepada usaha-usaha mengemaskini susun atur blog [Link] dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Link Exchange [Link].  



Blogger Tegar - Perlu Ada Program Pertukaran Link!


Saya telah memeriksa semula semua pautan yang tersenarai. Mana pautan yang sudah tidak aktif perlu dibersihkan. Kerja-kerja yang agak memenatkan kerana terpaksa memeriksa lebih daripada 200 buah pautan. Walaupun agak memenatkan, kerja-kerja ini perlu dilakukan bagi menjamin kualiti pautan yang ada pada blog ini.

Maafkan saya sekiranya ada pautan yang dibuang secara tidak sengaja. Anda boleh menambahnya semula pada bila-bila masa. Namun begitu pautan kepada halaman yang berunsurkan perniagaan, direktori ataupun halaman muat turun tidak sah adalah tidak digalakkan. Blog berkategori umum dan peribadi adalah digalakkan untuk disenaraikan. :D

04 Oktober 2012

Oktober 04, 2012

Berblog Secara Serius? RSSinclude Untuk Paparan RSS Lebih Menarik

Entah kenapa sejak beberapa hari yang lepas, seperti ada sahaja yang tidak kena pada blog ini. Walaupun semuanya berfungsi dengan sempurna, perasaan ini seperti menyatakan masih ada lagi yang belum lengkap!


Blogger Tegar - RSSinclude Menjimatkan Ruang!
RSSinclude - Facebook Box Template




Bila sudah terdetik dihati, maka segeralah mencari-cari widget mana yang boleh dibuang dan ditambah untuk memuaskan hati. Setelah diamati betul-betul, widget "Post Terkini" itu kelihatan amat janggal.  Widget yang dijana daripada Feedburner itu kelihatan seperti tidak serasi pada susun atur blog ini.

Maka usaha-usaha mencari widget yang sesuai dimulakan. Akhirnya setelah meneliti beberapa pilihan yang ada, saya memilih untuk menggunakan penyelesaian yang ditawarkan oleh RSSinclude [Link]. Setelah diintegrasikan didalam susun atur blog, hasilnya dapat dilihat lebih menarik.

Saya menggunakan "Facebook Box template" untuk mendapatkan kesan dan paparan lebih padat.

02 Oktober 2012

Oktober 02, 2012

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak (HSI) - Oktober 2012

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Bagi Bulan Oktober 2012.

Buat warga Johor khususnya daerah Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.