BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 November 2012

November 30, 2012

Seksaan Sudah Berakhir

Alhamdulillah tepat jam 12:00 tengah malam tadi, sekatan kelajuan yang dikenakan keatas akaun broadband mudah alih saya telahpun ditamatkan.

Bila dikenakan sekatan kelajuan tempohari ianya umpama mimpi ngeri. Banyak perkara rutin semasa berada didalam dunia maya yang tidak dapat dilakukan dengan lancar kerana kelajuannya macam siput! [Link].

Bila semuanya sudah kembali normal, memang cukup melegakan. Terasa seronok untuk melawat blog rakan-rakan dan membalas lawatan pengunjung blog yang telah meninggalkan jejak!


Celcom Superb Broadband Speed Test Result!


Alhamdulillah semuanya sudah kembali normal dan saya perlu sentiasa beringat agar tidak terlebih guna lagi!



29 November 2012

November 29, 2012

Nyamuk Sekarang Lebih Pintar?

Nyamuk Sekarang Lebih Pintar?
Teringat dahulu semasa di zaman kanak-kanak, cukup senang apabila mahu membunuh nyamuk! Tepuk sahaja tentu boleh mengena. Silap-silap boleh membunuh lebih daripada seekor dengan sekali tepuk!

Sekarang ternyata keadaannya sudah cukup berbeza. Tepuk dua tiga kali baru mengena. Itu pun kalau mengena. Kebanyakkan masa memang sukar untuk mengena!

Mungkinkah nyamuk sekarang lebih pintar dari nyamuk dahulu?  Err.. Atau mungkin kepantasan saya sudah semakin berkurangan?


27 November 2012

November 27, 2012

Apabila Broadband Mudah Alih Macam Siput

Masih ada beberapa hari lagi untuk memasuki bulan baharu. Sementara itu saya terpaksa bersabar dengan kelajuan broadband mudah alih yang telah diperlahankan oleh penyedia perkhidmatan [Link]. Oleh kerana kelajuannya macam siput terpaksalah saya mengurangkan aktiviti online.




Broadband Mudah Alih Macam Siput!
Apabila Broadband Mudah Alih Macam Siput




Memang banyak yang terjejas terutamanya apabila tidak dapat mengunjungi blog rakan-rakan serta melayari halaman web kegemaran. Sangat seksa bila kelajuan capaian internet hanya pada 64kb! Penyudahnya hanya beberapa blog serta halaman web tertentu dapat diakses. Yang lainnya cuma mampu memaparkan separuh muka surat atau lebih teruk lagi tiada paparan langsung!
 
Apa pun cabarannya saya tetap berusaha untuk mengemaskini blog ini. Bila dalam keadaan sebegini teringat pula kisah dulu-dulu dan apa yang perlu dipraktikkan apabila kelajuan capaian intenet kurang memuaskan [Link].
 
Err.. Bila sudah putus harapan, lebih baik menonton TV ataupun terus masuk tidur.

26 November 2012

November 26, 2012

F1 - Jenson Button Menang Di Interlagos, Sebastian Vettel Juara Keseluruhan

Jenson Button Menang Di Interlagos - Brazilian GP 2012
Jenson Button mengakhiri musim 2012 dengan cemerlang apabila berjaya memenangi Brazilian Grand Prix 2012 yang berlangsung di Litar Intetlagos. Ini adalah kemenangan ke 3 beliau dalam musim 2012 dan yang ke 15 sepanjang kerjayanya. Dilihat sebagai sudah terlambat buat Jenson Button [Link] untuk mencabar kejuaraan tetapi cukup manis bagi bekas juara F1 tahun 2009 untuk menutup tirai musim 2012.

24 November 2012

November 24, 2012

Demam Bola - AFF Suzuki Cup 2012

Demam Bola - AFF Suzuki Cup 2012 - Malaysia and ThailandKejohanan bola sepak dwi tahunan yang terunggul di Asia Tenggara, AFF Suzuki Cup 2012 tiba lagi. Negara kita, Malaysia dan Thailand adalah tuan rumah bersama untuk kejohanan kali ini.

Seperti biasa apabila tiba kejohanan besar seperti ini sedikit sebanyak bakal mempengaruhi topik perbualan seharian. Maklumlah topik sedang panas tentu banyak maklumat, spekulasi dan gossip yang bakal menjadi bahan untuk memulakan perbualan.

22 November 2012

November 22, 2012

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Beijing #3

Great Wall of China - View from 7th Tower Badaling
Kata orang tidak lengkap lawatan ke China jika tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar Negeri China (Great Wall of China). Akhirnya aktiviti yang amat ditunggu-tunggu telah tiba. Aturcara hari ke 3 merangkumi lawatan ke Tembok Besar Negeri China dan kawasan Pemakaman Dinastin Ming (Ming Tomb). 

Seperti biasa kami dikehendaki bersedia untuk memulakan perjalanan tepat jam 8:00 pagi. Perjalanan ke Badaling untuk mendaki puncak menara kawalan ke 7 di Tembok Besar Negeri China memakan masa hampir sejam setengah dari hotel penginapan.

20 November 2012

November 20, 2012

Mimpi Ngeri Pelanggan Broadband Mudah Alih

Mimpi ngeri setiap pelanggan perkhidmatan broadband mudah alih telah pun terjadi! Memang tidak menyangka akan terkena lagi kerana pengalaman lalu menyebabkan saya sentiasa mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu untuk mengawal penggunaan internet [Link].

Namun begitu perkara yang telah cuba dielakkan telah pun berlaku. Malas mahu membuat "post mortem" dan bercerita panjang lebar mengenainya. Kalau diselidiki lebih lanjut tentunya ia menjurus kepada tabiat penggunaan internet diri sendiri.


Celcom BroadBand Fair Usage Policy



Anggap sahaja ini adalah satu mimpi ngeri. Kadang-kadang sahaja berlaku. Kalau selalu berlaku memang ada yang tidak kena dengan tabiat penggunaan internet. Masa itu baharulah perlu dilakukan sesuatu untuk mengatasinya..

Mungkinkah sudah sampai masa untuk berhijrah? [Link] Hmm.. Tiba-tiba teringatkan UniFi!!



19 November 2012

November 19, 2012

F1 - Lewis Hamilton Menang Di Austin

Tuah perlumbaan di litar baharu ini memihak kepada Lewis Hamilton. Kali terakhir beliau menang ialah pada perlumbaan di Monza dan selepas daripada pelumbaan itu, nasib seolah-olah tidak menyebelahi beliau. Dengan kemenangan ini, Fernando Alonso diberikan talian hayat untuk kembali bersaing merebut kejuaraan kategori pemandu di perlumbaan terakhir yang bakal berlangsung Litar Interlagos, Brazil.

18 November 2012

November 18, 2012

Kota Iskandar - Menjadi Pemandu Pelancong Tidak Rasmi

Rasanya tahun ini sudah beberapa kali saya ke Kota Iskandar, Nusajaya [Link]. Semuanya disebabkan saya menggalas tugas selaku jurupandu arah serta pemandu pelancong tidak rasmi kepada saudara mara dan kaum keluarga terdekat. Seronok memperkenalkan sambil mempromosi tempat atau lokasi ini kepada mereka.


Jata Negeri Johor - Kota Iskandar




Realitinya, ramai diantara saudara mara serta kaum keluarga terdekat yang masih lagi tidak tahu lokasi sebenar Iskandar Malaysia dan Pusat Pentadbiran Baharu Negeri Johor walaupun cerita berkenaannya saban hari keluar di televisyen.



Jalan-jalan Kota Iskandar, Nusajaya



Bila ada saudara mara yang datang ke Johor Bahru dan bertanyakan pendapat tentang tempat-tempat menarik sekitar Johor Bahru?  Balas saya mudah.. "Sudah samapi ke Kota Iskandar?" Kalau belum, boleh masukkan Kota Iskandar sebagai destinasi wajib untuk dikunjungi.


17 November 2012

November 17, 2012

Ini Bukan Durian Crepe.. Ini Durian Sebenar!

Semalam saya ke pasaraya Giant untuk membeli barangan dapur. Memang rutin mingguan kami begini. Kalau tidak ke pasaraya besar, mungkin kami akan ke pasar basah untuk mendapatkan bekalan keperluan harian.

Memandangkan sekarang sudah musim durian, dipintu masuk pasaraya tersebut ada gerai menjual durian. Nampaknya anak-anak saya memang sudah tidak boleh tahan lagi. Belumpun mula membeli barangan dapur, durian sudah mahu dimasukkan dalam senarai barangan yang hendak dibeli!

Durian Murah-murah - Bulum Jadi Lagi Durian Crepe


Keluar dari pasaraya Giant, terus menuju ke gerai tersebut untuk memilih durian yang elok untuk dibeli. Nasib kami agak baik, penjual menawarkan sebiji "extra" untuk dimakan disitu. Mungkin disebabkan keletah anak-anak yang sudah tidak sabar untuk makan durian yang dibeli mendorong beliau untuk berbuat demikian.


Jangan Cerita Banyak - Jom Makan Durian!
Instagram - [Link]

Terima kasih kepada pakcik yang menjual durian di hadapan pintu masuk Giant Tampoi kerana beri sebiji "extra" untuk anak-anak kami makan disitu. Apa pun, memang senang berurusan dengan penjual yang tidak berkira ni.



16 November 2012

November 16, 2012

AES - Fasa 1 Mula Beroperasi

Senarai AES - Fasa 1
Merujuk kepada iklan yang disiarkan diakhbar The New Straits Times serta akhbar-akhbar utama hari ini berkenaan AES (Automated Enforcement System) - Fasa 1 yang telahpun memulakan operasinya secara rasmi. Untuk fasa 1, sebanyak 14 buah kamera AES telah pun diaktifkan dan mula beroperasi

November 16, 2012

Durian Crepe - Satu Fenomena?

Tak sangka pula Durian Crepe boleh jadi fenomena. Entah bagaimanakah rasanya? Nak kata teringin tu taklah sangat. Maklumlah saya ni bukanlah peminat durian sangat. Kalau ada didepan mata layanlah tetapi tidaklah sampai perlu mencarinya :)

Durian Crepe
[Link]

Tetapi untuk peminat makanan berasaskan durian dan golongan yang mengidam memang perlu mencarinya! Kalau tidak mahu membelinya, tentu sahaja boleh mencuba untuk membuatnya. Jangan risau, sudah banyak blog yang sudi berkongsi resipi dan cara untuk menyediakannya.


15 November 2012

November 15, 2012

Pengalaman Menaiki Kereta Kabel Di Badaling - Great Wall of China

Cable Car Ride at Badaling - Great Wall of China
Pengalaman menaiki kereta kabel untuk naik ke puncak menara kawalan ke 7 di Tembok Besar Negeri China (Great Wall of China) memang tidak dapat dilupakan.

Kereta kabel yang mampu memuatkan seramai 6 orang penumpang ini sudah kelihatan agak berusia. Bila melihat keadaan fizikalnya memang tidak menyakinkan tetapi apabila melihat kereta kabel yang sedang beroperasi turun dan naik tanpa masalah, keraguan untuk menaikinya mulai hilang. Untuk menaiki kereta kabel ini tket yang dikenakan adalah sebanyak RMB60 untuk perjalanan 2 hala.

12 November 2012

November 12, 2012

Aakash 2 - Tablet Termurah Di Dunia

Aakash 2 - Murah Sebab Disubsidi Kerajaan India
Kerajaan India telah melancarkan versi terbaharu komputer tablet kos rendah yang kenali sebagai Aakash 2. Dilengkapi dengan unit pemprosesan pusat  yang lebih cepat dan bateri yang lebih baik. Ia dijual kepada pelajar pada harga subsidi sebanyak USD20.

November 12, 2012

Cuti Sekolah Datang Lagi!

Cuti sekolah datang lagi! Tentunya inilah masa yang dinanti-nantikan dan paling mengembirakan hati anak-anak. Ia juga adalah masa terbaik buat anak-anak untuk melepaskan tekanan setelah mengharungi sesi persekolahan yang agak padat setiap hari. Buat ibu bapa pula cabaran mengharungi cuti sekolah sudah bermula. Sudahkah kita bersedia dengan program atau aktiviti yang sesuai buat mereka?

09 November 2012

November 09, 2012

Yey! Ferrari Shell Datang Lagi!

Shell Logo
Promosi Ferrari dan Shell datang lagi. Kali ini model-model ekslusif Ferrari dari LEGO ditawarkan kepada pelanggan. Sebanyak 6 model ekslusif LEGO ditawarkan kepada pelanggan. Promosi bermula pada 8 November 2012. Fasa pertama 8 - 29 November manakala fasa kedua bermula pada 29 November.

08 November 2012

November 08, 2012

Nokia Lumia - Jatuh Harga Lagi!

Nokia secara  rasminya mengumumkan bahawa telefon pintar siri Lumia telah dikurangkan lagi harganya. Bermula dengan Nokia Lumia 900 kini ditawarkan pada RM1499, Nokia Lumia 800 - RM859, Nokia Lumia 710 - RM659 dan Nokia Lumia 610 - RM539. Dengan penurunan harga telefon pintar ini, menjadikannya lebih menarik dan berdaya saing dari segi harga dengan telefon pintar berasaskan Android.

05 November 2012

November 05, 2012

Iklan Petronas Sempena Deepavali 2012

The Dappankuthu is an energetic dance prominent in Tamil cinema. Raj decides to share it with those in need of a little cheering up. Despite being met with strange looks, he perseveres. And eventually, his catchy dance moves begin to prove too irresistible for even the most unsavoury characters he meets along the way.

04 November 2012

November 04, 2012

F1 - Kimi Raikkonen Menang Di Abu Dhabi

Akhirnya kemenangan yang ditunggu-tunggu buat pasukan Lotus tiba juga. Kimi Raikkonen berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada Abu Dhabi Grand Prix 2012. Perlumbaan yang dipenuhi dengan pelbagai insiden ini juga telah menyelamatkan Sebastian Vettel [Link] daripada kehilangan pungutan mata pada perlumbaan ini.  Walaupun bermula daripada laluan pit, Sebastian Vettel telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 3. 

November 04, 2012

F1 - Abu Dhabi Grand Prix 2012 Live Stream

Disaat persaingan hebat antara kedua pelumba iaitu Sebastian Vettel dan Fernando Alonso menghampiri kemuncak, malang bagi Sebastian Vettel apabila terpaksa bermula dari laluan pit setelah dikecualikan oleh Steward perlumbaan daripada pusingan kelayakkan bagi perlumbaan F1 - Abu Dhabi Grand Prix 2012 semalam. 

02 November 2012

November 02, 2012

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Beijing #2

Kami berkumpul di lobi hotel tepat jam 8:00 pagi. Aktiviti hari ini ialah melawat Tiananmen Square (Medan Tiananmen) dan Forbidden City (Kota Larangan). Kedua-duanya terletak bersebelahan. Medan Tiananmen merupakan medan terbuka didalam bandar terbesar didunia merangkumi keluasan 40.5 hektar. Antara destinasi wajib apabila melancong ke Beijing. Medan yang telah banyak mewarnai sejarah negara China.

01 November 2012

November 01, 2012

Pengalaman Menaiki Beca di Hutong Street - Beijing

Sepatutnya saya perlu menulis sambungan cerita ke Beijing [Link] tempohari.

Memandangkan banyak lagi gambar-gambar serta video yang belum sempat dimuaturun dari kamera dan dibuat penyuntingan, kerja-kerja penulisan terpaksa ditangguhkan dahulu. Terlalu banyak material dan cerita untuk digarap dan diproses pun susah juga! :)