Cerita Tentang [
Sukan
]

Jentera Formula 1 (F1) Lotus E21 Dilancarkan Secara Rasmi

Lotus Unveils New F1 Car - Lotus E21
Pasukan Lotus menjadi pasukan pertama memperkenalkan jentera terbaharu mereka iaitu E21 bagi perlumbaan F1 musim 2013 [Link].

Jentera tersebut dilancarkan melalui saluran YouTube pasukan tersebut dari kilang mereka di Enstone, England semalam.

Memandangkan peraturan teknikal musim 2012 tidak banyak perbezaan berbanding musim 2013, maka jentera E21 yang baharu dilancarkan ini kelihatan seperti jentera E20 yang digunakan pada musim 2012.



F1 - Lotus E21
[Link]


Namun begitu menurut pengarah teknikal pasukan Lotus iaitu James Elison, walaupun kelihatan sama seperti model sebelumnya terdapat banyak perubahan yang dilakukan disebaliknya.

Pasukan Lotus menamatkan musim 2012 di tangga ke 4. Besar harapan mereka untuk memperbaiki pencapaian tahun 2012 melalui jentera ini dan seterusnya mencabar kejuaraan pada musim 2013.


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment