BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

25 Februari 2013

Selamat Datang Google+ Followers Widget

Selamat Datang Google+ Followers Widget
Memandangkan perkhidmatan Google Friend Connect sudah tidak relevan lagi, dengan berat hati terpaksalah saya berhijrah kepada Google+ sepenuhnya.

Jadi "widget" berkaitan terpaksalah dibuang dan digantikan dengan yang baharu.

Blog ini telah diubahsuai secara maksimum, jadi untuk menggunakan "widget" asal yang dibekalkan oleh blogger agak sukar untuk dipelbagaikan. Akhirnya terpaksalah saya menggunakan "Google+ Follower Widget" yang telah diubahsuai sedikit untuk digunakan pada blog ini. Saya menggunakan penyelesaian yang disediakan oleh  Widget Generator - [Link]


Google+ Followers Widget


Saya letakkan "widget" Google+ Followers Widget dibahagian Links Exchange - [Link]. Selain mengemaskini "widget" yang berkaitan, sempat juga saya melakukan pembersihan pautan pada "widget" Mister Linky's.

Mana-mana pautan yang sudah tidak aktif dan tidak dikemaskini lebih daripada setahun terpaksa saya gugurkan. Kerja-kerja ini memang memakan masa yang agak panjang untuk diselesaikan tetapi perlu dilakukan untuk meneruskan kelangsungan blog!


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan